Kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun berdepan detik cemas apabila hampir setengah jam terkunci di dalam bilik air.
Utusan melaporkan, dalam kejadian berlaku di Taman Hijayu 3, Sendayan, kira-kira jam 11.30 malam tadi itu, mangsa dikatakan merajuk selepas ditegur ibunya kerana berkelahi dengan adik-beradiknya.
Kredit foto: Harian Metro
"Beberapa minit kemudian abangnya mendengar tangisan Varsana dari dalam bilik air dan cuba membuka pintu bilik air itu, namun gagal," kata Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Saidy.
Katanya, ibu mangsa kemudian meminta bantuan jiran untuk membuka pintu itu, namun gagal sebelum mendapatkan bantuan bomba.
Tambah Mohd Syazwan, sepasukan pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 dikerahkan ke rumah berkenaan sebaik menerima panggilan kecemasan jam 11.39 malam.
Anggota yang tiba 10 minit kemudian mengambil masa kurang lima minit untuk mengeluarkan mangsa dengan memecahkan tombol pintu bilik air. - CARI |