View: 4214|Reply: 55
|
Sembilan anjing liar mati diracun
[Copy link]
|
|
Sembilan anjing mati dipercayai diracun
myMetromutakhir
Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
Ipoh: Sembilan bangkai anjing liar ditemui berhampiran kawasan kilang di Puncak Jelapang di sini, semalam disyaki diracun individu tidak bertanggungjawab.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Mohamad Nordin Abdullah berkata, laporan berhubung penemuan kesemua bangkai itu diterima daripada seorang wanita berusia 40 tahun yang juga penduduk setempat.
Katanya, berdasarkan keterangan wanita itu, dua daripada bangkai terbabit ditemui di hadapan rumahnya kira-kira jam 10 malam kelmarin.
"Wanita terbabit mendakwa melihat lima lelaki berada di lorong berhampiran kediamannya namun tidak pasti apa yang dilakukan mereka.
"Pada keesokannya (semalam), wanita itu menemui tujuh lagi bangkai anjing di belakang kilang berhampiran kediamannya dan dia percaya kesemua anjing berkenaan diracun individu tidak bertanggungjawab," katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurutnya, setakat ini tiada individu diletakkan sebagai suspek kes dan laporan dibuat untuk keselamatan diri pengadu dan kawasan perumahan berkenaan.
Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 Disember 2020 @ 7:59 PM
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Apabila pencinta haiwan....LAMBAT LA KORANG. |
|
|
|
|
|
|
|
#Pencinta haiwan......LAMBAT LA KORANG. |
|
|
|
|
|
|
|
Sementara itu, Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian itu tampil membantu siasatan.
Katanya, tindakan meracun mati haiwan berkenaan tidak akan menyelesaikan masalah kejiranan malah menyalahi undang-undang.
"SAFM mengutuk tindakan tidak bertanggungjawab yang dilakukan sekumpulan individu ini dan kita akan berusaha menegakkan keadilan buat anjing-anjing ini," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
setiap makhluk mesti mati.sekurang nya dia mati time kenyang.ai pon harap,bila ai mati ,ai mati time kenyang. kesian tengok anjing,kucing liar kurus kering kelaparan sebab tuan tak nak mandulkan. |
|
|
|
|
|
|
|
tunggu PBT lambat sangat.....bila PBT nak ambil tindakan geng pencinta haiwan pulak protes...last2 orang awam ambil tindakan sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
kalo chuols penah tgk camne pbt or org yg amik upah hapuskan anjing liar ni handle, chuols pun akan rasa better kasi racun jah at least x kena siksa kejam lama2 |
|
|
|
|
|
|
|
apa kata tangkap semua anjing2, kucing2 liar ni...
peh tu lepas kan aje kat pejabat Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM)ni...
setel |
|
|
|
|
|
|
|
..price utk mandul.. ratus ratus laa jugak.. tak daa mahal sangat. . (Tapi bagi aku .. kira mahall laa..) |
|
|
|
|
|
|
|
membazir betol g racun...
kalau x boleh ghimau / singa kat zoo mkn... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku amat memahami perasaan penduduk yang dikelilingi anjing liar ni.. sebab aku pun pernah dikejar anjing .. call pbt takde tindakan pun.. anjing makin banyak.. yang konon2 sayang sgt haiwan ni asyik laa bagi makan je, membiaak2 laa anjing ni..mmg menyusahkan je..
Kalu aku berani mmg aku racun jugak..
so aku sokong 100% tindakan ni.. buat je senyap2..
kepada pecinta hewan.. kalau cinta sgt pi kutip n bawak balik rumah sebelum pengakhiran anjing liar ini menjadi seperti ini.. takyah bnyk bunyi. |
|
|
|
|
|
|
|
Lain kali kalau orang buat aduan. Cepatlah bertindak. Orang yang sayang anjing, pergi lah jaga. Korang suka ke anjing liar berkeliaran, berak kencing merata...menyalak tak tentu pasal. |
|
|
|
|
|
|
|
ctaz replied at 27-12-2020 06:51 PM
apa kata tangkap semua anjing2, kucing2 liar ni...
peh tu lepas kan aje kat pejabat Persatuan Haiwa ...
