View: 3464|Reply: 29
|
Nak Kencing Pun Dalam Semak, 5 Beranak Duduk Dalam Stor Baja
[Copy link]
|
|
Kota Bharu: Lima beranak dari Kampung Pasir Tok Kambing di sini, sudah menjadikan stor baja yang tiada bekalan elektrik dan air sebagai kediaman sejak lebih setahun lalu.
Stor itu dibahagi kepada dapur, bilik tidur dua anak perempuan dan ruang simpanan pakaian dengan jaring dipasang untuk menutup ruang terbuka di bahagian hadapan yang turut dijadikan tempat tidur R Monaliza R Berahim, 42, suaminya, Azlin Abdul Ghani, 46, dan anak lelaki mereka.
Menurut R Monaliza, suaminya adalah peserta program penanaman sayur di bawah Jabatan Pertanian Negeri dan mereka tinggal di stor milik agensi itu yang merupakan tempat menyimpan baja, racun dan pelbagai mesin.
Foto: Harian Metro
"Sudah hampir 10 tahun suami menanam sayur dan sebelum ini kami menumpang rumah saudara kerana mengusahakan tanaman di tapak yang lain.
"Sekarang kami berpindah ke kawasan ini untuk mengusahakan tanah yang disewa RM200 setahun, namun belum rezeki apabila tanaman tidak begitu menjadi bahkan dua tahun kebelakangan ini, belum ada pulangan lumayan, menyebabkan kami terduduk," katanya ketika ditemui, baru-baru ini.
R Monaliza berkata, ketika ini mereka menanam kunyit, mentimun dan jagung yang mana modal bagi tanaman itu menggunakan wang i-Sinar diperoleh suami.
Katanya, mereka juga memilih tinggal di stor itu bagi memudahkan kerja penanaman selain, enggan lagi menyusahkan saudara mara, tambahan pula tiga anak semakin membesar iaitu anak perempuan berusia 14 dan 16 tahun, manakala anak lelaki 11 tahun.
"Tiada bekalan elektrik dan tandas di stor ini jadi, kami terpaksa buang air di kawasan semak, manakala mandi pula menggunakan air perigi," katanya yang memberitahu mereka turut diancam haiwan berbisa berikutan persekitaran semak.
Keluarga itu tidak mampu untuk menyewa rumah lain dan berharap suatu hari nanti dapat membina rumah sendiri di tanah pusaka milik Azlin.
Terdahulu, lima beranak terbabit menerima kunjungan kumpulan aktivis masyarakat, Cempaka Merah Asnaf Society diwakili Che Norhayati Mohamed yang hadir menyampaikan sumbangan barangan keperluan dan zakat.
Turut sama wakil Dewan Undangan Negeri (DUN) Panchor iaitu Setiausaha DUN, Alam Solah Awang Lah yang memberi jaminan akan membaik pulih stor itu dengan kebenaran pihak berkaitan dan menyediakan keperluan lain. -CARI
Sumber:Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
ok yg ini boleh dibantu. suami ada usaha nak kerja, pandai kawal pembiakan anak tak ramai (bongsu pon dah besar), tak nak susahkan family lain. |
|
|
|
|
|
|
|
Kan aku dh ckp bukan sng nk suruh org menanam.. Menanam ni wpun sikit tak semudah yg org cakap.. |
|
|
|
|
|
|
|
krustykrab replied at 9-7-2021 05:37 PM
Kan aku dh ckp bukan sng nk suruh org menanam.. Menanam ni wpun sikit tak semudah yg org cakap..
Beto..nk mnanam bkebun pn kna ade kmahiran jgk wlpn xmsuk ksus formal...susah kalu xtau cara |
|
|
|
|
|
|
|
Buat kebun bukan mudah kalau kurang pandai dalam teknik setiap jenis tanaman tak menjadi juga. |
|
|
|
|
|
|
|
krustykrab replied at 9-7-2021 09:37 AM
Kan aku dh ckp bukan sng nk suruh org menanam.. Menanam ni wpun sikit tak semudah yg org cakap..
Menanam mcm buabg duit jah kalau ko duduk kawasan tanah xsubur..bazir duit |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa adun nak membaik pulih stor tuuu bagi lah rumah sebiji kena kan sewa rendah..
Anak2 dara pulak tu |
|
|
|
|
|
|
|
Moga dipermudahkan urusan. Sedih baca berita mcm ni. Moga2 anak2 dia membesar dgn baik dan berusaha utk baiki ekonomi diri. |
|
|
|
|
|
|
|
bagus suami mak cik ni
kurang2 dia ada tunaikan tggjwb xde ddk mcm tu je |
|
|
|
|
|
|
|
seksa hidup mcm ni
nak membuang kena pergi dlm semak dah mcm zaman dulu pulak
|
|
|
|
|
|
|
|
Knp bapa tu xboleh cari keje lain ke?
Selain bercucuk tanam..
Tahla..I xleh hadam sampai nk berak pn p dkt semak.
Tp kakak i kata kita xtau ujian seseorang tu..tahla ehh |
|
|
|
|
|
|
|
ntah, wakil Adun nak baikpuluh stor pulak..stor tu dah la takde kemudahan bilik air, toilet dan sebagainya..
ko cari la dia rumah utk sewa, takpun letak kt PPR ke, PPRT ke... cuba sel2 otak berhubung sikit wakil adun SSKJP ni |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa tak buatkan rumah mesra rakyat je. Si suami kata ada tanah pusaka kan..kesian anak2 ESP anak dara. Bantu juga dari segi pertanian tu..semoga berjaya. Kenapa nak baik pulih stor tah. Nak jimat duit bantuan ke apa. |
|
|
|
|
|
|
|
OK ja modify stor bubuh dinding, bilik air, masuk api/air, duduk free.
Apa lagi nak.
|
|
|
|
|
|
|
|
Punat_button replied at 9-7-2021 10:50 PM
OK ja modify stor bubuh dinding, bilik air, masuk api/air, duduk free.
Apa lagi nak.
Stor baja busuk sis. |
|
|
|
|
|
|
|
Lula2 replied at 9-7-2021 06:59 PM
Kenapa adun nak membaik pulih stor tuuu bagi lah rumah sebiji kena kan sewa rendah..
Anak2 dara pul ...
Aku pn terpikir benda sama..tmpt tu da la xde kemudahan, berbau baja n racun lak..baik la die binakn umah atas tanah pusaka atau tlg cr umah sewa je..xleh brain |
|
|
|
|
|
|
| |
|