View: 11171|Reply: 45
|
Pengarah Ralat, Kilafairy Enggan Promosi Drama Tak Pakai Tudung
[Copy link]
|
|
Pengarah, Tam Suhaimi hormat dengan keputusan Kilafairy, selaku pelakon utama kerana tidak dapat mempromosikan drama Miss Match.
Ini disebabkan pelakon tersebut sudah bertudung dan penggambaran drama tersebut sudah terperam selama lebih seteahun sebelum Kilafairy mengambil keputusan untuk berhijab.
Foto: IG
"Saya akui, drama Miss Match sudah terperam lama. Tarikh tayangan drama siaran platform WeTV pula hanya diterima selepas Kilafairy bertudung.
"Saya menghormati keputusan Kilafairy untuk langsung tidak mempromosikan drama ini. Jujurnya, agak ralat sedikit tiada promosi daripada pelakon utama. Sepanjang penggambaran, Kilafairy antara pelakon yang memberi komitmen sepenuhnya.
"Kilafairy antara pelakon utama, selain Mimi Lana. Sebagai teman, saya memandang perkara ini daripada sudut positif. Penghijrahannya lebih besar," katanya kepada BH Online.
Tam Suhaimi, Foto: BH
Tambahnya, "Selesai mengarah drama Miss Match, saya perlu melunaskan penggambaran drama Cinta Itu Fairy Tale di bawah Dana Kandungan Digital.
"enggambaran drama Cinta Itu Fairy Tale dilakukan ketika pandemik COVID-19 daripada April hingga Mei, tahun lepas. Saya perlu menyelesaikan kerja penggambaran dalam tempoh enam bulan.
"Saya perlu memberi kepada drama Cinta Itu Fairy Tale hingga terpaksa melupakan perhatian untuk drama Miss Match. Namun, saya bersyukur akhirnya drama Miss Match disiarkan juga di WeTV."
Drama tersebut turut dibintangi oleh Bella Daly, Atiq Azman, Emelda Rosemila, Donna Muslim, Izara Aishah, Nur Aliah Lee, Fazziq Muqris dan Sharifah Rose. -CARI
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tam ni comey jer mcm zaman cilipadi dulu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Cntik bertudung.. alhamdulillah semoga kekal bertudung.. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga terus istiqomah kila. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni blakon ok jgkla.. atleast aku ingt watak drama yg dia jd wedding planner tu |
|
|
|
|
|
|
|
Cantik dia bertudung..
Tam ni dah kahwin ke belum...berapa dah umurnya |
|
|
|
|
|
|
|
cantik walaupun filter dan dah di edit...
sebelum ni iols ingat lagi sheols sentiasa berangan mata hazel... hari2 la dok edit mata hazel dan vid mata terang2... delusional betul.... mujur sekarang dah bertudung dah boleh berpijak di bumi yang nyata....
sape tag kila fairy dapat 10k.... tc applies gitturhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Ya awloh, dah jadi pengarah ke budak ni. Masa arwah pak aku ada berlakon ngan dia, hari2 pak aku bebelkan supaya dia kasi habis belajar. Stok2 Melissa Saila & Ogy, skolah tak abis tapi cakap banyak, dunia ni suka dia tau. Hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
dulu sexy dia cantik, sekarang tutup aurat masih cantik |
|
|
|
|
|
|
|
dia sejenis yg cantik bertudung. sebelum ni npk mcm drag |
|
|
|
|
|
|
|
Lawanya dia sekarang. Dulu aku nampak dia ni seksi je tak nampak lawa, sekarang nampak lawa dan menenangkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Iols tak follow sheols kat ig tapi sbb lalu lalang kat explore..ingat sheols just saja bertudung. Rupanya dah berhijrah. Baju pun tak ketat dah. Seriously lawa. Iols syak ada steady bf dan sedia utk dinikahi. Mcm hannah delisha. |
|
|
|
|
|
|
|
Nenasketum replied at 4-3-2021 02:29 PM
Ya awloh, dah jadi pengarah ke budak ni. Masa arwah pak aku ada berlakon ngan dia, hari2 pak aku beb ...
Pak chuols berlakon cerita apa dgn tam ni?
Dia ni mmg simple je kan? Dulu iols jumpa dia naik komuter, gaya selamba je. Buat hal sendiri. Kecik molek je. Tak makan dek usia. |
|
|
|
|
|
|
|
Cantik dan ayu Killa bertudung...serius cantik...moga istiqomah yer dik dan diberi jodoh yg baik2...amin. |
|
|
|
|
|
|
|
Sheols ni ratu edit yach. Masa freehair kemain lawa, sekali muncul berlakon dalam tivi hampir iols tak cam. |
|
|
|
|
|
|
|
Lawanya dia pakai tudung, hilang semua gedik dia masa free hair, esp masa dlm filem karak tu, turn off betul.
Skrg nampak sopan dan lembut je. |
|
|
|
|
|
|
|
sejuk pulak mataku tengok dia dah berhijab dan berpakaian longgar2 ni. alhamdulillah. semoga istiqamah. |
|
|
|
|
|
|
|
tatap peminat rohana jalil!!!!!!!!! |
|
|
|
|
|
|
| |
|