View: 5467|Reply: 67
|
[Tempatan]
Tiga wanita ditahan maki polis tegur main mercun
[Copy link]
|
|
Wanita ditahan maki polis tegur main mercun
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/05/578643/wanita-ditahan-maki-polis-tegur-main-mercun
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Mei 2020 @ 11:19 AM
BERNAMA
TIGA wanita ditahan selepas mengeluarkan perkataan kesat dan menghalang tugas polis yang menegur tindakan salah seorang daripada mereka bermain mercun di sebuah taman perumahan di Kerayong, Bera.
Ketua Polis Daerah Bera DSP Mansor Samsudin berkata, semua suspek mempunyai hubungan keluarga dan berusia antara 21 hingga 45 tahun ditahan pada 8.45 malam, Rabu lalu oleh pasukan yang menjalankan operasi pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di kawasan terbabit.
Katanya, salah seorang suspek dilihat membaling mercun menyebabkan pegawai polis berhenti di hadapan rumah itu untuk menasihatkannya supaya tidak meneruskan perbuatan tersebut, menyebabkan suspek marah.
"Semasa itu, seorang wanita yang menaiki kereta Proton Waja tiba di perkarangan rumah, difahamkan terus memaki pegawai polis dengan perkataan kesat sebelum seorang lagi wanita keluar dari rumah dan melakukan perbuatan sama.
"Pegawai terbabit memberi nasihat kepada suspek untuk menghentikan perbuatan itu, namun mereka dikatakan enggan memberi kerjasama selain turut menghalang polis daripada melakukan tugas," katanya menerusi kenyataan media, hari ini.
Mansor berkata, semua suspek kini direman selama tiga hari mulai semalam, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957 yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Selain itu, siasatan juga dilakukan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan iaitu menghalang tugas penjawat awam yang jika sabit kesalahan, boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda tidak kurang RM10,000 atau kedua-duanya serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 yang boleh didenda tidak lebih RM100 kerana mengeluarkan kata kesat.
"Polis menasihatkan orang awam untuk tidak bermain mercun atau apa-apa jenis bahan letupan dan patuh serta memberikan kerjasama kepada arahan daripada pihak berkuasa bagi mengelakkan kejadian tidak diingini," katanya.
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
adoiii.. perangaii.. ku sangkakan remaja.. tp masing2 dh dewasa dh tua pun.. boleh pulak perangai camtu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kan dah kena.. Padan mukaaaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Perlu ka kita nak simpan lg rakyat mcm ni tuan2..mai sama2 kita pikiaq |
|
|
|
|
|
|
|
stress dok umah kot, duit BPN da habis
raya tahun ni tak dapat sopink, bakar mercun plak kena tegur ngan pulis
mesti pulis ni jenis tak herlokkk rupa paras, klu mcm zul ripin musti acik2 insaf sambil gentel hujung rambut |
|
|
|
|
|
|
|
Satu je aku nak cakap. "Bangang tanpa sempadan". |
|
|
|
|
|
|
|
bangsa ape ni, nmpk kg sgt perangai.. |
|
|
|
|
|
|
|
igtkn remaja..rupanya dh tua bangka |
|
|
|
|
|
|
|
Mendapat sudah mengalahkan kanak2 nak jugak naik mercun |
|
|
|
|
|
|
|
Tua2 bangka pun buat pangai mcm budak2 |
|
|
|
|
|
|
|
Perangaiiii. Orang cmni kadang dengan jiran pun tak baik ni, silap sikit makan makian ler. Tua ganyut dah pun main mercun lg, kene tegur dimaki pulak polis. Ee |
|
|
|
|
|
|
|
soalan jujur... kalau main bunga api n mercun poppop boleh ke? |
|
|
|
|
|
|
|
iols memang geli sikit dengan sundel-sundel kampung yang hanyir ni.. selayaknya la ditangkap.. dah la kampung ceruk bera, biadap lak dengan polis.. |
|
|
|
|
|
|
|
Vongok nye lahai
Polis tegur ko stop la maen
Pas polis berlalu ko maen la lagi hahaha
Tpi merxun bola neh kuat dowh
Mmg saket tinge arr bunyinye
Rumah haku tetiap tahun wajib
Maen mercun poppop ngan bunga api jek |
|
|
|
|
|
|
|
padan muka..saja lah tu kan ..mendapat lah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak pasal pasal je kena, disebabkan mercun. |
|
|
|
|
|
|
|
Motep sgt maki2 polis. Period ke kak? Ko puasa ke tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Amboiii sedap maki hamun polis camtu. Ni mesti 1 family memang dibenci jiran tetangga. Boleh agak perangai macam hape |
|
|
|
|
|
|
|
Polis untuk dicintai. Bukan untuk dimaki. Hehe |
|
|
|
|
|
|
| |
|