Seorang wanita berasal dari Northwich, Cheshire ini mempunyai penyakit yang aneh kerana dia boleh pengsan gara-gara melihat lelaki kacak yang lalu di hadapannya.
Kristy Brown yang berusia 32 tahun ini mengalami penyakit Cataplexy dimana apabila emosinya kuat, ototnya akan menjadi lumpuh secara tiba-tiba.
Jika mendengar bunyi bising atau ketawa yang kuat, dia akan mengalami tekanan emosi, seterusnya jatuh pengsan.
"Jika saya melihat seseorang yang menarik, kaki saya bergerak jadi saya cuba untuk tidak meletakkan diri saya dalam situasi di mana perkara itu boleh berlaku, atau saya cuba untuk mengawasi keselamatan saya sendiri," katanya dipetik Daily Mail.
Ibu kepada dua orang anak ini terpaksa menundukkan kepalanya ketika berada di tempat awam bagi mengelakkan daripada mencederakan dirinya akibat lututnya yang lemah.
Kristy ketika muda
Namun, dia juga mengalami kesukaran untuk tidur dan apabila dia penat, penyakitnya semakin kerap berlaku.
Tambahnya, ototnya akan kejang apabila terlalu marah, gembira dan ketakutan.
Katanya, penyakit Cataplexy itu berlaku selepas dia mengalami kecederaan pada kepala akibat terkena batu ketika erusia sembilan tahun.
Namun, dia sebenarnya disahkan mempunyai genetik narkolepsi.
Walau bagaimanapun, dia pernah pengsan akibat ketawa keterlaluan serta marah-marah.
Kristy bersama dua anak dan anak saudaranya
Kristy akan mengalami serangan sekurang-kurangnya lima kali sehari tetapi serangan tersebut boleh meningkat hingga 50 kali sekali sehingga membuat dia sukar untuk keluar rumah.
Post time 26-3-2021 06:03 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Real jer penyakit dia ni. Nampak jer macam mengada2. Dia ni tak boleh stress melampau. Weol tak tau apa kaitan lelaki hemsem dengan cetusan penyakit dia. Mungkin traumatic experience dulu2?