CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 11996|Reply: 66

“Memang harga jatuh tapi..” – Rakyat Malaysia Kongsi Pengalaman, Kenapa Beli Ker

[Copy link]
Post time 16-3-2021 12:27 AM | Show all posts |Read mode







Kerajaan telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Januari lepas, sudah semestinya ia akan membimbangkan kita semua.


Namun begitu, bagi sesetengah golongan, mereka akan anggap ini adalah waktu yang tepat untuk beli kereta baru, apatah lagi apabila kerajaan telah mengumumkan pemansuhan syarat i-Sinar kepada semua pencarum baru-baru ini.


Walaubagaimanapun, betul ke kereta tu satu keperluan? Hakikatnya ketika kami bertanyakan padangan kepada beberapa individu yang terdiri daripada golongan B40 dan M40 menerusi satu rangkaian sosial sembang audio ini, ramai yang menyatakan bahawa mereka tak berani nak ‘ambil’ kereta baru pada waktu-waktu macam ni sebab….





1. Kebarangkalian dibuang kerja itu tinggi







Min yakin, pasti ramai majikan dah mula ‘goyang’ sejurus sahaja PM umumkan PKP 2.0, malah staf juga dah bimbang gaji dipotong jadi ia hanya membebankan seandainya terikat dengan loan bank, sedangkan pada waktu biasa pun dah rasa terbeban sikit apatah lagi PKP ni.


Seorang pemuda berumur 25 tahun yang bekerja sebagai Eksekutif Pengurusan Data Logistik di sebuah syarikat kurier di Petaling Jaya, yang mahu dikenali sebagai Leo ini menjelaskan bahawa dia pernah ada perancangan untuk beli kereta baru semasa PKP, namun hasrat dia terbantut apabila ayahnya kehilangan sumber pendapatan.


“Saya ada plan nak ambil kereta,  dah siap hantar loan. Saya tak affected tapi parent ya, bapa kena buang kerja..Mak affected sejak PKP 1, hari dia kena buang adalah hari loan saya lulus. Jadi masa tu batalkan niat nak beli kereta lah. Masa tu saya fikir mungkin kalau selamat tapi orang terdekat pula yang kena.”





2. Bayar bulanan sahaja tak cukup







Kumpul duit bayar deposit, gaji yang digunakan untuk bayaran bulanan sahaja tak cukup, sebab perlu fikir beberapa aspek yang mungkin akan datang tanpa diduga.


Berbeza pua dengan kes seorang Pegawai Tadbir Sumber Manusia yang lebih dikenali Aidil ini, dia anggap satu tindakannya menukar kereta baharu itu merupakan satu kesilapan besar yang dia lakukan.


“Saya ada lagi 3 tahun nak habis bayar loan kereta, saya decide nak tukar kereta baru, of courselah bila dah tukar tu nak kereta yang lebih elok, tapi biasalah waktu tak fikir panjang. Rasa burden sangat bila nak bayar road tax, service,kuat makan minyak lepas tu pernah accident, banyak sangat kena labur.”


Nasihatnya lagi, urusan nak beli kereta sekarang mungkin mudah tetapi kena fikir apa kebangkalian yang bolleh terjadi pada masa hadapan.





3. Stress atas jalan







Seorang Pembangun Perisian (Software Developer) yang dikenali sebagai Siti, 31 pula menjelaskan dirinya bahawa dirinya lebih rasa tenang bila menggunakan pengangukutan awam berbanding dengan memandu sendiri.


“Saya ni ada perangai jenis baran kalau bawa kereta ni, kuat maki hamun hon orang bila bawa kereta, lagi-lagi waktu pagi. Lepastu bila dah stress benda tu jadi meleret sampai orang kat sebelah rasa terkesan sebab saya dah mula stress. Nak dipendekkan cerita saya ada pindah rumah baru dekat dengan train. sejak tu saya dah mula rasa kelainan sikit sampai orang lain nampak, diaorang kata muka saya tak nampak kusut, masam bila jumpa diaorang.”


Menurut kajian, pekerja yang mengambil masa perjalanan yang lebih lama mempunyai risiko peningkatan 33% depression berbanding dengan perjalanan yang lebih pendek selalin ia menjejaskan produktiviti harian seseorang.


