CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18581|Reply: 83

[Politik] Kebanyakan rakyat dewasa mahu Muhyiddin letak jawatan

[Copy link]
Post time 3-3-2021 12:44 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 3-3-2021 12:46 PM


Kebanyakan rakyat dewasa mahu Muhyiddin letak jawatan
Oleh MALAYSIA DATELINE
March 2, 2021 4:12 pm 3


Kebanyakan orang tua (umur lebih 50 tahun) di negara ini, merasai Tan Sri Muhyiddin Yassin patut meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.

Demikian dapatan yang diperolehi oleh Institut Darul Ehsan (IDE) yang bertanya 8,352 individu dalam kajian yang dibuat oleh mereka.

“Sentimen paling kuat di kalangan mereka yang berusia di atas 66 iaitu 64 peratus, sementara 47 peratus dalam kumpulan berusia 60 hingga 65 tahun mahu beliau mengundurkan diri sebelum pilihan raya berikutnya.

“Sentimen menggesa beliau berhenti adalah sekitar 57 peratus dalam kumpulan berusia 50 hingga 59 tahun,” kata IDE dalam satu kenyataan hari ini.

Kajian mereka juga menunjukkan bahawa hanya dua daripada 10 rakyat Malaysia mahu Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi perdana menteri sehingga penggalnya berakhir.

Tinjauan yang dilakukan oleh IDE mendapati hanya 19 peratus daripada 8,352 individu yang ditanya percaya pemimpin Bersatu itu patut bertahan hingga pilihan raya berikutnya.

Sebanyak 46 peratus responden pula berkata, Muhyiddin patut meletakkan jawatan sebagai perdana menteri selepas hilang sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

Undian yang dilakukan secara dalam talian dari 19 Februari hingga 28 Februari itu juga menunjukkan 29 peratus mahu Muhyiddin membubarkan Parlimen bagi membolehkan pilihan raya baharu sementara 2% berkata beliau patut mengekalkan darurat untuk terus berkuasa.

Muhyiddin menyambut tahun pertamanya sebagai perdana menteri semalam selepas membawa partinya keluar daripada gabungan Pakatan Harapan dan menarik 10 ahli Parlimen PKR daripada parti itu.

Single Polls, Total 146 Users voted

Poll is finished

25.34% (37)
36.30% (53)
38.36% (56)
Your User group have no permission to vote

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2021 12:52 PM | Show all posts
rakyat dewasa?

rakyat kanak2?
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 01:35 PM | Show all posts
masalah skrg aku tgk takda calon pun nmpk layak utk jd PM..
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 01:40 PM | Show all posts
maafla aku cakap, mcm kajian sampah je. kaedah kajian takde. pensampelan diambil mcm mana pun takde. tau2 je ada result.   kalau students tu pandai jugak wat google form pastu suruh kawan2 and family edarkan dalam group2 whatsapp masing2. tu lg telus
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 01:41 PM | Show all posts
Undian yang dilakukan secara dalam talian dari 19 Februari hingga 28 Februari itu juga menunjukkan 29 peratus mahu Muhyiddin membubarkan Parlimen bagi membolehkan pilihan raya baharu sementara 2% berkata beliau patut mengekalkan darurat untuk terus berkuasa.


undian secara talian ni camne? ko takat letak form kt twit dan fbpage ke? haruslah followers ko je yang vote.  followers page ide ni mmg majoriti warga emas ape ke
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
IDE ini dulu yg berani kata umnogok bakal tumbang di pru 14 kan .
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-3-2021 01:45 PM | Show all posts
setuju jah... dia la punca segala2nya covid naik mencanak... langkah shaiton oleh manusia shaiton
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 02:23 PM | Show all posts
abang Non Al-Juburi kot paling layak jadi PM hahahahahahhahaaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2021 02:32 PM | Show all posts
sapekah yg layak?selepas yinniiii
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
mrsbob87 replied at 3-3-2021 02:23 PM
abang Non Al-Juburi kot paling layak jadi PM hahahahahahhahaaa

Dia tak terbukti pun pencurik macam juak2 umno .
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Redmyvi replied at 3-3-2021 01:35 PM
masalah skrg aku tgk takda calon pun nmpk layak utk jd PM..

Mader,nuor,piee,abe mat???
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Sapa pm kita lepas ni?
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 03:05 PM | Show all posts
Skuau replied at 3-3-2021 02:35 PM
Mader,nuor,piee,abe mat???

semua tu nk naik utk matlamat sndiri.. mader berapa kali naik pastu turun plak.. nuor entahla.. takda penghujung reformasi dia tu..
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai yang Tak puas hati lagi dengan PKP 1.0

Kau tunggu Wak Yiddin.

I know what you did last Summer
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Masalahnya sapa lagi layak? Anuar Ibrahim? Mahathir ? Sapaaa...saapaaaa.... Hanya sbb pkp 1.0 pun rakyat dah jadi gila minta yiddin turun jawatan...bygkan plak org lain jd pm... hahahhhaha ...ke nak guan eng lagi sembanhy kedai kopi warga tua gini laaaa...nak duit sesaja
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 03:43 PM | Show all posts
aku cadangkan malaysia buat 4 PM
nak sgt jadi PM bg je kat semua
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2021 03:46 PM | Show all posts
Takde sapa layak pun.
Pusing2 sama je.
Semua tamak kuasa
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 04:04 PM | Show all posts
abis tu sape yg layak jadik pm

tak kan lim kit sial

selisih malaikat 44
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dess402 at 3-3-2021 04:27 PM
Redmyvi replied at 3-3-2021 03:05 PM
semua tu nk naik utk matlamat sndiri.. mader berapa kali naik pastu turun plak.. nuor entahla.. ta ...


Reformasi itu sedang berjalan , rakyat makin tahu hak depa  dan makin ramai sang2 pemimpin kini terpalit dengan hukuman .
Tapi kalau disoal tentang cepat atau lambat , nuar jadi atau tidak.  ,Bkita berbalik kepada ketentuan . Tetapi sekurang2 nuar berjaya membawa sesuatu yg baru bagi kita .
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 04:30 PM | Show all posts
Institut Darul Ehsan ni sah2lah macai Anwar. Takkanlah dia nak kata Muhyiddin popular kot..............
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 02:17 AM GMT+8 , Processed in 0.177134 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list