View: 17238|Reply: 134
|
Suami Isteri Yang Aneh-Kahwin Tapi Tidur Asing, Buat Hal Masing-Masing
[Copy link]
|
|
Tokyo: Sepasang suami isteri di Jepun, dianggap tidak seperti pasangan lain apabila memutuskan menjadi teman serumah walaupun berkahwin dua tahun.
Kisah luar biasa Aiko, 39, dan suaminya, Kazuki, 42, yang bertemu di syarikat produksi permainan video dipaparkan menerusi program televisyen popular negara itu, baru-baru ini.
Pasangan itu menyedari mereka mempunyai minat berbeza selepas menjalinkan hubungan serius.
Itu tidak bermakna mereka tidak serasi sebelum kedua-duanya memutuskan untuk meneruskan hubungan dengan syarat meneruskan kehidupan dengan cara masing-masing.
Portal Oddity Central melaporkan mereka hanya makan bersama pada hari cuti, manakala pada hari lain, mereka lebih suka makan secara berasingan.
Mereka juga mempunyai selera makan berbeza membuatkan pasangan itu memasak makanan masing-masing.
Namun, mereka tidur di bilik sama yang mempunyai dua tilam dan ruang peribadi masing-masing.
Lebih pelik, mereka membahagikan bayaran sama rata untuk bil utiliti, sewa dan perbelanjaan lain.
Malah, perbezaan kedua-duanya dikesan pada awal-awal lagi apabila mereka tidak sepakat dalam memilih cincin perkahwinan kerana meminati reka bentuk berlainan.
Selepas berkahwin, pasangan itu bersetuju tidak berbulan madu kerana tidak bersetuju dengan destinasi pilihan.
Kazuki menghabiskan lebih banyak masa di tempat kerja, manakala Aiko bertanggungjawab membersihkan rumah, tetapi dia tidak melakukannya secara percuma.
Biarpun sedar dengan kritikan orang ramai, pasangan itu menegaskan, cara itu benar-benar menjamin perkahwinan bahagia.
Kedua-duanya berpendapat mereka adalah individu berbeza dan yakin bahawa melakukan sesuatu bersama hanya menyebabkan pertengkaran. -CARI
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Biasa ja..ramai mcm ni terutama suami isteri kerja jauh2... |
|
|
|
|
|
|
|
Ok mcm nih best xyah serabut... actually aku kdg2 serabut ok kalo ada org kat sebelah...blk keja boleh layan tv... pastu tido..mcm zaman bujang dulu...kawin atas kertas aje...bestnyaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
aku nak marriage mcm ni. ko buat hal ko, aku buat hal aku. rimas la nak kene mengalah utk laki. baik aku single kalau mcm tu |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa aku rasa tak pelik
|
|
|
|
|
|
|
|
True give and take. Okay lah daripada bergaduh sepanjang masa kerana hal2 remeh temeh lepas tu bercerai. |
|
|
|
|
|
|
|
Baik duduk bujang je kalau tak boleh tolenrasi.
Manis perkahwinan bila bergilir2 mengalah. Buat benda berbeza yang di luar comfort zone kita. Honeymoon tu pergi je dua kali ikut tempat laki bini suka. Ini sampai tak pergi langsung. |
|
|
|
|
|
|
|
Persoalannya diorg main ke x ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Ok je...diorg happy mcm tu ok laa
|
|
|
|
|
|
|
|
bile shopping brg2 keperluan i, suka shopping sendiri to my section n suami pegi section die n when i am done, he will come n pay. yang lain i suke ade skali. x suke die duk jauh2.. tp i gave him room for his own space lah. but i am clingy type dari dulu sampai skrg. maybe annoying to people but i just dont care. my life my marriage. nak buat mcmana, i married my bff. dah makin meningkat usia ni, i dont look for many friends tp nk kawan yg betul2 memahami n boleh berkongsi cerita. thus, my husband is the only bestfriend i want to have at this point of my life. berkawan biasa2 tu ramai cume kawan rapat tu xlah. dah cukup dgn husband. kalau outstation mana2 wajib berangkut without using the company's money pun. we are happy that way berbelas taun pun. mcm kisah pasangan jepun ni, mungkin cara tu bhagiakan mereka wlpn pelik. tp rasa what is the point of being married plak. |
|
|
|
|
|
|
|
apa yang anehnya, kan bagus camni |
|
|
|
|
|
|
|
maybe that's their definition of happiness in marriage? by having their own space... i rasa ramai je pasangan malaysian pun macam ni.... kawen sekadar on certificate, stay together just for the sake of financial stability... masing2 punya choice lah
for me, i prefer my definition of happiness.. our spouse is our best friend.. no secrets, semua plan kena discuss sama2... even our retirement plan pun kena take into account each other's feedback and opinion.. sbb in the end of the day, spouse kita tu la yang hadap kita sampai akhir hayat...
sbb tu penting nya sekuffu, dari segi minda, sex level & open-mindedness with each other, education level, dari segi kerjaya, family.. semua tu penting... |
|
|
|
|
|
|
|
itu lbh bagus dari duk serumah membanting tulang buat itu ini utk pasangan lps tu berharap pasangan berubah buat benda yg sama mcm kita nak. bila expectation x jadi mcm tu, mula la bergaduhhhhhhhh...
alasan buat ape yg pasangan suka : dapat pahala
ok dapat pahala, pahtu gaduh sampai bertikam lidah, dapat dosa tak?
|
|
|
|
|
|
|
|
mcm aku je ni hahahahhaa
jenis takleh bertolak ansur |
|
|
|
|
|
|
|
Dah sama2 setuju apa masaalahnya. Kita tak boleh paksa orang lain ikut cara hidup kita bila nampak lain sikit mula nak komen pelik. |
|
|
|
|
|
|
|
Janji diorang happy dah la. So sapa kita utk pertikaikan? Sesetengah org memang perlukan ruang peribadi especially introverts. Jenis yg x suka berkepit 24/7. Setiap org ada definition kebahagiaan masing2 so biar je la diorang dgn cara mereka |
|
|
|
|
|
|
|
kalau mcm ni baik tak yah kawin...tak payah tanggung dosa kalau ingkar pada pasangan
|
|
|
|
|
|
|
|
oklah tu...kalau bil2 pun berkongsi..tak macam sesetengah isteri di Malaysia..kerja rumah kena buat (percuma je), belanja makan minum family kena tanggung (bela biawak hidup terutamanya), tak ade me time, hobi sendiri kena korbankan demi menjaga hati suami tercinta.
hidup macam pasangan jepun tersebut, rasanya kurang stress kepada si isteri |
|
|
|
|
|
|
| |
|