|
Single terbaru daripada Haqiem Rusli berjudul Bangkit dikatakan mengandungi maksud tersirat yang ingin disampaikan penyanyi itu.
Kredit foto: IG
Berkata kepada Harian Metro, Haqiem tidak menafikan intipati lagu yang membawa mesej positif itu ditujukan buat pelbagai pihak yang pernah menindas dirinya sebelum ini.
"Lagu ini berkenaan orang lemah yang ditindas, dipermalukan di khalayak ramai, dan sebagainya. Malah, saya anggap lagu Bangkit yang dilancarkan baru-baru ini pun keluar tepat pada waktu.
"Saya mahu tunjukkan bahawa kita sesama manusia tidak patut menjatuhkan orang lain atau memalukan artis itu sendiri. Nak kata ada kaitan dengan insiden yang menimpa saya baru-baru ini, kalau terasa, silakan.
"Saya juga ingin menampakkan intipati lagu saya semakin meningkat. Bagi saya, kalau kita lebihkan lagu mengenai isu masyarakat, ia boleh memberi manfaat dan itu lebih penting," katanya kepada Harian Metro.
Kredit foto: BH Online
Pada malam pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL 34), gimik persembahan kumpulan Drama Band yang penuh sindiran menyebabkan ramai pihak terkesan.
Antaranya ialah Haqiem yang mengaku terganggu dengan persembahan mereka kerana terasa seolah-olah disindir kumpulan itu membabitkan isu masalah kemurungan dihadapinya dua tahun lalu.
Kredit foto: IG
Katanya, dia agak terkesan di belakang pentas sebelum gilirannya membuat persembahan.
Semoga Haqiem terus bangkit dalam menghadapi pelbagai ujian kelak. - CARI
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|