CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 13824|Reply: 67

Patutlah Lelaki Muda Memilih Wanita Berusia, Wajib Baca Lima Sebab Di Bawah

[Copy link]
Post time 23-12-2019 12:11 PM | Show all posts |Read mode

Foto: Pixels



Dahulu, nahaslah kalau pilih perempuan lebih tua sebagai isteri. Boleh kecoh satu kampung.  Tambah kalau perbezaan umur antara pasangan terlalu jauh. Boleh meroyan mak mertua yang dapat menantu begini. Belum lagi ipar duai yang jenis batu api.  


Stigma masyarakat beranggapan wanita berusia tidak mampu memberi zuriat yang sempurna.  Wanita juga dianggap lebih cepat kelihatan  tua berbanding lelaki setelah bersalin. Malah merugikan andai wanita putus haid sedang suami masih muda. Tak kurang yang beranggapan wanita berusia  adalah queen control .


Seiring peredaran zaman, ikatan antara lelaki muda dengan wanita berusia telah diterima masyarakat. Malah ada yang sanggup meninggalkan isteri hanya kerana wanita yang lebih berusia.


Lalu, apa yang menyebabkan lelaki memilih menjalin hubungan dengan wanita berusia? Semak hal di bawah. Jom!



1. Wanita Berusia Lebih Matang


Foto: Pixels




Masalah pasti wujud dalam ikatan, tak kiralah dengan wanita lebih muda atau tua. Tetapi bagaimana reaksi pasangan dalam menghadapi masalah akan menentukan tahap keruh dan jernihnya perhubungan.


Kalau pasangan sama usia atau lebih muda, boleh jadi tiga hari tiga malam baru habis membebel andai pasangan melakukan kesalahan kecil, berbanding wanita berusia yang lebih mengerti kerana sudah melalui fasa keanak-anakkan. Kecualilah wanita berusia itu tidak bersikap sesuai dengan usianya.  



2. Mempunyai Pengalaman Dalam Menjaga Hubungan Dengan Pasangan


Foto: Pixels






I lap you, you lap me. Ayat 'cintan' maut masa baru berkenalan dan berkahwin. Realiti kehidupan tak selancar yang difikir. Hubungan cinta akan menempuh saat genting. Kesibukan tugas, mengurus anak-anak, ekonomi dan lain-lain akan menyumbang konflik. Masa inilah segala perangai yang cuba ditutup terhambur keluar. Mulalah rasa bosan terhadap pasangan timbul. Salah percaturan boleh tergadai kebahagiaan.


Dilihat, wanita lebih berusia pandai mengurus masalah ini. Pengalaman menghadapi banyak orang  membantu  mereka supaya lebih kreatif dan berani dalam mewarnai hubungan bersama pasangan. Kejutan, aktiviti bersama, puji-pujian dan berdiam diri apabila suami marah antara yang dilakukan.


3.  Serius Dan Menyokong Perhubungan



Foto: Pixels




Kalau sekadar nak main-main jangan mendekati wanita berusia kerana mereka serius dengan perhubungan. Sekali kamu serius, mereka berganda serius. Mereka akan mencurah usaha agar perhubungan berlanjutan dan mencapai apa yang kamu berdua rencanakan iaitu perkahwinan.



4. Membantu Mengurus Kewangan


Foto: Pixels






Majoriti wanita berusia sudah stabil dari segi ekonomi. Manakala lelaki yang lebih muda masih mencari tapak dalam kerjaya. Lelaki muda cenderung berbelanja tanpa tujuan, semua benda mahu dibeli dan dicuba.


Wanita berumur dilihat mampu menjadi penasihat dan perancang kewangan. Ada pula yang sanggup membantu suami atau pasangan yang tidak mampu. Dalam cabaran ekonomi sekarang, sebilangan lelaki muda melihat faktor kewangan menjadi salah satu syarat memilih isteri. Siapa yang tanggung siapa sebenarnya?

5. Memilih Untuk Berterus -Terang Berbanding Makan Hati


Foto: Pixels









Pernah tak, tiba-tiba isteri atau pasangan mencuka berhari-hari tanpa sebab? Boleh buat suami bingung, tau. Bila ditanya tak pula mahu menjawab. Orang mudalah katakan, semua perkara mahu dipendam.


