CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18289|Reply: 144

[Tempatan] Walaupun mempunyai 4 isteri, masih dia memukul isteri kedua

[Copy link]
Post time 17-6-2021 11:28 AM | Show all posts |Read mode
Peniaga 4 isteri didakwa mencederakan isteri kedua

Mohamed Farid Noh
[email protected]

[url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/url]


Rosmaini dibawa ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru untuk pertuduhan mencederakan isterinya hari ini. Foto Nur Aisyah Mazalan

Johor Bahru: Peniaga yang mempunyai empat isteri didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap isteri keduanya pada 4 Mei lalu.

Bagaimanapun, Rosmaini Abd Raof, 38, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim V M Mabel Sheela.

Mengikut kertas pertuduhan tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap, Jahidah Nordin@Sylvester, 43, dengan memukul kepala, muka dan tangan serta menghentak kaki pada bahagian belakang badan wanita itu sehingga menyebabkan kecederaan parah.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah pangsapuri di Jalan Tani, Kampung Aman, Larkin pada 6 pagi, 4 Mei lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh juga dikenakan denda.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Sulehan Abd Rahman, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Timbalan Pendakwa Raya kemudian memohon mahkamah mengenakan jaminan sebanyak RM30,000 berikutan kes itu serius kerana menyebabkan isteri tertuduh dilaporkan koma selain memberi pengajaran kepada masyarakat.

Bagaimanapun, tertuduh merayu jaminannya terhadapnya dikurangkan kerana dia menanggung empat isteri dan tujuh anak.

Hakim kemudiannya menetapkan wang jaminan terhadap tertuduh sebanyak RM7,000 dengan dua penjamin.

Mahkamah juga memerintahkan tertuduh melapor diri di balai polis berhampiran selain diarahkan supaya tidak mengganggu mangsa.
Hakim turut menetapkan sebutan semula kes pada 25 Julai depan bagi pengurusan dokumen.





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2021 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Enaknya hidup sorang jantan. Berbini 4 tanggungjawab tolak tepi..eloklah penjara terus. Lepas ni jangan nak ngaku ada anak nak sara..sendiri cari penyakit
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2021 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Kahwin kerana seks macam ni la jadinya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2021 11:36 AM | Show all posts
kawin 4 tu elok la ikut sunnah nabi...
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2021 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Dahsyat.. umur 38 isteri dah 4.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2021 11:42 AM | Show all posts
bini dia koma lagi kan
belum sedar lagi

dia bukan kawin bini ke 2 dlm tahun lepas ke
dh ada lagi 2 bini baru
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-6-2021 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Vavinyaaa 4 bini. Bini dah koma teruk cmtu penjara max 14 tahun je. Sewel
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2021 11:51 AM | Show all posts
Auntie confused - kenapa nama isteri kedua dia Jahidah Nordin @ Sylvester? Part Sylvester tu

Check google =>

Sylvester as a boy's name is pronounced sil-VEST-ter. It is of Latin origin, and the meaning of Sylvester is "wooded".

Female version is Silvia.

Bersangka baik => mungkin ibubapa dia tak tahu kot....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2021 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Payahnya nak faham tajuk
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2021 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Cuma nak tau kenapa dia pukul? Cemana org leh tau dia yg pukul bini tu? Kan bini dia koma?

Sapa yg jumpa dan bawak bini dia g hospital?

Mana lagi 3 bini yg lain tanak tumpahkan teh ke?ke sayang kat laki belaka.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2021 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
auntieagony replied at 17-6-2021 11:51 AM
Auntie confused - kenapa nama isteri kedua dia Jahidah Nordin @ Sylvester? Part Sylvester tu

Chec ...

Itu nama bapak dia sis, maybe pak dia org asli ke atau mualaf ke
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2021 12:08 PM | Show all posts
atas tuh gambar saspek ka gambaq polis mana tuh?
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2021 12:09 PM | Show all posts
potong konek dia...
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2021 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 17-6-2021 12:00 PM
Itu nama bapak dia sis, maybe pak dia org asli ke atau mualaf ke

Maafkan la auntieagony...dulu sekolah atapnya bab @ ini takda dlm syllabus.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2021 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Kitty_catz replied at 17-6-2021 12:09 PM
potong konek dia...

boleh tumbuh balik la...

kahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2021 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 17-6-2021 12:08 PM
atas tuh gambar saspek ka gambaq polis mana tuh?

Not bad deliciousnya khen tonot?

kahkahkahkahkah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2021 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
LadyCarefree replied at 17-6-2021 11:51 AM
Payahnya nak faham tajuk

Kau nak suruh aku draw khen dan warnakan dgn poster colour?

kahkahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2021 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Power tol nonek dia ...bebini ikut naa sunah
Bini2 lain tu bangang ke apa ..yih
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2021 12:15 PM | Show all posts
Edited by Friska at 17-6-2021 12:17 PM

Terpidana berusia 38 tahun, dan korban adalah istri ke 2 berusia 43 tahun, beda 5 tahun dari suaminya.

Syukur saya punya suami yang penyayang, sering manjakan saya, royal dan baik hati, tapi suami saya ndak romantis

Beda usia saya sama suami 19 tahun

Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2021 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
ifanonline replied at 17-6-2021 11:36 AM
kawin 4 tu elok la ikut sunnah nabi...

Maaf yg arif, boleh kewww kita kategori mamat ini antara mereka mereka yg jari manisnya lebih panjang dari jari telunjuknya? kerana puan greentea belum nampak kelibatnya disini utk soalan ditujukan padanya...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 03:05 PM GMT+8 , Processed in 0.110801 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list