View: 5965|Reply: 38
|
Farhan Asri Belum Fikir Nak Cari Pengganti
[Copy link]
|
|
Selepas melalui episod kegagalan dalam percintaan beberapa tahun lalu, pelakon Farhan Asri belum terfikir untuk mencari pengganti baru.
Farhan berkata, dia mahu memberikan tumpuan pada kerjaya dan menolak untuk mempunyai komitmen dalam percintaan.
"Saya sudah berazam memberi peluang kepada diri sendiri dahulu. Saya ingin mengembangkan karier seni lakonan.
"Saya akui nama belum cukup kuat dalam bidang ini. Jadi saya ingin memberikan sepenuh fokus dan berharap kehadiran saya dalam industri hiburan dapat diterima baik. Namun, kalau ada yang nak kenal-kenal, apa salahnya. Saya okey sahaja," katanya.
Foto: Harian Metro
Menurut Farhan, dia belum ada perancangan untuk berkahwin dan tidak mahu mengambil risiko dengan bercinta.
"Saya sedar kalau bercinta sekarang banyak limitasi dan masa akan terbuang. Saya mahu kukuhkan nama terlebih dahulu.
"Biarlah cinta jatuh nombor dua sekali pun. Saya nak gembirakan ibu bapa saya dulu. Sudah lama saya menyimpan impian untuk menggembirakan mereka dengan kejayaan saya dalam bidang lakonan. Saya nak ubah nasib hidup keluarga saya. Cuma mungkin peluang belum tiba pada waktu yang tepat. Saya tak boleh cepat mengalah," katanya.
Bagi pemenang tempat kedua program Hero Remaja 2017 itu, dia mengakui pernah berkecil hati apabila melihat rakan-rakan seangkatan dengannya mula melebarkan sayap lebih jauh.
Namun, dia bersyukur apabila penghujung tahun lalu, bakatnya mula diintai dan diberikan watak utama dalam sebuah drama.
Tiga tahun menunggu, doa Farhan akhirnya dimakbulkan.
"Alhamdulillah, akhirnya saya diberi kepercayaan oleh Datuk A Aida untuk memegang watak utama dalam drama 13 episod berjudul Menantu Tok Sintok.
"Selain itu saya turut diberi peluang memegang beberapa peranan dalam beberapa buah drama lain antaranya Rahimah Tanpa Rahim dan Cukup Derita Itu.
"Bukan senang saya nak dapat tawaran kerja dan apabila sudah dapat peluang saya akan buat betul-betul.
"Doakan semoga urusan penggambaran saya dipermudahkan. Saya harap dapat menjayakan setiap naskhah dengan sebaik mungkin. Saya ingin menjadi sehebat pelakon kelahiran Hero Remaja seperti Syafiq Kyle, Saharul Ridzwan dan ramai lagi," kata Farhan yang kini sedang melanjutkan pengajian pada peringkat Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.
Menurut Farhan, dia mengakui pengaruh media sosial turut memainkan peranan penting untuk membantu 'melariskan' nama seseorang pelakon dalam pasaran industri lakonan tempatan.
"Saya sedar, salah satu faktor menyebabkan kegagalan saya kerana saya tidak begitu aktif dalam media sosial terutamanya Instagram.
"Jadi bermula tahun ini saya aktif memuat naik pelbagai kandungan di Instagram. Terbaru saya mendapat maklum balas yang baik mengenai video loghat Negeri Sembilan yang saya ketengahkan.
"Rata-rata menyukai drama pendek yang saya lakonkan dalam dialek Negeri Sembilan," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
xtanya punnnnnnnnnnnnnn ,Bro
ko boleh pergi kambussss diri ko |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
ko sape jadah?????????????????????? |
|
|
|
|
|
|
|
Lg sekor stok anak ikan wat geli2 utk sis @Kurex |
|
|
|
|
|
|
|
ko ni sape?? belakon citer aper pun tak tahu. tiberr keluar cerita cinta |
|
|
|
|
|
|
|
Sapa mamat ni..? X sedar kewujudan mamat ni..sorry |
|
|
|
|
|
|
|
Who r yussss, tak herlok pun. Ni kalau kena fitnah curang pun iols takkan maafkan macam syuk...
Lain la aliff aziz tinggi herlok, sedap... Yang tu kita kena bagi peluang banyak2 sebab lelaki boleh berubah...
Kalau syuk tu eksiden pun iols akan pura2 tak nampak dan berlalu pergi sambil jalan ala2 fara mendosa. |
|
|
|
|
|
|
|
Hakak xkenal ko dikk.. Next!! |
|
|
|
|
|
|
|
dudaberhias replied at 5-2-2021 07:11 PM
Who r yussss, tak herlok pun. Ni kalau kena fitnah curang pun iols takkan maafkan macam syuk...
L ...
Anak2 aku kuat sakat aku bila npk syuk kt tv.. Dia tau aku elergic gila |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by akumak at 5-2-2021 09:05 PM
Dia ni kembar (or abang/adik) dgn cikgu yg pandai menari tu kan? Farees asri
https://www.instagram.com/p/CHaVAaHAAa4/?igshid=ar7lxtrqp3sd
Aku guna fon, tak dapek nak tempek ig |
|
|
|
|
|
|
|
Sapa nie... Tetibe pasal cinta. Orang pun tak kenal |
|
|
|
|
|
|
|
[ig]https://www.instagram.com/p/BBCdBZRkhJb/[/ig]
|
|
|
|
|
|
|
|
[ig]https://www.instagram.com/p/7kfPvikhNd/[/ig]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|