Bagus idea ni. Aku setuju |
|
|
|
|
|
|
|
lemak_masin replied at 27-12-2020 10:23 PM
Aku amat memahami perasaan penduduk yang dikelilingi anjing liar ni.. sebab aku pun pernah dikejar a ...
Pernah je kena kejar anjing sampai kulit bahu terkoyak. Tak ada plk nampak anjing rasa fobia & delusinal lepastu nak racun. Emm semua atas diri sendiri je kan? Cara berfikir tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Anjing liar ni dorg jln berkumpulan... acah2 gangster... tu yg org marah kot sampai sanggup meracun...
Klu kucing liar...dia jln solo je... dan dia comel so org xmarah la sgt...
|
|
|
|
|
|
|
|
lemak_masin replied at 27-12-2020 10:23 PM
Aku amat memahami perasaan penduduk yang dikelilingi anjing liar ni.. sebab aku pun pernah dikejar a ...
Dorang tu jenis bagi makan pastu lari la balik umah dorang yg xde anjing liar
Yg kena hadap segala tahik anjing etc tu penduduk setempat
So mgkin sbb tu la kna racun |
|
|
|
|
|
|
|
ada satu kisah uncle ni bela anjing.. uncle ni dh tua duit x seberapa anjing dia seminggu sekali nk makan fresh blood food mcm sekor ayam tu arrr.. sejak xmampu nk beli ayam dia upah bangla tangkapkn kucing... sekor upah laa kot rm3 5 camtu.... rajin bangla tuh tangkap kucing liar utk uncle tuh.... kes nya smpi kucing penduduk pun pantang lepas di tangkap nya... yer laaa stock kene senantiasa cukup utk anjing uncle tuh..... kalo mampus uncle tuh tah camne laa nasib anjing dia yg dh di ajar mkn fresh blood
|
|
|
|
|
|
|
|
iols bagi mkn anjing liar kaw perumahan iols nih.... dia dtg mkn pastu blah... xde berak merata ke ape diorg xkan berak kaw umah penduduk... yg bau berak merata si anjing belaan penduduk bwk ronda2 sambil berak kaw rumput.. iols nmpk depan mata n cctv pun membuktikn.. tuan2 anjing penduduk sini masing2 silent jer lah nk ckp aper sbb anjing belaan bkn mcm anjing liar bole merayau jauh utk berak ke aper... anjing belaan asal dpt ronda nmpk rumput dh seronok terus berak kt situ...
|
|
|
|
|
|
|
|
Strays ni asal ada makanan kat situ la dia berkuntum. Bini aku bg mkn kucing liar, anjing liar pun turut sama berkuntum. Jiran2 pun bising, sindir ko satu family. Last aku tak bg da bini aku bg makan strays ni kat kawasan rumah. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by rykall at 28-12-2020 07:06 AM
Bila PBT ambil tindakan, pencinta haiwan bising2 kata kejamlah itulah inilah, suruh hantar ke "shelter", tapi bila hantar shelter, dah penuh. PBT pun malas nak ambil peduli sebab ambil tindakan nanti kena kecam, kena viral. Patutnya haiwan2 liar ni hantar je ke rumah persatuan pencinta2 haiwan tu. Dek kerana tiada tindakan, penduduk ambil tindakan sendiri dengan racunkan haiwan liar tu.
Patutnya fungsi persatuan pecinta haiwan adalah mewujudkan shelter dan minta sponsor dari badan2 korporat bukan bising itu ini.
Perkara ini tidak akan menyelesaikan masalah haiwan liar di Malaysia. |
|
|
|
|
|
|
| |
|