Edited by berun at 11-3-2021 06:34 AM
Serangan seksual sememangnya boleh berlaku dimana-mana sahaja walaupun di tempat awam. Hal ini menjadi satu perkara yang membimbangkan kerana bukan sahaja memberi tekanaan emosi kepada mangsa bahkan membahayakan keselamatan.
Gangguan seksual di kedai
Dalam satu perkongsian yang dibuat oleh laman Facebook Info Roadblock JPJ/Polis, satu rakaman CCTV dari sebuah kedai telefon bimbit menunjukkan seorang lelaki telah datang ke premis tersebut tanpa memakai seluar dan menggangu pekerja wanita disitu.
Dalam video berdurasi 1 minit 16 saat itu, dapat dilihat tiga orang pekerja wanita bertempiaran lari memanjat kaunter setelah lelaki tersebut menghampiri mangsa sambil menunjukkan alat sulitnya.
Menerusi maklumat, kejadian tersebut berlaku di Shopping Center, Kota Bahru pada petang semalam.
Panjat kaunter selamatkan diri
Tindakan pantas para pekerja wanita tersebut memanjat kaunter telah menyelamatkan mereka dari terus diserang secara seksual oleh lelaki berkenaan yang dilihat turut memanjat kaunter dan menayang alat sulitnya.
Keberanian dalam ketakutan
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan pelbagai komen berkenaan gangguan seksual yang dihadapi oleh tiga pekerja wanita terbabit.
Mereka juga memuji tindakan pantas yang diambil dalam keadaan panik itu mampu mengelakkan ketiga-tiga mangsa terus diganggu dengan lelaki tanpa seluar tersebut.
Benda ni bukan lawak
Setakat ini belum ada sebarang maklumat berkenaan kejadian tersebut dan video tersebut tular serta mendapat pelbagai komen daripada warganet di laman Facebook sumber.
|