Walaupun bukan bergelar selebriti, akibat terpalit kontroversi antara sang bekas suami dan isteri barunya, Izreen Azminda, Intan Salleh kini redha menempuh hidup sebagai ibu tunggal.
Kini, nampak seperti kedua-duanya meneruskan hidup masing-masing. Tambahan dengan kehadiran si kecil baru hasil perkahwinan Ude dan Izreen, pastinya kehidupan yang dilalui semakin berubah dan hidup perlu diteruskan.
Namun, rata-rata peminat di luar sana mengharapkan hubungan positif antara Intan dan bekas suami, demi anak-anak mereka yang masih kecil iaitu Arish Muqri dan Ariq Muqri. Luahan hati Intan di laman Instagram baru-baru ini telah mencetuskan rasa sebak sesiapa sahaja yang membacanya. Malah, ramai juga yang berkongsi perasaan dan pengalaman di laman komen post intan tersebut.
Mengharapkan bekas suami melaksanakan tanggungjawab sepatutnya..
Post terbaru Intan dikatakan telah memberi bayangan bahawa kedua anaknya sangat merindui kehadiran bapa iaitu Ude Wahid. Intan seolah-olah memberi bayangan bahawa sudah lama mereka tidak bertemu dengan si bapa.
Menurut kapsyen post tersebut, Intan tidak dapat menahan sebak apabila si anak sulungnya Arish Muqri sering bertanya ke mana bapanya yang terlalu rindukan kasih sayang bapanya.
Rata-rata peminat yang mengikuti perkembangan Intan di laman sosial memberi sokongan moral serta nasihat mengenai soal perasaan dan tanggungjawab sebenar Intan dan Ude.

Sumber foto : Beautifulnara

Sumber foto: BeautifulNara

Sumber foto: BeautifulNara
Apa-apapun, walaupun sudah terpisah kasih antara suami dan isteri, anak-anak masih lagi menjadi tanggungjawab yang perlu diutamakan. Lahirnya anak itu atas dasar kasih dan sayang, jangan pula diabaikan walaupun sudah punya kehidupan yang baru.- CARI
|