Tidak semua yang tular itu akan berkekalan. Begitulah yang terjadi terhadap minuman jenama Nilofa yang pernah tular seMalaysia beberapa tahun lalu.
Ketika itu, susu Nilofa hangat diperkatakan dan ramai berpusu-pusu menjadi ejen dan stokis produk hinggakan tidak pernah cukup stoknya.
Bagaimanapun, dengan situasi terkini yang dilaporkan bahawa susu Nilofa sudah pun memasuki kedai serbaguna membuatkan netizen tertanya-tanya. Apa akan jadi dengan stok penjual susu Nilofa? Dengar khabar, banyak lagi stok bawah katil, ya ke?
Foto :Twitter
Ianya turut diperakui seorang ejen yang kecewa dengan situasi terkini. Sudahlah banyak stok berada di tangan, tetapi tidak terjual kerana tiada yang mahu membeli walaupun dengan harga modal.
Foto : Twitter
Keresahan tersebut turut dirasakan penjual lain sehingga ada yang mempersoalkan mengapa susu Farm Fresh boleh dijual oleh ejen walaupun turut berada di pasar raya? Sebab harga ke rasa?
"Sebab ff best and berpatutan, jual la macam mana pun orang cari gak. Susu nilofa for me sedap tu sedap but pricey, sedut beberapa kali je dah habis."
Foto : IG
Pelbagai pendapat diutarakan netizen, antaranya adalah strategi pemasaran yang digunakan syarikat tersebut tidak kena dengan target sasaran dan ada pula yang menegaskan bahawa ejen adalah pelanggan sebenar syarikat tersebut. Begitu pula?
Tidak dapat dipastikan adakah perasa yang berbeza antara ejen dan yang diletakkan di pasaran. Apa pun, kita nantikan pihak pengurusan susu Nilofa bersuara menjelaskan hal ini. Anda suka perisa susu yang mana? - CARI |