Ammar Alfian mengejutkan pengikutnya di Instagram apabila berkongsi sekeping gambar menunjukkan matanya lebam dengan kapsyen 'tamparan dari Tuhan'.
Jelas Ammar, dia terjatuh dari pelantar cari gali minyak ketika melakonkan sebuah aksi dalam penggambaran filem 'Paskal' tahun lalu hingga mengalami kecederaan tersebut. Fuh! Ingatkan ada sebab lain.
Rata-rata pengikut Amar memuji kesungguhan pelakon itu yang berkorban demi mendapatkan hasil terbaik.
Filem Paskal The Movie arahan Adrian Teh turut dilakonkan Hairul Azreen, Henley Hii, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Hafizul Kamal dan ramai lagi.
Filem yang ditayangkan pada hujung tahun lalu ini telah berjaya mencatat kutipan pecah panggung RM29 juta.
Saja je buat orang terkejut. Ingatkan, ada sebab tertentu mata jadi begitu. - CARI
|