CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18641|Reply: 89

Renovate Rumah Flat Sampai RM130 Ribu, Membazir Ke Berbaloi?

[Copy link]
Post time 4-3-2021 09:00 AM | Show all posts |Read mode



Bayangkan sebuah rumah flat bersaiz 650 kaki persegi dengan dekorasi yang sangat ringkas telah diubahsuai
menjadi mewah bak kondominium membuatkan ramai yang teruja.



Dengan gambar-gambar sebelum dan selepas yang memaparkan perbezaan dekorasi menyebabkan warga maya berbelah bahagi pendapat.



Ada yang berpendapat ianya pelaburan yang menguntungkan dan ada juga menegaskan ianya pembaziran.


Lebih dasyat, ada yang tidak akan berkompromi dengan situasi sebegini walau apa pun alasan yang diberikan.


Persoalannya, betul ke kos pengubahsuaian RM130K tu membazir?








Foto : Twitter




Dengan kos sebanyak itu, ada warganet merasakan ianya satu pembaziran kerana kos yang sama boleh membeli sebuah apartment yang lebih selesa persekitarannya.



Namun, bagi penghuni flat itu sendiri, mereka mempunyai alasan yang kuat.




Foto : Twitter





Foto : Twitter



Namun, bagi segelintir warga maya pula, masalah yang membelenggu seperti motosikal dicuri, lif dan tangga berbau hancing, sampah kerap penuh dan lain-lain membuatkan kos pengubahsuaian itu tidak dapat membeli ketenteraman jiwa.



"Bab siapa nak dipersalahkan tu cerita lain, tapi depressing ya duduk dalam environment tu. Lagi-lagi baru balik kerja penat, stress jadi lagi teruk."





Foto : Twitter




Jadi, ianya berbalik kepada individu itu sendiri. Mungkin bagi yang memang menetap di rumah flat, itu lah syurga mereka, jadi kos pengubahsuaian dirasakan sebagai pelaburan untuk hidup yang lebih selesa.



Manakala bagi yang merasakan kos tersebut boleh membeli apartment atau rumah lagi selesa, boleh membuat pilihan sendiri. Apa pula kata anda? - CARI



Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2021 09:02 AM | Show all posts
renovate 200k tapi kalau jiran suka memekak premm premm ekzos moto siang dan malam pun tak guna
renovate 130k tapi jiran rohingya pun xguna juga
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 09:07 AM | Show all posts
Bagi aku tak berbaloi renovate rumah flat smpai 130k.. dlm rumah je elok.. luar rumah ya ampun.. smpah bersepah tak pyh cerita.. parking satu hal.. kos maintenance lg..

Tapi rumah kecik senang nak jaga..
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Kita bukan beli rumah shj.. Kita beli persekitaran sekeliling rumah juga.. Kalau rumah tip top 5bintang orang sekeliling mcm penyamun nak tinggal rumah sekejap pun susah hati.. Risau kena ceroboh..harga rumah pun susah nak naik sbb crime tinggi

Sama mcm pasangan kita.. Kita bukan kahwin dengan dia seorang sahaja, tp seluruh kaum keluarganya.Kalau familynya sskjp mcm hajah.. Alamatnya disaster

These two inseparable ala2 pakej gituhhh
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 09:19 AM | Show all posts
sy rasa x berbaloi sbb kalu bg sewa pun rm500 jugak..ah
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 09:22 AM | Show all posts
kalo dalam rumah lawa tapi perangai jiran masih pprt baling sampah dari atas rasa macam tak berbaloi... tapi itu pilihan masing2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-3-2021 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Rumah lawa kemain tp perangai tetap low class..{:smile
Pd ai,kalau betul2 nak berabis reno rumah,better cri y betul2 yuu wanna spend ur lifetime there..setakat pprt nih....hmmmm..nak2 flat plak..mmg ai xkan laa duk flat pprt..busuk n kotor!
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 10:00 AM | Show all posts
rm130k tu baik ko beli tanah selot kt kampung buat sendiri rumah. puas ati
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2021 10:24 AM | Show all posts
RM130K terlalu banyak untuk dihabiskan untuk sebuah rumah flat..xtau dia akan tambah nilai kat mana...sb kalau nk beli rumah selalu orang tgk ersekitaran,,,tp mungkin owner tak berhajat untuk jual kemudiannya..

aku sendiri kurang senang dengan persekitaran flat,,pernah jual rumah teres dua tingkat sb seberang lorong tu rumah flat..huhu masyarakatnya sedikit berbeza pemikiran,.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Membazir
Rumah yg best ialah halaman luas , jiran jauh2 dan tak bising
Banglo
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
annehuda: rm130k tu baik ko beli tanah selot kt kampung buat sendiri rumah. puas ati


Kannnn...
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 11:06 AM | Show all posts
laaahai not worth it at all

tp ye la duit ko kheennn

lantak la
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 11:17 AM | Show all posts
tak berbaloi langsung.. waktu still boleh raya sebelum covid melanda.
ai penah dtg raya rumah kawan yg duk ppr.

ya hampun, lif 1 je boleh pakai. yg lain rosak.
tu belom lg waiting time nk naik lif.
masok lif, dgn sampah2 jajan siap pakej ludah berkahak lagi.

jiran dia jgn cakap la, pandang kita atas bawah macam tak pernah tgk pompuan.

Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Jarang jumpa flet yg semenggah.. kalau kt luar rumah kotor mcm flet kt Penang yg viral ritu mmg tak berbaloi langsung. Rumah flet ni yg Ada lift masalah lift selalu rosak, hancing etc..yg takde lift plak tak sesuai utk nk hidup smpi ke tua kt situ, bila lutut dh longgar nk naik tingkat 2 pun satu penyiksaan
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 12:11 PM | Show all posts
Bagi aku macam membazir. Tapi duit dia kan sapa kita nak pertikai. Dia rasa berbaloi.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku nampak kebodohan
Kita punyala nak harta atas nama sendiri
P refinance
rumah cantik2  tu bank yg punya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2021 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
flat aii banyak org epot ja duduk .sunyi gila hari bekerja. hari cuti lagi la sunyi. nak nampak budak main kat bawah pun susah. flat ok..bersih. masalah skg ni parking keta ja problem.. kalau balik mlm takda parking.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 12:40 PM | Show all posts
maybe rumah flat ni kenangan mak ayah dia kot. who knows. so sayang nak jual ke khennn. gitew. tapi iols pun rasa tak berbaloi kalau sampai 130 k. tapi duit dia. so lantak dia lah kan. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 12:42 PM | Show all posts
kejiranan line clear tak?


kalo buat parti liar, jiran tak bising takpe..
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 12:42 PM | Show all posts
Tak berbaloi elok beli rumah lain je yang lebih besar dan selesa.  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 05:25 PM GMT+8 , Processed in 0.088938 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list