"Saya sudah bersedia menjadi suaminya sampai bila-bila. Hal tersebut juga sudah kami berbincang secara serius."
Wah, Mr E Sudah bersedia melangkah ke fasa seterusnya dalam perhubungannya dengan pelakon Ruhainies.
Katanya kepada Media Hiburan, mereka bakal berkahwin sama ada tahun ini atau tahun depan. Namun, mereka perlu memberi laluan kepada kakak Ruhainies terlebih dahulu.
Kredit foto: IG
"InsyaAllah jika tiada aral melintang, kami akan mendirikan rumah tangga selepas kakaknya berkahwin, sebagaimana permintaan ibu bapa Ruhainies.
"Kalau bukan tahun ini, kami mungkin akan mendirikan rumah tangga tahun hadapan. Apapun, kami akan kongsikan berita gembira itu kepada semua nanti. Doa-doakan ya," katanya.
Dalam masa sama, Mr E mendedahkan dia lebih gemar menghadiahkan kekasihnya itu dengan barangan edisi terhad bagi membuktikan cinta sejatinya.
"Sebenarnya, saya memang tahu akan kegemarannya. Ruhainies sukakan beg tangan dan ini merupakan hadiah beg yang keenam buatnya.
"Sebelum ini pun, saya ada hadiahkannya beberapa aksesori lain seperti jam tangan. Harganya tidak perlulah saya kongsikan. Cuma ya, harga beg tersebut dalam puluhan ribu. Hadiah istimewa untuk yang tersayang, mengapa tidak?
"Lagi pun saya memang suka berikan hadiah berupa edisi terhad yang tidak mudah didapati di mana-mana untuk Ruhainies.
"Dia seorang yang cukup istimewa di mata dan ia bukti cinta sejati saya terhadapnya," jelasnya yang juga mendoakan yang terbaik buat Ruhainies sempena ulang tahun kelahirannya ke-28. - CARI
|