CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7429|Reply: 45

Isteri Hidap Kanser, Nizam Laksamana Jual Muruku Tampung Belanja Rawatan

[Copy link]
Post time 5-3-2021 11:17 AM | Show all posts |Read mode
Penyanyi Nizam Laksamana, 55, diuji apabila isterinya Salwati Zulkifli, 46, disahkan menghidap kanser payudara.


Nizam yang popular dengan lagu Gugurnya Bunga Cinta bersama kumpulan Laksamana berkata, isterinya yang menghidap kanser di peringkat awal mula menjalani kemoterapi di Hospital Kuala Lumpur (HKL), semalam.


"Saya akan berusaha menyediakan yang terbaik untuk proses kemoterapi isteri. Yang diperlukan hanyalah doa daripada rakan-rakan dan peminat," katanya.


Nizam berkata, proses kemoterapi berjalan lancar, namun apabila memasuki kitaran keempat hingga keenam, dos ubat berharga RM21,000 perlu dimasukkan.


Foto: Harian Metro




"Ubat ini perlu diambil tapi tiada dalam jadual yang disediakan hospital. Insya-Allah saya akan dapatkan untuk kitaran keempat hingga keenam ini.


"HKL ada Jabatan Sosial. Doktor sendiri cadangkan saya buat permohonan bantuan daripada mereka. Doktor juga uruskan surat untuk saya mohon di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Kalau ada rezeki Insya-Allah akan dapat," katanya kepada Harian Metro.


Dalam pada itu, Nizam bertegas tidak mahu memohon sumbangan daripada rakan-rakan dan peminat kerana tidak mahu menyusahkan mana-mana pihak.


"Semua orang dalam keadaan sukar dan terkesan dengan penularan Covid-19 sekarang. Biarlah saya berusaha sendiri dengan simpanan yang ada. Selain itu, saya cuba nasib seperti arahan doktor. Mereka ada hubungan dengan Majlis Kanser Nasional (Makna).


"Sekiranya gagal mendapat bantuan daripada mana-mana pihak, saya akan berusaha mencari duit dengan kudrat sendiri menjual produk Muruku Lejen. Syukur permintaan semakin banyak dalam keadaan sekarang," katanya.


Nizam berkata, isterinya mula dikesan mempunyai tanda-tanda kanser payudara selepas membuat pemeriksaan di klinik kerajaan di Gombak lebih sebulan lalu.


"Doktor yang membuat pemeriksaan mendapati ada ketulan. Doktor kemudian membuat ukuran dan terus aturkan temujanji untuk ke HKL.


"Doktor pakar di HKL mengesahkan isteri saya menghidap kanser payudara tapi tak besar hanya 1.6 sentimeter. Saya terharu kerana ajaibnya doa semua pihak, semua urusan dipermudahkan," katanya.


Menurutnya, dalam tempoh sebulan isterinya sudah dapat melakukan proses kemoterapi.


"Isteri saya amat sedih dan menangis selepas mendapat berita itu tapi saya banyak berikan dia semangat.


"Saya juga banyak dapatkan maklumat mengenai kanser daripada bekas pengurus Slam, Johan Aziz yang menghidap kanser usus dan hati serta isterinya yang juga menghidap kanser payudara," katanya yang mempunyai empat anak. -CARI


Sumber: Harian Metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2021 11:21 AM | Show all posts
semoga dipermudahkan segala urusan Nizam dan isteri inshaallah
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2021 11:33 AM | Show all posts
Semoga semua urusan dipermudahkan. Ameen
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2021 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan segala urusan...
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2021 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkn urusan
Semoga isterinya cepat sembuh.amin

Tacood sgt dengar psl breast cancer ni
Ada tak mana2 forumer penah kena
Dan finally sembuh?
Yg kena mind to share tak
Simtom2 dier mcmana
Macaman uols boleh sembuh
Share untuk ilmu bersama
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2021 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan urusan dan diberi kesembuhan..amin
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-3-2021 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Muda lagi isterinya. Semoga cepat sembuh dan dipermudahkan segalanya
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2021 03:23 PM | Show all posts
BarbiePink replied at 5-3-2021 11:39 AM
Semoga dipermudahkn urusan
Semoga isterinya cepat sembuh.amin

dapatkan rawatan awal..jgn bertangguh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2021 04:21 AM From the mobile phone | Show all posts
BarbiePink replied at 5-3-2021 11:39 AM
Semoga dipermudahkn urusan
Semoga isterinya cepat sembuh.amin


Kawan2 saing2 niaga emas on9 ramai yg kene.. Mmg kesian.. Pakai banyak duit ms nk bt kimo.. 10k rsnye paling kurang.. Duit ubat2 tu kn bayo gak.. Walaupun hospital krjn.. Ade 2,3 org dah meninggal.. Ade yg awal2 dah dpt pengesahan bebas kanser tp x lama lps tu jd blk..
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2021 04:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan urusan...
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2021 04:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by RamonaFlower at 5-3-2021 08:49 PM
BarbiePink replied at 5-3-2021 03:39 AM
Semoga dipermudahkn urusan
Semoga isterinya cepat sembuh.amin



