CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9589|Reply: 104

Serba tak kena. Nikah ikut kemampuan. Pakai tudung RM15, bajet kenduri bawah RM1

[Copy link]
Post time 3-9-2019 01:15 PM | Show all posts |Read mode
Nikah pakai tudung RM15, kahwin bajet disamakan dengan kenduri arwah! Pengantin dedah kisah tragis “kenduri arwah bapa pun tak mampu buat”


SEBUT sahaja tentang kahwin pasti ramai mengimpikan majlis sempurna, lengkap dengan pelamin, meja makan beradab, hantaran berdulang-dulang dan juga photoshoot outdoor.

Pendek kata semuanya kena perfect memandangkan hari bahagia itu diraikan sekali seumur hidup.

Namun berbeza dengan Siti Rozyainie Rozine dan Mohd Hafiz Khodir apabila sepakat memilih mengadakan kenduri kahwin serba sederhana tanpa ada pelamin, crown, tengkolok, jurugambar profesional, kompang, orang bersilat, acara potong kek dan juga bridesmaid.

Paling mengejutkan kos keseluruhan majlis perkahwinan mereka hanya menelan belanja kurang RM1,000.

Posting Siti menjadi tular di media sosial.

Kedengaran pelik, tapi hakikatnya itulah keindahan cara perkahwinan mereka yang dilakukan mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW.

Meskipun ramai memuji cara perkahwinan pasangan ini tapi tidak kurang ada yang menyamakan majlis mereka seperti kenduri arwah.

Siti Rozyainie atau lebih mesra disapa Siti ketika dihubungi mStar mengakui kecewa dengan tanggapan negatif itu tetapi tidak pernah menyesali keputusan berkahwin dengan cara sederhana.

"Bila babitkan parents ni saya terasa sikit. Jangan samakan dengan kenduri arwah sebab arwah bapa kami pun kami tak mampu nak buat kenduri. Waktu tu baru tingkatan dua... nak handle family sorang-sorang dan masa tu mak pun tengah mengandung memang mencabar.

"Orang boleh kata apa sahaja sebab mereka tak tahu apa yang saya lalui dengan adik-beradik yang ramai dan ibu yang tiba-tiba hilang. Tapi saya tak kisah sebab saya dah lali dengan kata-kata lebih teruk dari itu.

"Sesungguhnya kerana Allah kami menerima semuanya. Tak ada istilah menyesal dan saya menerima suami saya kerana Allah. Dia banyak berkorban untuk saya dan juga adik-adik. Malah seluruh keluarganya turut menyayangi kami walaupun kami dari broken family," kata anak sulung daripada lapan beradik itu.

Siti dan suami bersama jiran yang banyak membantu mereka.

Bercerita mengenai majlis perkahwinan mereka, wanita berusia 26 tahun itu berkata mereka sebenarnya memang merancang untuk berkahwin secara sederhana.

"Saya kenal suami masa kami masih belajar di Universiti Sains Malaysia (USM) tahun 2013. Saya dan suami memang plan nak berkahwin bila kami habis belajar tapi masa tu saya praktikal dekat Media Prima.

"Jadi planning nak kahwin ambil masa sikit sebab saya fikir banyak komitmen dan duit nak guna memandangkan saya memang jaga tujuh adik-adik saya yang lain. Saya balik Penang pada Mei 2017 lepas tolak tawaran kerja di syarikat sama.

"Alhamdulillah rezeki saya dapat kerja dalam industri pembinaan. Jadi saya ajak suami kahwin. Saya memang cakap kat suami nak buat majlis simple. Ia benar-benar jadi dan memang urusan kami dipermudahkan," katanya yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dari USM.

Jelas Siti, dia dan suaminya 'berduit' tetapi enggan menghabiskan wang simpanan yang ada kerana memikirkan kehidupan selepas bergelar suami isteri.

"Pada asalnya saya letak tiada wang hantaran tapi suami nak bagi RM500. Dengan wang itu saya guna untuk kenduri doa selamat, beli baju dan tudung nikah berharga RM150 dan RM15.

Siti kini bekerja dalam industri pembinaan meskipun mengikuti kursus Ijazah Sarjana Muda Komunikasi.

"Untuk mas kahwin pula suami beri sebentuk cincin berharga RM489. Jadi total kos kahwin kami sebenarnya bawah RM1,000 seperti yang kami rancang.

"Jadi bila ada yang cakap suami tak mampu itu memang tak betul walhal kami yang memang nak macam ni sedangkan suami saya sebenarnya mampu bagi lebih dari itu," katanya.

Gadis berasal dari Perlis itu tidak menduga posting berkenaan kisah perkahwinannya pada 8 Mac tahun lalu menjadi tular di Facebook.

"Saya kongsi sahaja untuk suka-suka. Tapi sebenarnya ada mesej yang ingin disampaikan kepada mereka yang pernah hina dan pandang rendah pada keluarga saya.

"Masa sebelum kenal suami, saya berkawan dengan seseorang tapi malangnya keluarga dia tak terima saya yang datang dari broken family.

