CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3710|Reply: 1

[Lain-Lain] Penunggang Agama ,Selayaknya mengisi slot tontonan televisyen

[Copy link]
Post time 16-4-2021 03:40 PM | Show all posts |Read mode
Selayaknya mengisi slot tontonan televisyen



DRAMA keagamaan Penunggang Agama lakonan Zul Ariffin (kiri) dan Nasir Bilal Khan boleh menjadi satu tamparan buat segelintir pihak.

BERDASARKAN judul yang tertulis, karya arahan sutradara muda, Syafiq Yusof tersebut seperti memberi refleksi kepada nuansa masyarakat hari ini yang acap kali dibelenggu penyakit ‘penunggang agama’. Zaman media sosial menjadi pemudah cara memperhebatkan lagi pentas pertunjukan perihal masalah yang sedang melanda masyarakat.

Sekarang, siapa pun tidak boleh menghakimi skala iman seseorang hanya kerana niqab atau kopiah yang 24 jam melekat di kepala. Kita juga tidak patut menuding jari terhadap wanita atau lelaki yang berpakaian mencolok mata sekadar hidup menempah tiket ke neraka.

Sesungguhnya, kehidupan zaman ini sukar ditafsir. Kita sukar untuk menentukan siapa yang baik, siapa pula si durjana hanya berpandukan penampilan fizikal.


FILEM arahan Syafiq Yusof ini menyentuh isu yang sering menjadi perhatian ramai dengan mengetengahkan perihal golongan ‘penunggang agama’.

Berbicara tentang Penunggang Agama, penulis sebenarnya tertarik dengan judul filem yang sememangnya sudah lama seperti menunggu masa untuk divisualkan.

Adakah filem berkenaan layak untuk dilanggan? Barangkali, ya. Adakah wajar kalau ingin diangkat ke pawagam walaupun secara realitinya perkara tersebut tidak akan berlaku? Mungkin perlu berfikir beberapa kali ke arah berkenaan.

Berdasarkan permainan atau perkembangan karakter, skor muzik, ‘jumpscare’ dan bermacam hal lain dalam konteks sebuah naskhah drama keagamaan, filem ini banyak menggunakan templat filem yang datang daripada ‘lorong’ sama iaitu Munafik.

Templat Munafik

Penyataan tersebut bukan sesuatu yang janggal memandangkan Syafiq merupakan adik kepada orang yang bertanggungjawab membangunkan jenama Munafik, Syamsul.

‘Sifu’ dua sutradara itu juga barangkali individu yang sama iaitu Datuk Yusof Haslam iaitu merupakan bapa mereka.


TEMPLAT filem Penunggang Agama dikatakan tidak banyak beza dengan karya popular Syamsul Yusof, Munafik.
Menyentuh tentang perkembangan karakter, Zul Arifin menampakkan sisi berlainan.


Jika sebelum ini dia sering melakonkan watak aksi, lelaki ‘macho’ atau figura yang sering dihambat kasmaran cinta, kali ini, Zul memberi sedikit perbezaan dengan karakter ‘ustaz-ustaz’.

Zul yang melakonkan watak sebagai Amir tidak banyak mendatangkan masalah kepada penonton. Begitu juga watak isterinya, Anna yang dimainkan Azira Shafinaz.

Nasir tetap ‘sama’

Azira melunaskan tanggungjawab dengan sebaiknya namun kalau sentuh sedikit tentang impak, tidak banyak yang boleh diberikan pujian. Watak Tok Haji juga sama, tidak banyak yang boleh dipalu.

Maksud penulis, kita semua tahu yang Nasir Bilal Khan merupakan seorang pelakon hebat namun dalam konteks filem ini, penonton seperti sudah disogokkan dengan visual tanpa kejutan.

Secara peribadi, dalam tempoh 20 minit pertama lagi penonton sudah dapat menjangkakan graf dan impak karakter Tok Haji lakonan Nasir.


MENANGANI watak Amir yang berkarakter persis ustaz memberi dimensi berbeza buat Zul (kiri).


Naratif Penunggang Agama juga tidak banyak perbezaaan dengan francais Munafik. Rasanya seperti melihat sub-filem Munafik dengan ‘nada’ dan nuansa yang tidak banyak perbezaan.

Selain Nasir, Sabrina Ali juga antara pelakon yang sering menjadi pilihan Skop Production untuk menjayakan sesuatu watak.

Tiada yang salah, cuma barangkali penonton dahagakan pembaharuan yang sedikit keluar daripada kepompong lazim selama ini.

Sumber:https://www.kosmo.com.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2021 11:25 AM | Show all posts
rasanye kalo cerita seram syafiq ni boleh je direct tapi kalo seram dakwah bagi je la syamsul..
aku dah tengok cite hantu dia tanjat la jugak..tapi dialog so veteran je jenuh nak tunggu sorang2 habis dialog..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
[tvN/Viu 2024] THE MIDNIGHT ROMANCE IN HAGWON - Wi Ha Joon, Jung Ryeo Won
Rahah[tvN/Viu 2024] THE MIDNIGHT ROMANCE IN H
Views : 10279 Replies : 57
Apakah Idea Di Sebalik Nama Samaran Anda Di Forum Ini?
KILL_NANCYApakah Idea Di Sebalik Nama Samaran Anda
Views : 113221 Replies : 488
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30253 Replies : 171
Nama pokok ni?
BelovedTaeyeonNama pokok ni?
Views : 6279 Replies : 12
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik... UPDATE #45: latar belakang syarikat2 bermasalah siap ada tindakan tatatertib
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 5359 Replies : 53
Kenapa Biri Biri Jalan Lambat?
XimKenapa Biri Biri Jalan Lambat?
Views : 21447 Replies : 61
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 195468 Replies : 4528
Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "saya kecewa dengan prestasi kerja kamu". Apa yang korang nak jawab?
admin6Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "say
Views : 4119 Replies : 3
Teka Teki Teka Tekok
FARRAZOOLTeka Teki Teka Tekok
Views : 27048 Replies : 105
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73298 Replies : 314

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 05:10 PM GMT+8 , Processed in 0.058156 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list