CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 13288|Reply: 43

[DRAMA MELAYU] AKASIA : BUKAN GADIS BIASA [REMY ISHAK, AYDA JEBAT][MULAI 23HB APRIL 7MLM

[Copy link]
Post time 22-4-2020 04:08 PM | Show all posts |Read mode
Edited by eddlisa_uyuk at 22-4-2020 04:12 PM


Bukan Gadis Biasa adalah sebuah drama adaptasi dari novel yang juga dari tajuk yang sama. Bakal memulakan siarannya bermula 23 April 2020 di slot Akasia setiap Isnin hingga Sabtu jam 7 malam di TV3.

Drama Bukan Gadis Biasa ini dibintangi oleh ramai pelakon berbakat seperti Ayda Jebat, Remy Ishak, Nazim Othman, Mas khan, Lia Natalia, Sheila Rusly, Ozlynn dan ramai lagi. Selain itu pengarah drama ini adalah Azman Hj Yahya dan Bukan Gadis Biasa berkisarkan mengenai kehidupan seorang gadis ‘pengkid’ yang bernama Johana.

Menerusi perkongsian Ayda Jebat di Instagram miliknya, dia memuatnaik poster drama ini dengan kapsyen berbunyi berikut:

“Its Akasia. Start 23 April 2020. Monday to Saturday, 7 malam. Cara nak ubah pengkid yang trauma ke jalan yang benar? Selamat menonton. Bukan Gadis Biasa Untuk Lelaki Luar Biasa.”

Berdasarkan poster Bukan Gadis Biasa ini, kelihatan Ayda Jebat bergandingan sama Remy Ishak berlakon dalam  drama ini. Wow, gandingan dua pelakon yang jarang berlaku berlakon bersama!

Sinopsis Bukan Gadis BiasaMenyingkap ceritera manusia-manusia yang pernah melalui zaman gelap ketika kecil. Ia didukung oleh watak-watak yang kuat untuk meninggalkan impak yang mendalam kepada para pembaca.

Johana anak seorang penjenayah dan penagih dadah. Namun, ia tidak menyekat dia supaya berusaha untuk keluar dari label gagal yang diletakkan manusia padanya.

Rayyan pula mangsa dera yang kerapkali dipijak. Tetapi, semangatnya untuk berjaya menjadikan dia lelaki cekal yang tidak pernah mengenal erti putus-asa.

Watak-watak ini terjerut dengan pelbagai pemasalahan dunia dan seperti manusia-manusia biasa yang lain, adakalanya mereka menerima penangan emosi yang dahsyat.

Bukan Gadis Biasa juga mengangkat nilai kasih sayang, persaudaraan dan persahabatan yang menjadi tujang utama karya. Tema cinta menjadi perencah yang menambah kemanisan watak-wataknya disamping mengetengahkan isu-isu tenat seperti penderaan kanak-kanak dan jenayah.

Karya Bukan Gadis Biasa juga terselit humor yang membuatkan pembaca lebih relaks meskipun ia membawa tema yang berat.

Jangan lupa nanti tonton drama Bukan Gadis Biasa di slot Akasia TV3 pada hari Isnin hingga Jumaat jam 7 malam.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2020 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Tengok penerbit, tengok heroin..hurrmm takpelah,  terima kasih.
Ironi kasih  boleh layan lagi, wlpun ada najuwa tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2020 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
nazzse replied at 22-4-2020 05:08 PM
Tengok penerbit, tengok heroin..hurrmm takpelah,  terima kasih.
Ironi kasih  boleh layan lagi, wlp ...

Hahaha aku nak setuju lah dgn ko. Boring prod ni. Bulan puasa drama tv1 plg bes. Bukan nak tayang 7hm 2 ke?
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2020 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
bedahmenjuyah replied at 23-4-2020 11:55 AM
Hahaha aku nak setuju lah dgn ko. Boring prod ni. Bulan puasa drama tv1 plg bes. Bukan nak tayang  ...

Uols tengok tadi ep 1 tadi, over acting much makcik tuh, bukan dah taknak berlakon ke??