Mak i ade kanser payu dara. Dia tau pun dia tetiba rasa ada ketulan biji kat tepi breast dia. Between breast and ketiak. Dia kata selama ni macam tak ada biji tu. So pergi hospital, memang confirm cancer. Dia pergi hari isnin. I ingat lagi hari apa sebab hari khamis minggu yang sama dia kena operate buang breast belah kanan. Kebetulan ade pesakit ni cancel tarikh surgery, so dpt kat mak i. Alhamdulillah dipercepatkan.
Maybe sebab mak i dah stage 3 masa tu, plus ikut keturunan memang ade gene cancer. Arwah tok pun meninggal sebab cancer hati.
Alhamdulillah dah 3 tahun, sel cancer dah complete takde. Dia buat chemo sampai botak kepala. Cuma mak i rasa down sebab dah takde sebelah payudara. Dia kata walaupun dah tua tapi tgk badan sendiri takde payudara rasa sedih sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2021 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
ina_na replied at 6-3-2021 03:21 AM
Kawan2 saing2 niaga emas on9 ramai yg kene.. Mmg kesian.. Pakai banyak duit ms nk bt kimo.. 10k rs ...

Kalau kita tau ada kanser tp x nak buat chemo, apa jd eh.. aku cuma terpikir kalau kanser nak terus bersedia utk mati je.. unless kalau lps chemo aku dijamin sembuh sihat.. takut lps chemo jadi mcm sayur dan membebankan ahli keluarga.. aku respect tugas doktor yg misi utama menyelamatkan patient tp aku pikir my life after that..
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2021 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
ina_na replied at 6-3-2021 04:21 AM
Kawan2 saing2 niaga emas on9 ramai yg kene.. Mmg kesian.. Pakai banyak duit ms nk bt kimo.. 10k rs ...

Kanser ni mmg ada possibility dtg blk kan.. Ak dgr byk kali... Takut
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2021 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
sweetpea911 replied at 6-3-2021 11:11 AM
Kalau kita tau ada kanser tp x nak buat chemo, apa jd eh.. aku cuma terpikir kalau kanser nak teru ...

My mom last 2 years kn brain tumor... Pas operation trus bedridden... Cuma blh bkn mata je.. Sedih giler... After 1 Yr dia meninggal.. thn lepas bulan 8... Ak da jd takut nk buat operations klu me libatkan otak.. Mase kt ward byk ak tgk yg mcm mk ak... Tp ada yg OK jugak.. Sllu yg OK budak2 muda..
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2021 01:08 PM | Show all posts

..terus raba raba payudara .... saya sekali sekala akan suruh doktor cek dengan tangan tu ... sebab i tak pandai nak beza ketulan yg macam mana ... sebab payudara kita bumpy kan ? Tapi lama dah tak buat mmaogram ... last 2006 .. adoiii .... umur dah banyak ..

moga nizam dapat wang yg mencukupi ... insyaallah MAKNA boleh bantu ... saya bulan bulan potong credit card utk MAKNA ... dah lebih 20 tahun rasanya ...
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2021 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan urusan.. ubat barah ni mmg mahal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2021 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada 2 org yg aku kenal mengidap breast cancer. Sorang tu buat rawatan kimo semua sampai botak then survived..  tapi lepas tu cancer dia dtg balik. Dr terpaksa buang sebelah breast dia. Smpi skrg masih berubat. Aku doakan dia kuat.

Yg kedua sedar agak lambat jugak. Bila dh tau dia pilih utk buat rawatan islam. Hospital pegi juga tp rutin tetap dgn teknik rawatan alternatif. Sampai satu hari dia tiba2 sakit masa tgh buat rawatan kat pusat rawatan alternatif tu then dorang suh famili bawak ke hosp.

Dari cerita dia saat2 akhir tu dia macam tak dpt nasihat perubatan yg betul masa awal2.  Dr yg mula rawat cakap x boleh sedut.. tapi lepas tu dr kt hosp lain cakap boleh je sedut. Something like that.  Struggle makan morfin smpi bepuluh biji sekali telan.

Dia dah takde.  Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.

Harap nizam tabah. Kena jaga wife saat mcm ni.  











Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2021 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan urusan nizam dan isteri serta diberi kesembuhan untuk isterinya
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2021 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
sayawifenikmie replied at 6-3-2021 01:08 PM
..terus raba raba payudara .... saya sekali sekala akan suruh doktor cek dengan tangan tu ... seba ...

Salam, lama dah tak buat mammogram tu.. lepas ni bolehlah buat appointment.. anyway saya ada pesan juga kat semua adik beradik dan makcik saya untuk buat ujian mammogram.. saya baru buat khamis lepas, Alhamdulillah nampaknya okay..
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2021 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
semoga isteri Nizam Laksamana kembali sihat, inshaAllah. Bertuah dapat suami yang ambil berat, syukur alhamdulillah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 04:53 PM GMT+8 , Processed in 0.507151 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list