Wanita berusia pula lebih berani dalam menyampaikan pendapat dan rasa hati. Pandai pula menyusun kata tanpa emosi yang berlebih-lebihan.
Sikap dewasa wanita berusia dalam menegur kesalahan pasangan membantu suami menjadi lebih matang. Sikap saling terbuka ini memupuk perhubungan yang sihat.


Umur bukanlah pertimbangan mutlak dalam menentukan matangnya seseorang.  Ada juga yang muda namun lebih matang dari yang berumur.  Adatlah kalau yang seumur atau lebih muda banyak kekurangan. Sama-sama masih bertatih dalam melayari perhubungan dan bahtera rumah tangga. Mereka kurang, anda pun tak sempurna. Namun, andai anda pelik kenapa lelaki muda memilih wanita berumur, salah satu di atas mungkin faktor penyumbang.


Menurut anda bagaimana? Jom berkongsi komen? - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2019 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
helloooooo ni semua sebab duit la..
tak payah senarai 5 ni pun memang sebab utama dia DUIT
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2019 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 23-12-2019 12:12 PM
helloooooo ni semua sebab duit la..
tak payah senarai 5 ni pun memang sebab utama dia DUIT

Hahahahahahahaha.. Kan kurex.. Choi laaaa.. Suka sebab semua ni.. Semua sebab $$$
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2019 12:48 PM | Show all posts
xde makna nya

dia nmpk duit jer....


Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2019 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Sugarmummy
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2019 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Sapelah yang minat sangat lelaki berwajah mumayyiz ni. Tak endorse langsung
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-12-2019 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Erk kalau Laki muda banyak duit drp janda miskin pula macamana
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2019 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Fulussssssss
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2019 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Aiolzs pernah jgk ler..tp xsuka sgt laki muda sbb kuat jeles,mngongkong even just as a friend...bila terus terang pun still nk kejar2 lg..dah ler beza ktorg 7thn..mmg idok ler ai nak...y dulu siap ugut2 nk bunuh diri lg..ai was like.......duhhhhh~{:nose
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2019 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku langsung X minat laki muda. .kalau jauh beza umur..takat setahun dua  tiga ok lah ...dah rasa macam adik., ..anak
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2019 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
mitossss. aku lebih muda dr laki aku.  npe aku lg matNg dri dia {:dot
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2019 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu2 me kurang minat lelaki muda, puas mnolak tp skrg lani Allah dh jodohkn dgn yg mamat muda...me trima jelah...asalkn dia tahu tanggungjwbnya.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2019 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
AkokKocik replied at 23-12-2019 01:54 PM
Dulu2 me kurang minat lelaki muda, puas mnolak tp skrg lani Allah dh jodohkn dgn yg mamat muda...me  ...

Muda berapa tahun tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2019 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by yuki812 at 23-12-2019 02:07 PM

siannya ppuan berusia ni..kena sesuai ngn laki berusia dah tarap laki org ke..kang kena sumpahan makian 7-8 keturunan tak sudah dituduh perampas laki org pulak..
ada yg meroyan pulak..

btw iols sendiri mmg tak berminat ngn laki muda..walau muda setahun. trs turn off nk manja2. tp ppuan lain suka laki muda..atas dasar apapon..iols tak kisah.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2019 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
yuki812 replied at 23-12-2019 02:06 PM
siannya ppuan berusia ni..kena sesuai ngn laki berusia dah tarap laki org ke..kang kena sumpahan mak ...

Semua atas diri sendiri lah ...kalau asal berlaki boleh ja pilih yang mana2 pun....
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2019 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau perempuan tu tua, miskin, gemuk dan tak cantik tapi baik hati, dan sopan santun, nak ke tak nak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2019 04:56 PM | Show all posts
wanita berusia ni adalah bermaksud andartu...

andartu ada pelbagai kategori...
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2019 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Ouch topic.heheheheh.

M sure he choose me sbb i cantik, anggun jelita muka mcm ratu cantik tahun 70an, boleh? Sighhh atas alasan apa pun, siapa kite nk menidakkan takdir? I didnt choose him, n he didnt look for me.

& M sure money is not his motivation sbb he insists i berenti kerja n duk umah je.

@Veneer
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2019 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Huh.. Hujung cari gak perempuan muda
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2019 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Cari kelainan dan pengalaman. Lagipun lebih mencabar, banyak mengajar erti kesabaran.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 11:41 PM GMT+8 , Processed in 0.592792 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list