Ia jelas terbukti apabila Siti juga ada menjelaskan bahawa produktivitinya dalam melakukan kerja dan menjalani aktiviti kehidupan harian semakin baik sebab tak penat atas jalan untuk fokus pada pemanduan ditambah lagi dengan penat menunggu!





4. Waktu PKP siapa nak pakai kereta sangat?







Waktu yang digalakkan untuk duduk di rumah ni, kalau perlu untuk keluar pergi ke tempat kerja atau ada sebarang urusan guna sahaja pengangkutan awam seperti yang dilakukan oleh seorang Pegawai Akaun yang lebih dikenali sebagai Aqilah, 35 yang tak pernah ada kereta ini.


“Saya kerja dekat Cyberjaya dan selalu gunakan e-hailing bila nak pergi kerja, kalau nak keluar pergi tempat lain pun saya pakai je public transport. Masa waktu pandemik ni saya banyak duduk rumah je, ditambah lagi saya duduk dekat kawasan apartment yang tempat parking tu dah pack sangat. Dulu pernah lah terfikir nak beli kereta sebab kena jalan jauh nak naik public transport, tapi sejak dah ada e-hailing ni rasa lagi mudah dan memang tak pernah terfikir pun nak beli kereta sekarang.”



Bila dah baca penjelasan daripada mereka ini sebenarnya jelas menunjukkan bahawa ada bermacam-macam lagi alternatif pengangkutan yang telah memudahkan kita sekarang bagi membantu rakyat Malaysia.


Malah sekarang ini pengangkutan awam kini dah semakin convenient sekarang, misalnya perkhidmatan bas percuma yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi membantu beban golongan yang kurang berkemampuan.


Bukan itu sahaja, lokasi tren kini pun dah semakin luas misalnya kini LRT 3 dan MRT di pelbagai lokasi.


Dengan menggunakan pengangutan awam ini, ia bukan sahaja dapat bantu kita dari aspek kos, malah ia juga dapat membantu mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian yang boleh menyebabkan kesesakan lalulintas dan pencemaran alam sekitar.








Sumber : LobakMerah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2021 01:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Akak aku baru jer amik yaaris.. Tegur kang, marah lak.. Suh beli umah x nak..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2021 02:02 AM | Show all posts
Perawankota replied at 16-3-2021 01:38 AM
Akak aku baru jer amik yaaris.. Tegur kang, marah lak.. Suh beli umah x nak..


biarlah dia nak merasa. merepek je semua ni. nak kira macam tu kahwin pun tak boleh takut kena buang kerja..adeh
rezeki dimana2. kalau tak kerana pkp pun hidup kita tak pernah ada jaminan pun..mana tau tiba2 lumpuh ke..eksiden ke sama gak kan..


Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2021 02:19 AM | Show all posts
Me baru ambil keta akhir tahun lepas, happy gila first time dalam hidup, beli something big dengan duit sendiri..

Oklah happy walaupun rumah dengan tempat kerja 7 minit..

Pengangkutan awal, keta 7 minit, naik bas tukar 2 kali, setengah jam lebih, no thank you
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2021 02:27 AM From the mobile phone | Show all posts
anakjiran replied at 16-3-2021 02:02 AM
biarlah dia nak merasa. merepek je semua ni. nak kira macam tu kahwin pun tak boleh takut kena b ...

Dia dah ada kereta.. For me, lebih baik beli umah Dr second car. Or else simpan je duit
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2021 06:02 AM From the mobile phone | Show all posts
siti ko masih andartu lagi ke hapa? terserah perangai hauk ko yach maki hamun hon orang? ko ni sejenis acik doktor serdang kah keja software developer dah rasa diri bagus boleh mem pokemon kan orang gitu?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-3-2021 07:05 AM | Show all posts
ada kereta atau tiada kereta ada pro & kontranya.  Ada org mereka pandang dari segi material, siap sound kau keje dah lama x akan x ada kete.. tp dia x tau pulak dah beli 3 biji rumah layan aje lah.. ada sesetengan tempat Public transport nya kira oklah bagus,, ada sesetengah tempat public transpot nya sangat hauk.. maka disini kenderan sendiri adalah diperlukan.  jadi ikut lah keperluan memasing agak2 poket tebal beli lah kete.  mcm aku x mampu lah pakai aje apa yg ada byr rumah aje dah separuh gaji
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2021 07:52 AM | Show all posts
aku bru tukar kereta dec 2019.. then 2020 tiba2 covid.. pastu moratorium 6 bulan.. Baru bayar berapa bulan jer.. tukar pn myvi bru jer.. tapi tu pun struggle nk byr sebab OT dh takda sejak covid ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2021 08:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau public transport convenient, naik je public. Grab pun bnyk kn...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2021 09:05 AM | Show all posts
da abis byr hutang keta 4 tahun lepas lapang oo kpala

