Setiap kali menjadi bahan kecaman netizen tentang bentuk badannya, Mimi Lana mengambil pendekatan untuk tidak mengambil hati dan memandang serius kata-kata netizen.
Foto: Instagram Mimi Lana
Dia lebih selesa menjadikan setiap kritikan itu sebagai sesuatu yang positif untuk memajukan dirinya lagi.
Menurutnya lagi, dia tidak kisah apabila netizen mengatakan dirinya terlalu kurus kerana masing-masing mempunyai pandangan.
Ketika ditemu bual mStar Online, Mimi tidak pernah rasa terganggu dengan komen netizen yang boleh membawa kepada depresi. Perubahan bentuk badannya itu adalah disebabkan watak yang dibawa Mimi dalam filem seram Pusaka.
Tambahnya lagi, apa sahaja kisah peribadi tentang dirinya mahupun kekasih, Syafiq Kyle dia akan elak untuk berkongsi di laman sosial.
Mimi juga memberikan pandangan untuk mengelak daripada penyakit depresi, ada baiknya seseorang itu berhenti seketika daripada menggunakan laman sosial.
Dia juga mengakui tiada sesiapa mampu mengawal laman sosial dan disebabkan itu dia lebih gemar untuk menjadikan platform media sosial sebagai tempat untuk berkongsi kisah kerjayanya.
Bagi Mimi, netizen merupakan robot dan mereka yang suka mengambil peluang untuk mengecam seseorang ada baiknya gunakan platform ini untuk perkara yang baik.
Artis memang selalu menjadi bahan ejekan netizen. Apa sahaja yang dibuat semua tidak kena pada mereka dan mulalah mengutuk untuk melemahkan semangat seseorang. - CARI
|