View: 4399|Reply: 22
|
"Nama saya sekarang ialah Zizan Rumma"
[Copy link]
|
|
Gara-gara wajah seiras penjaga gol pasukan Itali, Gianluigi Donnarumma, Instagram pelakon Zizan Razak dihujani usikan pengikutnya yang mengucapkan tahniah atas kejayaan Itali menjuarai Euro 2020 menewaskan England.
Lebih manis, kejayaan Itali dicapai menerusi kehebatan penjaga gol berusia 22 tahun ini yang berjaya menyelamatkan tendangan penalti sekali gus menghadiahkan kejuaraan buat pasukannya.
Kredit foto: IG
"Nama saya sekarang ialah Zizan Ruma. Semua orang kenal saya. Saya adalah penjaga gol Itali. Ramai yang ucap tahniah kepada saya," katanya menerusi sesi bicara langsung dibuat di Instagram, pagi ini.
Zizan yang kini dalam perjalanan ke Terengganu untuk sesi bantuan dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) turut mengajuk gaya percakapan orang Itali sehingga membuatkan peminatnya terhibur.
"Hari ini saya berada di Terengganu. Persiapan sudah dijalankan. Ada beberapa buah rumah yang layak, bakal dikunjungi. Hari ini ada insan istimewa.
"Dia menerima kehadiran saya bersama pasukan Mapim. Kami nak buat sedikit bantuan. Tunggu update (kemas kini) saya yang seterusnya," katanya.
Sesi bicara langsung Zizan di Instagram itu mendapat 43,000 tanda suka daripada peminat yang mengikutinya.
Sementara itu, Donnarumma mula menjadi perhatian apabila beraksi cemerlang sepanjang kejohanan terbesar Eropah ini.
Dia semakin menjadi perhatian apabila membantu Itali mara ke pentas 'final' Euro 2020 menerusi penentuan sepakan penalti dengan kemenangan pasukannya mengatasi Sepanyol 4-2 di peringkat separuh akhir selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 hingga akhir babak permainan. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
banyak makang ikang-Asdan. |
|
|
|
|
|
|
|
walaupun orang ganu.. tapi aku dok pernoh rase dia klako... |
|
|
|
|
|
|
|
Untung ler dapat balik kapong pakai tiket ngo..
|
|
|
|
|
|
|
|
Nk muntah dgn perasantan zizang.. |
|
|
|
|
|
|
|
ramainya muka macam zizang.....
or should I say.... ramainya hidung macam zizang.... |
|
|
|
|
|
|
|
chocobozhere replied at 12-7-2021 04:34 PM
Busukkk je tengok
Kesian kan zizang ganu acah2 hot ni? Migha basic melepas..Maembong melepas. |
|
|
|
|
|
|
|
doubleharmonic replied at 12-7-2021 06:06 PM
Ini baru sama |
|
|
|
|
|
|
| |
|