altis amek tahun 2010 hingga laa nih lenjan masih sedap

manjang kena bakaw dgn member bila nak tukaw keta

senang jer aku jwb

'PELABURAN BESI BURUK'

baik 1k aku wat terapi n reward diri mkn sedap2 mkn angin
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2021 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
iols da 5 tahun ulang alik keje naik lrt/komuter.. perjalanan dlm 1jam 15 minit la relax2
tp yg xbestnya jrg dpt duduk la pastu kalau fia problem tu mmg sakit hati
time pkp ni bawak kete housemate sbb dia wfh, travel ikut federal tu dlm 20-45, minit rasa heaven.. rasa nak angkat kete .. tp terbantut sbb takut kontrak xsambung..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2021 09:34 AM | Show all posts
ex recept aku baru sambar 3rd car.

mula2 pakai wira usang.
masa tu gaji 1500 kot... pastu before resign beli bezza pakai aeon credit around RM700++ jugak sbb gaji rendah plus masalah guarantor (laki xde payslip parents x keje dah pencen)

now gaji naik 3k xsilap (keje under mgmt company - apartment ke apa tah)... grab honda city as a 3rd car..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2021 11:32 AM | Show all posts
i amik kereta bulan 10 ke 11 2019..
6 7 bulan lepas tu, covid..
but so far, i happy with my purchase..
masa pkp pun masih kena keluar untuk beli barang..
memang masa covid, i tengok ramai juga beli kereta..
maybe yang beli tu tak terkesan la kot..
so buat apa kita pulak yang nak risau pikir dorang beli apa..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2021 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
anakjiran: biarlah dia nak merasa. merepek je semua ni. nak kira macam tu kahwin pun tak boleh takut kena buang kerja..adehrezeki dimana2. kalau tak kerana pkp p ...


Setuju. Depends pada situasi la. Kalau mmg jenis tak pandai manage finance beli keta ke tak beli ke duit tetap habis kat tempat lain.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2021 01:45 PM | Show all posts
Beli ikut kemampuan dan keperluan bukan sebab terikut2 retak hidup orang lain.  Zaman sekarang ni ada simpanan lebih penting dari tambah hutang melainkan mampu beli cash.  
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2021 01:54 PM | Show all posts
Dengan keadaan sebegini, macam-macam kebarangkalian dugaan yang bakal ditempuh, so kuatkan jiwa dan raga masing-masing
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2021 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau duk klang valley ni takde kereta tak jadi masalah..bebudak opis pakat naik tren je masa g opis dulu..yang drive boleh dikira ngan jari termasuk iols

tapi kalau duk negeri lain yang kurang kemudahan public transport, beli je la kereta kalau boleh memudahkan..adik iols baru masuk keje terus bawak keluar keter sebijik sebab dari rumah parent nak g tempat keje jauh..larat ke ayah iols nak amek hantar tetiap hari
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2021 02:51 PM | Show all posts
terpulang dengan kemampuan masing2
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2021 03:24 PM | Show all posts
biar la org nak tukar/beli kete baru
kdg kete ni satu keperluan
tp ikut la jugak kemampuan masing2
jgn jd mcm org kat ofis aku
beli kete mahal...selama ni cover dgn duit OT
sekali bulan ni kena tukar ofis da xde OT kt ofis baru
mengelabah... merayu rayu x mau tukar alasan byk komitmen
nak berhutang tengok la gaji dulu byk mana
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2021 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Kereta enjin Petrol ni dah x laku la lagi 5 tahun.

Kumpul duit beli EV car....

Even Saudi dan Indonesia dah planning utk EV car.

Abahcow je masih sembang pasal Covid
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 03:05 AM GMT+8 , Processed in 0.053752 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list