CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23919|Reply: 185

Netizen 'Basuh' Christy Ng Tak Setuju Cuti Bersalin Dinaikkan Kepada 90 Hari

[Copy link]
Post time 12-10-2019 09:58 AM | Show all posts |Read mode
Mesti ramai maklum mengenai kemas kini terbaru Belanjawan 2020 yang baru sahaja dibentangkan semalam. Dengan konsep "senangkan yang susah", diharapkan semua dana yang dipertaruhkan bakal memberi kesenangan kepada rakyat.


Tapi, yang paling menarik perhatian apabila diumumkan cuti bersalin dinaikkan daripada 60 hari kepada 90 hari bermula tahun 2021.


Walau bagaimanapun, usahawan wanita terkenal iaitu Christy Ng nampaknya seperti tidak bersetuju dengan usaha kerajaan untuk menyenangkan ibu-ibu yang baru sahaja bersalin itu.





Kredit foto: Blog




"erkara yang saya tidak gembira adalah peningkatan cuti bersalin. Ia mungkin ada baik dan buruk. Seorang pekerja wanita yang bercuti selama tiga bulan adalah terlalu lama dan saya merasakan ia menyebabkan masalah kepada majikan untuk meletakkan pekerja berkenaan di kedudukan tinggi. Ia mungkin bukan sesuatu yang baik," ujarnya sebagai tetamu program khas Belanjawan 2020 diAstro AWANI.


Christy juga tidak mahu wanita tidak diberi peluang bersaing dalam tenaga kerja dan mengelakkan pihak majikan hanya memilih lelaki untuk kedudukan peringkat atasan di tempat kerja berbanding wanita.





Kredit foto: Blog




"Bulan ketiga sepatutnya ditukar menjadi waktu kerja fleksibel yang dipersetujui supaya majikan tidak menghadapi kesukaran untuk mendapatkan tenaga kerja gantian semasa seseorang mengambil cuti bersalin, selain rakan pejabat tidak rasa terbeban," tambahnya.



Rata-rata netizen menyelar kenyataan Christy Ng yang dikatakan tidak berperikemanusiaan. Bagi mereka, dia sebagai seorang wanita seharusnya lebih berpihak kepada kesenangan untuk wanita bekerja.





Kredit foto: Twitter




Apa pula pendapat anda mengenai hal ini? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2019 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok... I taknak dah beli kasut dia. Booooooo
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2019 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Kosser sgt baru 90 hari dah kecoh. Kat Norway maternity leave 245 hari majikan relax je bagi cuti & bayar gaji. Booooo!! Moh ler berjemaah boycott kasut sheols
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2019 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
"Lu olang manyak cuti..sapa mau wat kerja???Wa mau meniaga apa macam???..Lu olang betul2 manyak malas lor"-Apik Si Kapitalis.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2019 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Ermm,  ada part yg dia cakap tu aku setuju je.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2019 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Design CN cantik juga tapi aku taksuka her name imprinted on my bag. So tak beli
Cuba butik Sometime cacah nama designer tempatan. Aku tak beli punya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-10-2019 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru survey2 lokal bag hakak nak belasah...you are cancel girl! Poromers siler bagi nama lokal designer lain hakak survey
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2019 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Salesgirl dia pun menyombong giler
Aku masuk kedai dia dgn abg aku kat  Aeon Jusco nun, nak beli hadiah utk ibu aku..
Muka tak senyum langsung..podahh
Ingat kami tak ada duit ke..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2019 11:02 AM | Show all posts
gomen  sarankan sehingga 90 hari...ko buat la polisi syarikat ko sape nak pilih sampai 90 hari ke tak... senang...

setiap mak lain-lain nak dok lama dengan baby ka tidak...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2019 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Memang xpernah support produk dia ni. Dari dulu ada kes dengan pekerja
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2019 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
"Christy juga tidak mahu wanita tidak diberi peluang bersaing dalam tenaga kerja dan mengelakkan pihak majikan hanya memilih lelaki untuk kedudukan peringkat atasan di tempat kerja berbanding wanita".

Nak cuti 90 hari pun kau tak bagi, ada hati nak sembang pasal pekerja wanita patut dberi peluang bersaing

Sejenis majikan baru nak up ada company, dia tak tau ka kalau pekerja perempuan fully fit dia punya prestasi kalah lelaki sehat 10 orang, pantang bersalin terang2 44 hari ke atas, ada yang sampai 100 hari ikut kekuatan badan,

Sejenis kapitalis nak menang sendiri, boikot produk kau baru tau nasib kau.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2019 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
URUHA replied at 12-10-2019 10:19 AM
Kosser sgt baru 90 hari dah kecoh. Kat Norway maternity leave 245 hari majikan relax je bagi cuti &  ...

"kita olang ikut mana ada untung ma....lu olang pigi norway lor...." Ahsoh.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2019 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols setuju jah dgan point christy ng.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2019 11:43 AM | Show all posts
kasut dia bukan cantik pun. xberbaloi dgn rege. ada tu macam kasut china tempek nama dia je. beg ok jgk la, ada yg cantik dan praktikal.

walaubagaimanapun, kalo kita tgk dr sudut positif, ada betul jgk apa dia cakap tu. dia cakap bagi pihak wanita2 lain. wanita2 pekerja. mungkin nanti ada majikan cakap lecey lah nak ambik pompuan, nanti beranak je dah 3bulan cuti.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2019 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
KIM.K: Design CN cantik juga tapi aku taksuka her name imprinted on my bag. So tak beliCuba butik Sometime cacah nama designer tempatan. Aku tak beli punya


Feel u
Semua brg letak nama designer tempatan mmg x minat. X tahu napa. Lntakla inter sekalipun like jimmyHaaachoo itew
Nama sepet pula. Blm tiba masany kot
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2019 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
fliphair8: Baru survey2 lokal bag hakak nak belasah...you are cancel girl! Poromers siler bagi nama lokal designer lain hakak survey

Bag?
Jahlop, rcw {:smile
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2019 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Ala, baru plan nak beli beg christy ng.. Christy ng cancel!
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2019 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
fliphair8 replied at 12-10-2019 10:38 AM
Baru survey2 lokal bag hakak nak belasah...you are cancel girl! Poromers siler bagi nama lokal desig ...

Dari dulu suka Gin & Jacqie dari Sarawak.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2019 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Christy ni memang infamous jahat dengan pekerja khen.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2019 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
christy ng???? selalu datang buat sale kat opis meols..tak hengen ku jejak tengok..

btw kampeni meols maternity leave memang 3 bulan..ms ng ni dah kawen ke belum
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 08:23 AM GMT+8 , Processed in 0.072499 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list