Kredit Foto - Harian Metro
Jemaah haji yang pergi menunaikan haji tidak melalui kuota Tabung Haji lazimnya menggunakan Visa Furada untuk ke Tanah Suci tanpa menunggu giliran.
Penggunaan Visa Furada yang dikeluarkan terus oleh pihak kedutaan Arab Saudi kepada agensi pengurusan haji menyebabkan masalah pengesahan visa timbul akibat terdapat agensi pengurusan haji yang tidak bertanggungjawab mungkin telah membawa jemaah melebihi kuota visa yang dibenarkan pihak kedutaan Arab Saudi.
Masalah visa tidak sah dan tidak boleh digunakan ini sekali gus memaksa jemaah untuk pulang semula ke tanah air walaupun telah membayar puluhan ribu ringgit untuk menunaikan rukun Islam kelima ini.
Seorang pengguna di twitter, saudara Faisal Rahim telah berkongsikan mengenai Visa Furada yang sering digunakan ramai untuk pergi menunaikan haji setiap tahun.
Ramai yang berjaya pergi tanpa sebarang masalah dan ada jua yang kandas. Tetapi, masalah yang berlaku lazimnya berpunca akibat penggunaan Visa Furada dan setakat ini tiada lagi masalah yang datang dari visa Tabung Haji.
Menurut Faisal lagi, penggunaan Visa Furada ini adalah satu risiko. Menurut Faisal lagi sebaik tiba di Mekah, jemaah lazimnya ditipu lagi.
Mengambil kesempatan kerana keuntungan ...
Visa Furada - apa yang perlu anda tahu...
Penulis kongsikan tips dari pengguna twitter flymeaway @ejatayub - Tips untuk pergi Haji dengan Kuota Tabung Haji tanpa perlu menunggu giliran.
Tip ini berkesan untuk mereka yang -
1. Daftar tabung haji sebelum tahun 2014
2. Dalam akaun TH ada duit paling kurang rm15k (atau bayaran haji tahun semasa)
Caranya -
1. Buat rayuan dengan pihak TH untuk tunaikan haji pada tahun tersebut.
2. Cari Travel Agencies yang mendapat lesen PJH (Pengelola Jemaah Haji).
3. Sertakan surat rayuan/surat respon dari TH tersebut kepada PJH pilihan anda.
4. Pilih pakej yang telah ditawarkan.
Semoga bermanfaat. - CARI
|