CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 10755|Reply: 70

"Bukan Kena Marah, Ini Perbualan Biasa Dengan Isteri Saya" - Najib Ra

[Copy link]
Post time 9-1-2020 12:00 PM | Show all posts |Read mode
“Saya terkejut. Saya nak semak dulu. Saya belum semak lagi.



"Ini tidak pernah berlaku dalam sejarah, saya akan bincangkannya dengan peguam saya,"




Kredit Foto - Malaysiakini



Itu respon Najib Razak ekoran pendedahan tergempar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).



SPRM mendedahkan sembilan klip rakaman audio berkenaan dengan dakwaan konspirasi pecah amanah, salah guna kuasa serta pemalsuan bahan bukti.



Kredit Foto - Astro Awani




Menurut Latheefa Koya selaku Ketua SPRM, pendedahan ini adalah untuk kepentingan awam bagi memastikan tahap integriti serta ketelusan badan seperti SPRM dan Pejabat Peguam Negara (AGC) tidak lagi dipersoalkan pihak tertentu.



Pada sidang akhbar khas di Putrajaya itu, beliau berkata klip audio berkenaan berkaitan dengan perbualan yang melibatkan isteri Najb, Rosmah Mansor, bekas ketua SPRM Dzulkifli Ahmad, seorang tokoh asing dan beberapa individu lain.





Tidak ketinggalan juga rakaman perbualan dengan Putera Mahkota Emiriyah Arab Bersatu, Putera Sheikh Mohammed Zayed Al-Nahyan.




Kredit Foto - Flickr




Dalam rakaman tersebut, ada di antaranya mengandungi perbualan pembocoran rahsia yang diklasifikasikan Akta Rahsia Rasmi (OSA), cubaan untuk memalsukan bahan bukti berhubung skandal 1MDB selain arahan menaikkan pangkat individu dalam kerajaan.


Latheefa menegaskan rakaman berkenaan adalah asli namun merahsiakan butiran penerimaan bukti tersebut yang baru diterima SPRM awal tahun ini.

Antara yang menjadi perhatian adalah perbincangan antara bekas Pengerusi Tabung Haji, Azeez  Abdul Rahim dengan Dzulkifli pada Januari 2016.





Kemudian rakaman suara Rosmah Mansor yang kedengaran seakan tidak berpuas hati kepada Najib Razak dalam satu perbualan telefon.





Merujuk pada audio ini, Najib menafikan dimarahi isterinya Rosmah Mansur.



"Dimarahi? Tak ada dimarahi... perbualan di antara isteri saya dengan saya dan ia peribadi.

"You pun bersembang dengan your wife kan? Apa salahnya?" katanya lagi memetik laporan Malaysiakini.



Beliau turut menyoal mengapa rakaman audio berkenaan didedahkan semasa kempen pilihan raya kecill Kimanis, Sabah berlangsung.


Sebagai info, tiga daripada perbualan telefon yang didedahkan bertarikh 5,17 dan 22 Januari 2016 sebenarnya menjurus pada insiden pada 25 Januari 2016 di mana Apandi Ali, bekas peguam negara membebaskan Najib Razak dari semua pertuduhan berkaitan salahguna kuasa justeru menghentikan siasatan terhadap mantan perdana menteri itu.



Kredit Foto - Astro Awani



Tahukah anda bahawa tindakan memintas perbualan telefon adalah sah di sisi undang-undang Malaysia?


SPRM memang mempunyai kuasa untuk memintas panggilan telefon anda, mendengar serta merakam perbualan anda. Kuasa ini diperuntukkan di bawah Seksyen 43 Akta SPRM.


Namun, pentadbiran kerajaan pada tahun 2012 telah meluaskan kuasa ini kepada pihak polis supaya ia boleh digunakan untuk sebarang kesalahan jenayah, tanpa mengira ia di bawah Akta SPRM atau tidak.

Maka, pindaan Akta CPC pada 2012 telah memasukkan Seksyen 116 C yang memberi kebenaran kepada pendakwa raya untuk memberi kuasa kepada pegawai polis untuk 'memintas, mendengar atau merekod' mana-mana perbualan jika ia dianggap mengandungi maklumat berhubung pelaksanaan kesalahan.