"Sampai Allah temukan saya dengan suami yang mana keluarganya cukup meriah. Ada mak, ayah dan saudara yang ramai semua sayangkan kami. Memang saya terharu sangat-sangat," katanya.

Keluarga kecil Siti.

Dalam pada itu, Siti turut menasihati mereka yang merancang untuk menamatkan zaman bujang dengan pasangan masing-masing supaya berbelanjalah mengikut kemampuan.

"Yang nak ikut cara kami sebenarnya ada ramai yang buat lebih kurang macam kami. Malah ada yang lebih sederhana daripada kami cuma mereka tak cerita.

"Jadi saya cuma nak beritahu kehidupan lepas kawin lagi banyak nak pakai duit. Tak salah nak pakai cantik-cantik di hari bahagia tapi ikut kemampuan anda.

"Lagi satu kalau nak hantaran berbelas ribu atau berpuluh ribu, kerjasamalah dengan bakal suami. Kumpul sama-sama secara tak langsung dapat belajar erti kerjasama dalam kehidupan berumah tangga," katanya.

Posting ibu kepada seorang anak itu sejak tengah hari Ahad dikongsi sebanyak 4,000 kali di Facebook dan mendapat 1,800 tanda suka.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2019 01:22 PM | Show all posts
kalau nak ikutkan kata orang..sampai bila ko tak kawin....
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2019 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
mulut melayu kan macam mulut puaka .
hadap aje la  .
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2019 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Iya lah ..
Lantak aje
Adek iols kawen xde lagu lagu bagai pung dikatakan kenduri arwah
Weols peduli apa
Janji makan tu tetamu cukup..sedap dan teringat ingat gitchuuuu...

Adek laki iols lagi la..dia kata kawen nnt nak jamu orang bihun goreng n air sirap je
Mak iols cakap..tu bukan takat kenduri arwah dah...tu jamuan kelas sekolah ko
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2019 01:48 PM | Show all posts
mulut org kan.. bolayannnn jee
sbb tu iols tak nikoh lg, duit tak cukup.. bridal, photog, doorgift ngan mekap je dah around 10k..
makan dewan tak termasuk lg..

almaklumlah family besau, kang kahwin koboi je kena kecam 7 keturunan
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2019 01:48 PM | Show all posts
dh selamat dpt anak sorang pun, baru viral..utk nk puaskan hati netizen kena bersanding lagi sekali ke guane
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-9-2019 01:54 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2019 02:07 PM | Show all posts
patut ada mufti wat fatwa, haramkan hantaran neraka ni
pstu padam ruangan wang hantaran dlm sijil nikah

benda bidaah ni dah jadi barah dlm masyarakat

smpai bergaduh psl wang hantaran neraka kt masjid dulu, ummah meleis la yg buat

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2019 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah dek.

Abe doakan engkau dgn suami kekal bahagia Dan dirahmati selalu.

Persetankan jah melayu dengki khianat tu semua
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2019 02:12 PM | Show all posts
taknak aku jantan sengkek camni, bajet kawen 1k apooooooo
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2019 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
pic ada x?
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2019 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok la tu mampu jg buat kenduri
Yg penting diorang yg nak buat camtu
Sapa yg nak buat kenduri kawin tu sila2 la ukur baju di badan sdr
Susah ke senang korang sdr yg merasa
Org keliling mmg sampai bila2 xreti nak tutup mulut
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2019 02:31 PM | Show all posts
selagi adanya manusia di muka bumi, selagi itu ada mulut yg berckp...
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2019 02:35 PM | Show all posts
eiii derang ni xde keje kke... asyik nak ngutuuuuk je.. dah jodoh dia sampai.. biar la dia kawen... dia byk pk pasal hari2 selepas kawen... alhamdulillah.. lantok mulot2 puaka tu.. ade derang yg bagi makan ko.. hado??? xdo kan.. ngate je lebey...
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2019 02:38 PM | Show all posts
Eleh yg kenduri grand konon tu bertepek hutang kawin cerai kawin cerai tak abis2 bayo
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2019 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak faham semua benda nak cerita dalam media sosial. Same je aku tgk yg overbudget up cerita sbb nk berlagak, yg bajet kecik pun up cerita...humble bragging.

Korang simpan je cerita utk anak cucu takleh ke?
Benda simple. Ada duit kau kawin. Takde duit kau happy je la solo pun.

Kesah sgt mulut org..mati kau tak hidup.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2019 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
gaara_X replied at 3-9-2019 01:22 PM
kalau nak ikutkan kata orang..sampai bila ko tak kawin....

betul tu. ai bertunang pun dicebik dek kawan kenapa tak pasang khemah. bertunang aje pun. Tahun 2002
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2019 02:49 PM | Show all posts
Hidup kalau asyik kena dengar cakap orang bakal merosakan.  Mulut sendiri pun kadang susah nak tutup inikan pulak mulut orang jadi pedulikan je.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2019 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Sendiri up cerita majlis kos 1k. Igt sedara ke tetamu yg up. Sooo yesterday. Ko frame dlm buku hidup ko sudahlah.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2019 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
La dh ade anak igtkan baru kawen ari ahad aritu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 06:45 PM GMT+8 , Processed in 0.087462 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list