Disaat orang ramai masih lagi bercerita mengenai penyatuan hati dan keindahan konsep majlis perkahwinan selebriti popular Neelofa dan pasangannya, PU Riz, tular pula isu panas yang mempersoalkan mengenai pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di majlis tersebut kerana dilihat tiada penjarakan sosial serta tetamu yang hadir juga tidak memakai pelitup muka.
Akibatnya, pihak polis telah membuka kertas siasatan selepas dakwaan tersebut kecoh diperkatakan di media sosial.
Disebalik isu panas itu, anak Erra Fazira dan Engku Emran iaitu Engku Aleesya pula mencuri perhatian warganet ketika sesi bergambar di majlis itu.
Apa yang menariknya, sebuah video yang dimuatnaik oleh @irania.mohamed di aplikasi TikTok memaparkan hanya Engku Aleesya seorang sahaja yang memakai pelitup muka ketika bergambar di kalangan ahli keluarga.
"Dalam ramai-ramai, anak Erra Fazira yang pakai pelitup muka. Sangat menjaga SOP, tindakan yang bagus adik!" tulis irania.mohamed dalam kapsyen videonya.
Rakaman video tersebut meraih hampir 21, 000 tanda suka serta 700 komen yang rata-rata memuji tindakan kanak-kanak yang berusia 12 tahun itu.
Walau bagaimanapun, ramai dikalangan warganet menegaskan bahawa rata-rata tetamu yang berada di majlis tersebut adalah dikalangan ahli keluarga terdekat sahaja, jadi isu pematuhan SOP sepatutnya tidak timbul.
Terdahulu, Engku Emran Engku Zainal Abidin iaitu bapa Aleesya telah berkahwin dengan kakak Neelofa, Noor Nabila pada 19 Mac lalu dan secara tak langsung, Neelofa kini telah bergelar emak saudara kepada Aleesya.
|