Oleh itu, hati-hati ya, janganlah bincang benda penting dalam telefon.- CARI


Sumber - Astro Awani

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2020 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
jadi dato seri x menafikan laa ye itu dato seri dan wifey?
ok lah mcm tu...

sbb bideo semburit dan yg lain diorg x mengaku ... tu yg kes jd lain tu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2020 12:36 PM | Show all posts
cik_chili replied at 9-1-2020 12:03 PM
jadi dato seri x menafikan laa ye itu dato seri dan wifey?
ok lah mcm tu...

kan video tak dapat detect orangnya.. yang suara boleh pulak detect siapa huhu
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2020 12:38 PM | Show all posts
hahahaha lawak betul la..
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2020 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
sejarah si Kitol.  Aku percaya ini lah detik kali pertama DSN diberitahu bahawa ada gerakan melibatkan deep state di antara pemegang jawatan kerajaan, secara serius, secara sistematik utk mengenakan dia oleh sekumpulan orang berkomplot bersama 3 Tan Sri, tergamak sampai macam tu sekali nak kenakan dia dari dalam.  

Dzulkifli sendiri kesian dan sedih
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2020 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Mengesahkan ternyata benar &  memang wujud konspirasi untuk menjatuhkan perdana menteri ketika itu dan kewajaran AG gani patail dibersarakan awal kerana menjadi tali barut Mahader
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-1-2020 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pun dah dengar mmg xde apa pun. Aku respect Najib.. dalam keadaan banyak dugaan fitnah dia masih boleh tenang and gentle dgn wife....jeles lah kut si koyak tu.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2020 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
ketelusan hangguk kau!
video semburit tu kau takde buat apa pun.. cam cibai!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2020 12:57 PM | Show all posts
eleh tipah koyak ni, video sembureedd tu takde plak nak telus asal bab najib je telus segala mala..boooooo
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2020 01:01 PM | Show all posts
harizs replied at 9-1-2020 12:40 PM
Mengesahkan ternyata benar &  memang wujud konspirasi untuk menjatuhkan perdana menteri ketika itu d ...

Ramai betul musuh dalam selimut masa tu

gani patail, gabenor bank negara pun
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2020 01:01 PM | Show all posts
sikit demi sedikit sumpahmu mula memakan diri...
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2020 01:30 PM | Show all posts
Macam mana nak jadi ketua kesatuan ummah.
Ngan bini sendiri pon kalah kena control.

Come one melayu UMNO-PAS, cari lah ketua yang berbiji sikit, macam mana nak hadapi western, israel, china mcm ni.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2020 02:25 PM | Show all posts
Kurex replied at 9-1-2020 12:53 PM
ketelusan hangguk kau!
video semburit tu kau takde buat apa pun.. cam cibai!

lambat betul hasil siasatan walaupun muka jelas dlm video HD.  yg audio cepat pulak.   sama dgn kes urine test dadah anak menteri. dah setahun berlalu...klu anak org lain dah jatuh hukum dah.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2020 02:25 PM | Show all posts
Dunia dah menghampiri akhir zaman..
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2020 02:44 PM | Show all posts
Edited by karlmax8 at 15-11-2024 05:44 PM

....
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2020 02:54 PM | Show all posts
harizs replied at 9-1-2020 12:39 PM
sejarah si Kitol.  Aku percaya ini lah detik kali pertama DSN diberitahu bahawa ada gerakan melibatk ...

Ko tak payah belit mcm najib la.. Zulkifli tu mmg dilantik untuk menyelamatkan najib..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2020 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
garang btol kak ros..kikikiki..
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2020 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
EncikH replied at 9-1-2020 01:30 PM
Macam mana nak jadi ketua kesatuan ummah.
Ngan bini sendiri pon kalah kena control.


The tone, quick psychological assessment. mood rosmah adalah lebih kepada upset dgn apa yg jadi, and najib at the end of the stick does not sound like defensive panic. But Calm.

Ini tone perbualan biasa dgn wife pada aku utk defuse masalah. For example, anak aku kena rotan dekat sekolah sebab cikgu salah faham tentang kerja rumah. Dia ingat xsiap. Wife aku get really upset amd mengunnakan tone tinggi. Dia bukan upset dekat aku x assist anak aku buat kerja rumah, tapi upset about the injustice and stress. Rosmah ada cakap "kita sakit kepala, sakit badan", rungutan normal.

Ko dah kahwin ke belom?
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2020 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Perbualan biasa

Iols kalau camni la wife berborak dlm telepon, memang iols suruh dia hantar iols balik rumah mak iols
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2020 03:11 PM | Show all posts
bg dia perbualan biasa

so da biasa kena maki dgn rosmah monster ler tue

sampai da imune
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 07:52 AM GMT+8 , Processed in 0.066430 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list