"Lagu ini ditulis ketika dalam lokap selama 20 hari. Saya sempat buat lirik dan hasilkan melodi. Ini detik yang peminat tunggu"
Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful atau dikenali sebagai Da???i Syed memberitahu dia sempat menulis lirik lagu ketika berada dalam lokap di Pusat Tahanan Reman Sementara, Beranang.
Pendakwah selebriti yang mencetuskan kontroversi ini membuat kemunculan pertama dalam majlis sidang media secara maya sempena pelancaran single, Ya Habib dan pelancaran produk DYXY Ya Habib Collection.
"Seperti mana kita tahu ramai diuji seperti tidak dapat beli makanan, susu anak dan sebagainya. Memandangkan saya pun pernah diuji, jadi saya perlu bangkit. Jadi, semangat dan kekuatan itu daripada Allah. Disebabkan itu saya nak menjadi usahawan dan melakar kerjaya sebagai anak seni dengan berkarya dalam kehidupan. Memang susah, tapi Tuhan yang berikan semangat," katanya memetik laporan Harian Metro.
Ditanya tentang pengalamannya terpisah dari keluarga dan dunia luar selama 19 hari, berkata, Syed redha dengan apa berlaku.
"Saya kadang-kadang duduk termenung dan bertanya kepada Allah kenapa Allah bagi ujian kepada saya begini.
"Mungkin Allah nak tegur, beri peringatan kepada saya. Saya menerima dalam keadaan redha," katanya lagi.
Terdahulu Syed didakwa atas pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii dan mencabul kehormatan di Mahkamah Petaling Jaya dan di Mahkamah Shah Alam pula dia menghadapi tuduhan merogol seorang wanita.
Sebutan kes di Mahkamah Shah Alam pada 16 Mac dan di Mahkamah Petaling Jaya pada 19 Mac ini.
"Masyarakat perlu faham dia belum disabitkan salah. Jadi biarlah dia hidup seperti apa dimahukan. Pada saya tidak ada isu," kata Peguam Syed, Syed Amirul Syed Edros, mengenai aktiviti terkini anak guamnya itu. -CARI
|