Aah, bulan puasa i follow drama tv1 je. Last year ok wlpun drama makcik ni, yg tahun ni pun macam best gak
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2020 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Production JS picture kan ni? Hmmm... Itu hari ayda jebat jugak blakon drama cindai. Mcm lebih kurang je jalan citer nya. Adakah ayda akan sekali lagi acah2 method tp tak brp menjadi?
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2020 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmm first episode pun dah tak selera tgk sis
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-4-2020 06:25 AM From the mobile phone | Show all posts
sheila rusli ni klu 'sayang' dgn seseorg tu, msti drama keluaran tu pelakon sama berturut2. dulu janna nick, skg ayda jebat pulak. wlupun drama berbeza, tp bila JS drama feeling tu cm sama je. so bila pelakon sama, ntahla mcm xnmpak perbezaan pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2020 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
che-cikL replied at 23-4-2020 11:34 PM
Mmm first episode pun dah tak selera tgk sis

Suami iols bukak  smlm sbb nk tunggu pengumuman puasa tp dh separuh so tak paham sgtlaa
Rayyan tu cucu tiri ke? Mak dia janda ke kawen ngn anak sheila rusly tu?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2020 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 24-4-2020 12:15 PM
Suami iols bukak  smlm sbb nk tunggu pengumuman puasa tp dh separuh so tak paham sgtlaa
Rayyan tu ...

Blm jelas lagi. Rasanya cucu betul, cuma sisnenek tu tak sukakan menantunya, jadi dgn cucu sekali dibuat begitu. Nampaknya anak sisnenek iaitu bapa si budak Remy tu away most of the time, jadi tak tahu yg isteri dan anaknya dihambakan sis nenek.

Entahlah, belum keluar bapaknya lagi.

Rasa hari ni meols tak tgk dah cerita ni Lepas ni.  Waktu Maghrib pulak, tonite meols dah blh solat.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2020 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
hover lakonan cyst..hover lak semua scene nak mrh2..xbagus utk tontonan bebudak nnt terikut2 duk pekik sana sni..nk buat watak kemahen jahat kalah sinetron smpi jd annoyying
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2020 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
nazzse replied at 23-4-2020 08:11 PM
Uols tengok tadi ep 1 tadi, over acting much makcik tuh, bukan dah taknak berlakon ke??

Aah, bu ...

I terlalu rengsa lantas alih remote ke tv1. Zara zya berlakon
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2020 05:22 AM | Show all posts
tak layan pun, layan cite doctor kim je
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2020 02:15 PM | Show all posts
try nak layan tp over lakonan cyst.. harini tgk tv1 je lah
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2020 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
bedahmenjuyah replied at 23-4-2020 07:55 PM
Hahaha aku nak setuju lah dgn ko. Boring prod ni. Bulan puasa drama tv1 plg bes. Bukan nak tayang  ...

7hm2 x abis shoot sbb PKP.. sedih betol! Tp x minat nak tgk cite ni sbb ada SR dgn si AJ tu berlakon.. baikla tgk TV1.. tp semlm anak bukak Astro Prima sbb ada upin ipin.. haha
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2020 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts
zunto replied at 25-4-2020 02:15 PM
try nak layan tp over lakonan cyst.. harini tgk tv1 je lah

Btl over sgt..dah la makeup sampai npk pelik
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2020 11:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Mohon cyst pergi kelas lakonan blk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2020 06:04 AM From the mobile phone | Show all posts
anise6123 replied at 25-4-2020 11:52 PM
Mohon cyst pergi kelas lakonan blk

Kata nak pencen. Mohon jangan kelihatan di kaca TV lagi
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2020 06:07 AM From the mobile phone | Show all posts
babycc replied at 25-4-2020 03:49 PM
7hm2 x abis shoot sbb PKP.. sedih betol! Tp x minat nak tgk cite ni sbb ada SR dgn si AJ tu berlak ...

Oh gitu ke. Sbb pernah nampak promo utk tayangan ramadan. Drama yg ni sempat plak siapnya. Sepatutnya tayang lepas 7hm 2 la kan
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2020 01:11 PM | Show all posts
aku tgk sbb abang wemmmyyy jeww.. tapi rasa kan tuko juge ke tv 1 juge.. pas tu kul 8.30 tv2... hurmnot bas tau bulan2 ramadhan ni cite rtm.. even mcm dah lama simpan tapi rtm ni x pernah putus drama best time ramadhan ni... rtm kurang sikit ikut rating rasanya tapi kalo tibi satu lagi tu manjang ikut rating.. tapi jln citer sume kelauttt
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2020 03:04 PM | Show all posts
nape nenek sheila rusly tu benci dekat rayyan?
apa jadi kakak johana si ara tu?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 10:11 AM GMT+8 , Processed in 1.172123 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list