View: 6118|Reply: 31
|
Akhirnya Cincin ‘Tanda’ Di Jari, KilaFairy
[Copy link]
|
|
Akhirnya Cincin ‘Tanda’ Di Jari, KilaFairy
Pelakon yang kini manis bertudung litup, KilaFairy ada ditanyakan media mengenai kehadiran cincin di jari manisnya itu.
Dia yang ditemu ramah wartawan dalam rancangan hiburan Melodi pada hari Ahad yang lalu walau bagaimanapun telah menafikan dirinya sudah dilamar kekasih hati.
Kilafairy atau nama sebenarnya Syakila Nisa Jangir itu berkata, cincin di jari manisnya itu memang dihadiahkan kekasihnya namun hanyalah untuk sekadar suka-suka.
“Belum ada apa-apa lagi. Dia berikan cincin ini saja-saja. Dia tak hantar tanda lagi tapi perancangan itu ada. Bila tarikhnya tunggulah.”
Mengulas lanjut mengenai perhubungannya sekarang bersama teman lelaki, Kilafairy berkata dia serius menjalin ikatan bersama jejaka tersebut.
Pelakon cantik itu sebelum ini ada memberitahu media bahawa dia dan pasangan memang mempunyai perancangan untuk melangkah ke arah perkahwinan namun menyerahkan urusan tersebut kepada teman lelakinya kerana enggan melebih-lebih apabila melibatkan hal seperti itu.
Sekadar info, Kilafairy telah menjalinkan hubungan cinta bersama teman lelakinya kini ketika dia masih berada di bangku sekolah sejak 13 tahun yang lalu.
Perkembangan terkini, Kilafairy kini sedang menjadi muka utama untuk produk kosmetik berjenama Ufora dan sedang berkolaborasi dalam penghasilan produk kosmetik berupa lipmatte Ufora X Kilafairy.
SUMBER : Harian Metro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sememangnya Kilafairy adalah seorang gadis yang cantik. Malahan ramai yang memuji Kilafairy kerana memiliki bibir yang cantik dan unik. Tanpa rasa prejudis, anak kepada penyanyi veteran terkenal Rohana Jalil ini memang mewarisi bakat dan kecantikan ibunya.
Berasal dari KL, Kilafairy kini telah menjadi penyanyi dan pelakon. Antara lakonannya pada 2017 adalah Jodoh Ayam Golek Tergolek dan Gedebe. Sementara dari segi nyanyian pula, lagu Gerua (dari filem Dilwale) yang dinyanyikan semula dalam Bahasa Melayu bersama Aliff Aziz telah berjaya mencuri hati peminat. Lagu tersebut telah ditukar tajuk kepada Warna Cinta.
Biodata KilafairyNama Penuh: Syakila Nisa binti Jahangir Khan
Nama Komersial: Kilafairy (كيلفاايري)
Nama Panggilan: Kila
Ibu Bapa: Jahangir Khan (bapa) & Rohana Jalil (ibu)
Agama: Islam
Warganegara: Malaysia
Kerjaya: Pelakon, Penyanyi
Genre Muzik: Pop, R&B
Lagu/Single: Pasti, Warna Cinta (featuring Aliff Aziz ), Setia, One Thousand Million Smiles
Drama: Mistik Alam Hitam, Hotel Mania, Saiful Nita, Tanah Kubur Musim 4, Cinta Agra, Hanya Satu, Dan Hati Pun Berkata, Pengembaraan Jason Murad
Telefilem: Pengancam Perkahwinan, Beranak Dalam Kubur, Mencari Indah, Haji Rock, Mek Kelate, Gedebe, Jodoh Ayam Golek Tergolek
Filem: Karak, Hoore! Hoore!
Program TV: MeleTOP Raya, Darlie : Mamaku Terer, Chef Mail Masak Bersama Pensonic 2017, Masakan Warisan, Parodi Raya Dulu Raya Sekarang
Instagram: @kilafairyofficial
Twitter: @Kilafairy
|
|
|
|
|
|
|
|
baru taw dia ni anak Jahangir Khan kira berdarah PAKISTAN
|
|
|
|
|
|
|
|
Ye ke dari sekolah? Yang dgn indonesian actor dulu tu? |
|
|
|
|
|
|
|
wow anak khan.. nasib tak perangai mcm geng2 tut... |
|
|
|
|
|
|
|
Lepas mula tutup aurat ni aura dia macam menyejukkan. Baju pun besar tapi still stylo |
|
|
|
|
|
|
|
Ape ni Kila..kan abg dh ckp kita diam2 je dulu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sweet je khan yg ni
Hrp maintain current image
Moga berjodohan dgn org baik2 yg blh jaga u baik2 jg dik |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan nama mak dia Dara binti Jalil ker.. |
|
|
|
|
|
|
|
lawa la dia niii.suka tgk ble dia da behijrah.manis je.sopan je.
semoga dipermudahkan utk awk kila |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah .. moga terus istiqamah |
|
|
|
|
|
|
|
manis je dia ni bertudung. terkejut gak dia bertudung sbb dia kan seksi gila. semoga istiqomah ya kilafiary. walaupun bakat tak seberapa dia ni tapi cantik pakai tudung |
|
|
|
|
|
|
|
Mudah kan... jelas.. straight forward. Org pun x speculate.
Beza mcm hajjah bungkus.. corner pusing belit u turn simpang kiri kanan.. etc + family busy body.
Kesimpulan .. jgn byk bunyik, org menyampah. Kila ni dr org mengata seksi seksa etc, now ramai mula suka. |
|
|
|
|
|
|
|
iolss tak pernah tengok rupa ayah dia |
|
|
|
|
|
|
|
Tak puas tengok kila sekarang. Cantik manis sejuk mata memandang.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tgk die berlakon kat Miss Match tu best.. actually die berlakon ok pon selama ni. Tp maybe sebab die jenis sexy.. org byk kecam dr suka.. harap lepas ni die dpt watak yg sesuai dgn imej dia.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|