Biarpun sudah berulang kali diingatkan agar tidak mengambil gambar atau video mana-mana individu tanpa izin, masih ada yang tidak mendengar kata.
Lebih dasyat, ada yang memuat naik ke media sosial, lalu mengharapkan empunya badan tidak mengetahuinya.
Terbaharu, seorang pengguna TikTok memuat naik video yang telah direkodkan secara curi-curi, lalu mengecam tindakan individu tersebut.
Video yang memaparkan dia dan keluarganya sedang makan di sebuah restoran diiringi dengan kapsyen kekaguman lelaki tersebut terhadap kecantikannya.
Foto : TikTok
Menurut Nur Hanis lagi, dia dan suaminya tidak senang dengan isi kandungan video tersebut, malahan merasakan ruang peribadinya telah diceroboh!
"Kepada tuan yang ambil video kami sekeluarga tanpa izin, saya dan suami tidak selesa dengan video ni. Jangan jadikan keluarga kami bahan content anda."
Foto : TikTok
Dengan kapsyen individu tersebut yang memerhatinya makan, basuh tangan, melayan dua anak dan suaminya, lelaki tersebut turut meminta maaf kerana merakamkan video terbabit.
Foto : FB
Bagaimanapun, sebaliknya pula berlaku apabila dia pula yang menerima komen negatif daripada netizen. Banyak tuduhan diterima yang kononnya dia yang sengaja menimbulkan huru hara dan seronok mendapat perhatian individu tidak dikenali.
Foto : Tik Tok
Apa pula pendapat anda? Salahkah meminta keadilan? Atau betul ia strategi pemasaran seperti didakwa netizen? - CARI
|