Rentetan isu selebriti Instagram, Ryzal Durian Kimchi yang mempersenda pakaian wanita tradisional Iban membuatkan Kelab Kesenian dan Kebudayaan Dayak Sarawak (KEMADA) telah membuat laporan polis.
Ianya dibuat oleh Pengerusi Kelab, Jackery Hillary Chukan bersama lima ahli lain, lengkap dengan berpakaian tradisi pahlawan Iban.
Selain mencetuskan kemarahan masyarakat, permohonan maaf Ryzal di sosial media juga tidak diterima mereka, sebaliknya meminta maaf secara terbuka.
Foto : Bernama
Foto :FB
"Komen-komen seperti itu menghina pakaian tradisional kami, masyarakat Iban. Kami tidak menerima permohonan maaf yang dimuat naik di media sosialnya."
Dalam kenyataan media bersama, Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak dan Serakut Indu Dayak Sarawak turut menyatakan rasa kesal di atas tindakan Ryzal itu.
Sementara itu, rata-rata netizen bersetuju dengan tindakan Persatuan tersebut dan meminta tindakan tegas terhadap Ryzal.
Imbas kembali, di antara kata-kata gurauan Ryzal ialah melabelkan Kain Kebat Iban (Pua Kumbu) sebagai kain buruk, 'Selampai' dianggapnya seperti tikar mengkuang, 'Tangu' adalah seperti alas penutup TV tahun 70-an dan 'Selampai' punggung adalah seperti tali pinggang pengakap.
Foto :ig
Jadi, sama-sama kita nantikan jawapan balas daripada Ryzal nanti. - CARI
|