View: 3532|Reply: 25
|
[Tempatan]
Ibu & Anak dalam Perut 7 Bulan Mangsa Covid
[Copy link]
|
|
SUNGAI PETANI: "Saya minta orang ramai jagalah prosedur operasi standard (SOP) kerana saya sudah kehilangan isteri dan anak kerana COVID-19. Kasihanilah anak, isteri dan suami masing-masing serta duduklah di rumah," kata Mohd Fadli Abd Wahab, 35.
Mohd Fadli berkata, isterinya Umaisarah Azmi, 25, yang hamil tujuh bulan disahkan meninggal dunia jam 1.25 tengah hari semalam selepas dijangkiti COVID-19 dan anak dalam kandungannya juga gagal diselamatkan.
Isterinya meninggal dunia ketika dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) selepas mengadu sesak nafas dan sakit kepala teruk.
"Isteri tidak pernah menghidap penyakit atau mengalami alahan sejak mengandung anak ketiga. Bagaimanapun, dia mengejutkan saya kira-kira 4 pagi semalam selepas mengadu tidak boleh bernafas, kaki dan tangannya menjadi lemah.
"Saya terus membawanya ke HSAH kerana bimbang melihat keadaannya yang semakin lemah sebelum dia dimasukkan ke Zon Merah HSAH.
"Tidak lama kemudian doktor mengesahkan dia meninggal dunia akibat COVID-19," katanya ketika dihubungi hari ini.
Mohd Fadli yang menetap di Kampung Pokok Asam di sini, tidak menyangka perubahan sikap isterinya yang tidak sabar untuk menyambut kelahiran bayi mereka adalah petanda dia akan pergi buat selamanya.
"Saya sentiasa menemani isteri di rumah kerana tempat kerja ditutup berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
"Saya agak terkilan kerana tak sempat bersama di sisinya ketika dia menghembuskan nafas terakhir dan hanya melihat tubuhnya kaku ketika doktor panggil untuk tujuan pengesahan," katanya.
Menurutnya, dia bersama dua anaknya dan ibu mentua juga menjalani ujian saringan COVID-19 hari ini dan diarahkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) untuk kuarantin hingga 26 Julai ini.
Sementara itu, Pengarah Kesihatan Kedah Dr Othman Warijo ketika dihubungi mengesahkan berlaku kematian seorang ibu hamil di HSAH kerana COVID-19 dan keluarga mangsa juga diarahkan untuk kuarantin |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Baru baca td. Yg jenis sesak nafas terus mati ni mmg takda simptom lgsg ke ek hari2 sblm tu. Takda rasa dada ketat, nafas pendek mcmtu. |
|
|
|
|
|
|
|
Ok anxiety aku dtg balik… |
|
|
|
|
|
|
|
Ibu mengandung boleh cucuk vaksin atau tidak? |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 18-7-2021 11:39 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Zhana replied at 18-7-2021 03:32 PM
Ibu mengandung boleh cucuk vaksin atau tidak?
Boleh la, siap dapat cepat lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Zhana replied at 18-7-2021 11:32 PM
Ibu mengandung boleh cucuk vaksin atau tidak?
Boleh tp ada had dr brapa mggu |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillah.... takziah.. harap kuat, kesiannya kan tetiba je sakit terus meninggal.. |
|
|
|
|
|
|
|
innalillah. takziah. sedihnya |
|
|
|
|
|
|
|
kalchi replied at 18-7-2021 11:16 PM
Baru baca td. Yg jenis sesak nafas terus mati ni mmg takda simptom lgsg ke ek hari2 sblm tu. Takda r ...
Tak ada. Kondisi ini dinamakan "Happy Hypoxia" kerana ciri-ciri tersebut. |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahi wa inna ilaihi roji'un. Takziah. Semoga dikuatkan semangat beliau. |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah buat keluarga.. semoga tabah |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahi wainnailaihirojiun
Salaam takziah. |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillah. Alfatihah sedihnya rasa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Manede cepat pun aku dah nak masuk 7bulan ni tak dapat pun lagi. Dah try segala tips dah
|
|
|
|
|
|
|
|
Innalillah, ya Allah lindungilah semua ibu2 mengandung dari penyakit ini termasuk lah aku |
|
|
|
|
|
|
|
kakak & sepupu senang je dapat. Bulan lepas update MYSejahtera utk pregnant, last week 1st dose.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|