Mungkin ia hanya gurauan, namun ada netizen menyatakan ianya seolah-olah mengenakan selebriti, Neelofa dalam hantaran terbaharu Ketua Pegawai Operasi Farm Fresh, Azmi Zainal.
Di Facebooknya, Azmi meuar-uarkan produk terbaharu mereka iaitu susu pisang sebenar dan bila merasainya, terus lupa produk yang seangkatan dengannya.
Namun perkataan lupa dieja dengan Lopa membuatkan ramai yang mengaitkannya dengan Neelofa.
 Foto :FB
Bagi segelintir netizen yang mungkin peminat susu Nilofa, ianya sangat menjolok sarang tebuan. Agak agresif.
 Foto : IG
Namun, lebih ramai yang terhibur dengan hantaran tersebut sehingga turut mengusik artis tersebut.
 Foto : FB
Apa pun, persaingan adalah normal. Terpulang kepada citarasa masing-masing. - CARI
|