Amalan kanibalisme dikatakan pernah berlaku pada Zaman Pertengahan di Eropah
Kredit foto: Carian Google
Seorang saintis Sweden mencetuskan kontroversi apabila mencadangkan agar amalan memakan daging manusia atau kanibalisme dipertimbangkan sebagai salah satu cara menangani isu kekurangan makanan akibat perubahan iklim dunia.
Memetik laporan Big Think pada 8 September lalu, saintis tingkah laku dari Stockholm School of Economics, Magnus Soderlund membuat cadangan itu ketika ditemu bual sebuah stesen televisyen di negara berkenaan.
Dalam temu bual tersebut, Soderlund membentangkan topik bertajuk "Bolehkah Anda Bayangkan Makan Daging Manusia?" yang mengandungi tajuk-tajuk kecil seperti "Adakah Kanibalisme satu penyelesaian terhadap kemapanan makanan pada masa hadapan?" dan "Adakah kita manusia terlalu mementingkan diri sendiri untuk hidup secara mapan?"
Magnus Soderlund
Kredit foto: Big Think
Dakwanya, pantang-larang "konservatif" yang wujud sejak zaman purba merupakan penghalang utama terhadap idea memakan daging manusia.
Katanya, memandangkan sumber makanan semakin berkurangan, manusia perlu mencari jalan penyelesaian dengan berfikir di luar kotak.
Soderlund mencadangkan daging manusia, haiwan peliharaan, cacing dan serangga seperti belalang dijadikan sumber makanan baharu.
Dia berpandangan, orang ramai akan menerima idea kanibalisme sekiranya mereka diperkenalkan dengan amalan tersebut sedikit demi sedikit.
Walaupun sikap mementingkan diri sendiri dikatakan sebagai menghalang manusia daripada memakan daging manusia lain, Soderlund percaya mereka boleh "diperdayakan untuk mengambil keputusan yang betul".
10 pempunuh paling kejam yang mengamalkan kanibalisme dengan memakan daging mangsa-mangsa mereka
Kredit foto: Carian Google
Agak mengerikan apabila lapan peratus daripada penonton rancangan temu bual itu menyatakan mereka bersedia untuk mencuba idea memakan daging manusia. - CARI |