Kucing Sebenarnya Kenal Nama Sendiri Tapi Buat-Buat Tak Faham
Pernah tak anda memanggil nama kucing anda tetapi mereka tidak datang kepada anda? Itu mungkin perkara biasa sebagai pemilik kucing. Tetapi sebenarnya ada satu kajian yang dilakukan di mana kucing sebenarnya faham dan kenal dengan nama mereka cumanya terpulang pada mereka sama ada mahu melayannya atau tidak.
Sepasukan penyelidik mendapati kucing domestik memberi respons yang lebih kuat terhadap namanya sendiri daripada perkataan lain dalam satu eksperimen. Kajian ini ada disebut di dalam penemuan mereka yang dinamakan sebagai “bukti eksperimen pertama yang menunjukkan kemampuan kucing untuk memahami ucapan verbal manusia.”
Penulis utama kajian itu iaitu Atsuko Saito, seorang ahli biologi kognitif di University of Tokyo mengesyaki bahawa kucing dapat memahami beberapa komunikasi manusia seperti yang telah terbukti dilakukan oleh anjing. Maknanya, bukan anjing sahaja yang faham cakap manusia tapi kucing juga sama!
Saito telah menguji kemahiran ini pada 78 ekor kucing di mana mereka menggunakan empat perkataan neutral yang sama panjang dan bunyi dengan nama kucing itu sebelum memanggil nama kucing pada akhirnya. Semasa empat perkataan itu disebutkan, kebanyakan kucing tidak memberikan sebarang reaksi. Tetapi sebaik saja nama mereka disebut, kucing akan memberikan reaksi sama ada menggerakkan telinga atau kepala.
Walaupun suara pada rakaman itu bukanlah suara pemiliknya, kucing akan memberikan reaksi semasa nama mereka dipanggil. Menunjukkan kucing sememangnya sedia maklum dengan nama mereka sendiri tidak kiralah siapa yang memanggilnya.
Tapi sudah tentu, ini tidak membuktikan kucing anda benar-benar memahami konsep nama seperti manusia. Walaupun kajian ini membuktikan kucing faham dan kenal dengan nama mereka, tidak semestinya mereka akan datang jika anda memanggilnya. Sebilangan kucing mungkin menyahut namanya dengan memusingkan kepala atau menggerakkan telinga tetapi kurang dari 10% sahaja yang akan bangun untuk bergerak ke arah suara itu.
Kucing sebenarnya sama hebat seperti anjing ketika mereka mempelajari sesuatu. Tetapi kucing tidak begitu berminat untuk menunjukkan apa yang telah mereka pelajari kepada pemiliknya. Jadi, bertabahlah pemilik kucing sekalian.
Post time 14-3-2021 11:30 PMFrom the mobile phone|Show all posts
I ada lebih 20 ekor kucing..betul bila ada nama ni kucing tau je bila kita panggil nama dia. Kt rumah ni dah 3 generasi dan latest ada 8 ekor kitten belum bagi nama.ada cadangan tak?
Post time 15-3-2021 09:24 PMFrom the mobile phone|Show all posts
grassjelly replied at 15-3-2021 03:42 PM
makk aiii ramainya kucingggg.. iols suggestkan uols buat spay and neuter kucing2 uols tuhhh
Ya sekarang tengah neuter dan spay kan semua kucing dalam rumah ni..one by one.rasa serba salah tapi terpaksa utk kemaslahatan meow dan tuan meow..hehe