|
Penyanyi, Ashira Aziz, 36, dan pasangannya, Bad, 46, dari kumpulan Indigo melangsungkan pernikahan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, di sini, jam 2.45 petang, hari ini.
Pasangan itu dinikahkan bapa Ashira, Syed Abdul Aziz dengan mas kahwin berupa sebentuk cincin. Menerusi video yang dihantar kepada media, Ashira atau nama sebenarnya Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz dan Bad meluahkan rasa syukur atas kelancaran majlis itu.
Foto: IG
"Alhamdulillah, majlis pernikahan kami berjalan lancar dan dihadiri sebahagian anggota keluarga kedua-dua belah pihak memandangkan ada prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi," kata Ashira.
Mereka yang juga bekas peserta Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) mula rapat selepas Bad bersama kumpulan Indigo tersingkir dari program itu.
Sementara itu, Bad atau nama sebenarnya Badrul Izhan Yeop Abdullah mengucapkan terima kasih kepada pihak produksi GV7 yang bertungkus lumus menyusun agenda untuk majlis mereka.
"Terima kasih kepada pasukan produksi GV7 yang mengaturkan agenda hari ini termasuklah urusan masjid, pegawai pendaftar hinggalah jamuan untuk tetamu," katanya.
Bad berkata, anak-anaknya terbuka dan menerima kehadiran Ashira dengan baik.
"Sekarang pun, mereka sudah mula memanggil Ashira dengan panggilan 'mom'," katanya.
Ini adalah perkahwinan kedua masing-masing. Dalam perkahwinan pertama, Ashira dikurniakan seorang anak, Megat Shazril Haziq Hadi, 15, manakala Bad pula memiliki dua anak iaitu Rayyan, 12, dan Rania, 11. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|