Foto: Rumanoffs
Kita mungkin pernah lupa bersama siapa kita ketawa, tetapi tidak akan pernah lupa dengan siapa kita menangis. Itulah suami isteri. Susah senang sentiasa bersama.
Tapi, akhir-akhir ni banyak pula isu keruntuhan rumah tangga yang berlaku. Macam-macam ragam perceraian. Jawapan klise adalah tidak sehaluan atau sudah pudar rasa cinta hingga terlupa bahawa,
"Cinta bukanlah mencari pasangan yang sempurna, sebaliknya menerima pasangan kita dengan sempurna."
Mungkin video dari YouTube di bawah akan menyedarkan anda yang tanggungjawab seorang suami itu berat. Tapi, tak payahlah buat dekat sini kerana hospital di Malaysia belum kekurangan kerusi lagi.
Video ini dinyatakan sebagai salah satu video yang telah berjaya mencairkan hati warganet.
Sweet couple, kan? Sungguh menyentuh perasaan apabila seorang suami di barat daya Sichuan, China dilihat sanggup membongkok menjadi 'kerusi' untuk isterinya yang mengandung sehingga digelar "human chair".
Photo Credits: You Tube
Menurut Daily Mail, lelaki penyayang itu juga menghulurkan botol air kerana merasakan isterinya mungkin haus dan keletihan. Setelah beberapa teguk, isterinya mula mengurut kaki yang terasa kebas-kebas.
Video ni telah dimuat naik ke akaun rasmi TikTok Polis Hengang dan menjadi tular.
"Video ini sepatutnya berjudul 'Heartless', tetapi kita juga harus memuji tindakan suami yang baik," Komen warganet
Tajuk Heartless dipilih kerana tiada yang sudi mengosongkan tempat duduk buat wanita itu. Namun, di Malaysia dijamin perkara ni jarang berlaku atau tidak mungkin berlaku kerana rakyat Malaysia prihatin.
Video ini turut mendapat perhatian wargamaya di YouTube.
"Dia seorang wanita, dia seorang ibu, dia seorang anak, dia seorang isteri, dia seorang kakak. Lelaki sejati tidak pernah menyakiti wanita."
Foto: YouTube
Cinta suami tiada sempadan. Semoga lebih ramai suami yang prihatin muncul selepas ini. Dan sebagai orang awam, sikap mengutamakan mereka yang memerlukan amatlah dituntut. - CARI |