Kredit foto: Instagram Abby Abadi
"Berbahagialah di sana sayang. Antara kenangan terindah untuk mama dan abah di tahun 2019 ini ialah hadirnya Muhammad Danial Firman Faizal Muhammad Faizal.
"Mama buat video ni sewaktu di Makkah hari itu, selang dua hari selepas Baby D tinggalkan kami semua.
"Tapi teragak-agak nak kongsikan sebab tak nak terbawa-bawa dengan kesedihan berpanjangan, tapi malam ni (malam tadi) mama post juga sebab mama nak tinggalkan kenangan di sini.
"Mama dan abah rindu dia," luah pelakon Abby Abadi menerusi satu entri berbentuk video di instagram miliknya.
Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan, 42, menzahirkan rasa rindu terhadap arwah anaknya Muhammad Danial Firman Faizal atau dikenali sebagai Baby D.
Anak Abby, Muhmammad Danial Firman atau Baby D menghembuskan nafas terakhir pada 7 Disember lalu ketika dia berada di Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan umrah bersama keluarganya.
Baby D yang dilahirkan pada 27 September lalu dengan berat 535 gram secara pembedahan ketika kandungan Abby mencecah lima bulan selepas mengalami turun darah berikutan tekanan darah tinggi.
Biarpun kehilangan permata hatinya, namun kata Abby, kehadiran Baby D merupakan kenangan yang terindah dikecapinya pada tahun ini.
Untuk rekod, Abby dan suaminya, Muhammad Faizal mendirikan rumah tangga pada 14 Ogos 2015 sebelum ini turut mempunyai dua anak angkat iaitu Muhammad Daiyan Fayyan dan Maisara Dayana Fathia.
Terdahulu , menerusi perkahwinan pertama bersama aktor Norman Hakim, Abby dikurniakan tiga anak iaitu Mohamed Danish Hakim 16, Marissa Dania Hakim, 14, dan Maria Danisah Hakim, 11.
Sabarlah Abby. Baby D tunggu di syurga.-CARI
Sumber - Astro Awani
|