CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6443|Reply: 46

[Tempatan] Mak Jah selamba berenang di tasik kenyir

[Copy link]
Post time 24-9-2019 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Boomibulat at 24-9-2019 10:51 AM




BERNAMA
MAMALIA terbesar di darat iaitu gajah juga mempunyai kebolehan untuk berenang jauh dalam air menggunakan belalainya untuk bernafas di permukaan, namun peluang untuk menyaksikan haiwan itu berenang adalah sesuatu yang jarang diperoleh.

Bagi Mohd Suwardi Muhamad Azmi, 37, pengalamannya terserempak dengan seekor gajah yang sedang berenang di Tasik Kenyir di Hulu Terengganu, baru-baru ini, sangat menggembirakan selain ia petunjuk bahawa Tasik Kenyir masih menjadi lokasi habitat semula jadi mamalia itu.

“Ini bukanlah kali pertama saya melihat sendiri gajah berenang. Sejak mula bergiat aktif dengan aktiviti memancing pada tahun 2004, ini adalah kali keempat saya melihat haiwan itu berada dalam air.

“Namun, tak sangka pula, video yang saya kongsikan di Facebook itu mendapat perhatian ramai. Mungkin kerana masih ramai tidak tahu bahawa gajah adalah mamalia yang boleh berenang, jadi aksi itu menjadi bualan di Facebook,” katanya ketika dihubungi BERNAMA hari ini.
Video gajah sedang berenang berdurasi tiga minit 45 saat yang dimuat naik di FACEBOOK Mohd Suwardi itu sehingga kini telah dikongsi oleh 355 pemilik akaun Facebook yang lain, menerima 374 tanda suka dan menerima 20,000 tontonan.

Mohd Suwardi yang kerap memancing di Tasik Kenyir berkata selain gajah, banyak lagi haiwan yang boleh berenang seperti harimau, babi, beruk, kera, kambing hutan, kancil, kijang dan rusa.

“Ini pemandangan ‘biasa’ bagi kaki pancing di Tasik Kenyir. Ramai pemancing yang pernah bertembung dengan haiwan-haiwan ini ketika ia berenang, cuma tidak banyak yang merakam video atau gambar kerana ada kalanya cuaca tidak sesuai seperti hujan... kadang-kadang tergamam.

“Apa pun, yang penting kita jangan ganggu habitat haiwan ini. Jangan ganggu pergerakan mereka ketika berenang bimbang jika ia bertindak ganas pula. Biasanya, kami hanya lihat sahaja dan rakam video jika sempat sebagai kenang-kenangan,” katanya yang bertugas sebagai Pembantu Pegawai Perubatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Terengganu, Dr Abdul Malek Mohd Yusof berkata gajah adalah antara haiwan liar yang masih terdapat di Terengganu.

“PERHILITAN hanya akan menangkap gajah ini sekiranya mendapat maklumat daripada orang ramai haiwan ini mengancam keselamatan atau merosakkan harta benda seperti tanaman... sekiranya tiada biarlah ia hidup di habitat semula jadinya seperti biasa,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 September 2019 @ 10:11 AM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2019 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sarah82 at 24-9-2019 11:13 AM

Gajah mmg perenang yg baik.. Byk rekod gajah berenang kot.. Cuma kt mlaysia jarang jumpa.

Edit sbb silap eja.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2019 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Tempat camni kena jaga...tanam la pokok buah2 untuk haiwan2 NI makan
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2019 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
JKR hutan

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2019 11:08 AM | Show all posts
sarah82 replied at 24-9-2019 11:00 AM
Gajah mmg penerang yg baik.. Byk rekod gajah berenang kot.. Cuma kt mlaysia jarang jumpa

perenang dik. bukan penerang...
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2019 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
pittjie replied at 24-9-2019 11:08 AM
perenang dik. bukan penerang...

Hahahaha.. Typo.. Sy dan typo tak mampu dipisahkan.. Jari gemok sgt.. Hahahaha..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-9-2019 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
pittjie replied at 24-9-2019 11:08 AM
perenang dik. bukan penerang...

Penerang pn blh..org kg tanam pisang dia tolong kasi clear..
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2019 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Boomibulat replied at 24-9-2019 11:13 AM
Penerang pn blh..org kg tanam pisang dia tolong kasi clear..

Dah kita kacau habitan dia.. Mau dia tak angin.. Gajah antara 3 binatang yg arwah tok aku kata pantang dicabar atau jgn mencari geruh..

Tedung selar, harimau dan gajah.. Pantang dicabar mesti depa akan tgg org yg mencabar depa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2019 11:16 AM | Show all posts
jangan diusik2 nak kacau2 dia....biarkan jek dia disitu...tak mengganggu bontot sesapa kalau kita tak kacau dia dan tempat tinggal dia....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2019 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 24-9-2019 11:14 AM
Dah kita kacau habitan dia.. Mau dia tak angin.. Gajah antara 3 binatang yg arwah tok aku kata pan ...

I pun dgr cmtu jgk..nk sebut nama pn x berani..klu kacau dia kat hutan smpai ke rumah dia cari nti..
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2019 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Boomibulat replied at 24-9-2019 11:18 AM
I pun dgr cmtu jgk..nk sebut nama pn x berani..klu kacau dia kat hutan smpai ke rumah dia cari nti ...

Arwah tok aku juga ckp.. Harimau ni kalau perempuan mengandung masuk hutan.. Dia bau perempuan tu mcm nangka.. Wangi dan manis..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2019 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 24-9-2019 11:20 AM
Arwah tok aku juga ckp.. Harimau ni kalau perempuan mengandung masuk hutan.. Dia bau perempuan tu  ...

Abis tu dia kacau ke tak..rimau suka mkn nangka ke
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2019 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Boomibulat replied at 24-9-2019 11:23 AM
Abis tu dia kacau ke tak..rimau suka mkn nangka ke

Kacau la.. Sbb tu arwah tok aku kata.. Pantang perempuan mengandung masuk hutan
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2019 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Steady Mak Jah. Kalau bolih nak belajar teknik gajah berenang. Dengan badan yg semangat..... cuma guna belalai untuk swim forward. Tasik Kenyir dalamnya bukan main2. Kalau kat tengah2 tu mahu 2-3 kali ganda pokok kelapa
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2019 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah ada la... Pra mod si modngengade tu dah buat dah thread ni.. Kau ni pun...
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2019 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Boomibulat replied at 24-9-2019 11:18 AM
I pun dgr cmtu jgk..nk sebut nama pn x berani..klu kacau dia kat hutan smpai ke rumah dia cari nti ...

Nenek iols ckp dulu org kampung x sebut "Gajah" tapi "Orang Kuat".. kononnya dia x dengar n datang lah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2019 01:12 PM | Show all posts
nampak mcm dalam juga air tu, jauh dr darat. hebak mung wahai gajah.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2019 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
pittjie replied at 24-9-2019 11:08 AM
perenang dik. bukan penerang...

Penerang hutan kot
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2019 02:02 PM | Show all posts
sabo je laaa, baru nak who are yussss kan mak jah  
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2019 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
comeinya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 01:57 AM GMT+8 , Processed in 0.062082 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list