Santesh bagaimanapun disifatkan biadab apabila menjawab komen Siti dengan mendakwa tidak mempunyai masa yang cukup.
Menurut Hangat.com, Santesh mendakwa sudah mempunyai perancangan untuk membawakan lagu tersebut dengan versinya tersendiri namun terpaksa melupakan hasrat tersebut kerana kekangan masa.
Dek kerana sikapnya itu, ramai warganet meluahkan rasa menyampah terhadapnya kerana dilihat semakin besar kepala dan telalu 'over' dalam persembahannya.
Kredit foto: Twitter/IG
Pun begitu, ramai juga membela penyanyi berkenaan. Malah, Santesh dilihat tetap dengan pendiriannya untuk 'menggunakan hak bersuara'.
Berikutan kedegilannya itu, segelintir pihak membandingkan dirinya dengan peserta dari Korea, Hanbyul yang bergelek menyanyikan lagu dangdut 'Yang Sedang Sedang Saja'.
Kredit foto: Twitter/IG
Patut atau tidak Santesh menerima kecaman berjemaah warganet? -
CARI