"Mira awak tu dah kawin jadi kurangkanlah bawa watak yang mengejar cinta."
Sedutan drama terbaharu lakonan aktres, Mira Filzah dan penyanyi MK beredar di laman Instagram.
Adegan MK membalut tangan Mira dengan sekumpulan produksi di dalam video tersebut mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminatnya.
Selain teruja dengan drama baru tersebut, ada netizen yang mempersoalkan aksi Mira dan MK yang disifatkan tidak sesuai dengan status Mira sekarang.
Bagi netizen yang prihatin dengan status Mira, lakonan tersebut tidak menepati syariah.
Foto G
Bagaimanapun, ada netizen yang menyatakan drama Melayu memang topiknya menjurus kepada cinta. Jika filem bertema seram atau aksi sekalipun, pasti ada elemen cinta diselitkan. Mengapa pula perlu menghalang Mira?
Foto G
Selain itu, ada juga netizen turut menyatakan yang Mira tidak menjaga syariah muslimah seperti tidak memakai sarung lengan.
Foto G
Foto G
Apa pula pendapat anda? Tak okey ke Mira berlakon genre cinta sekarang? - CARI
|