CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2906|Reply: 20

[Tempatan] Sajo Belako 494 kg Dadah Dirampas Suspek Lari Cuda

[Copy link]
Post time 18-7-2021 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by nazzse at 18-7-2021 08:15 PM

KES
SUV terbabas ada 494 kilogram ganja
Siti Rohana Idris
Julai 18, 2021 @ 11:21am
[email protected]

TUMPAT: Polis Kelantan merampas 494 kilogram (kg) ganja bernilai RM1.2 juta dalam kenderaan terbabas ke tali air di Kampung Lambor, Wakaf Bharu di sini, malam kelmarin.

Kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda CR-V itu terbabas pada jam 9.50 malam selepas dikejar polis sejauh lebih lima kilometer (km).

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Mohamad Piah, berkata polis mengejar SUV berkenaan selepas dipandu dalam keadaan mencurigakan di Jalan Kampung Pasir Puteh, Chabang Empat.

"Anggota polis mengarahkan pemandunya menghentikan kenderaan menggunakan pembesar suara namun kenderaan itu terus memecut.

"Ketika dikejar, kenderaan suspek terbabas ke dalam tali air. Pemandunya seorang lelaki naik ke jalan dan menahan sebuah motosikal yang kebetulan lalu di lokasi serta terus memboncengnya.

"Bagaimanapun penunggang motosikal berjaya diberkas manakala suspek melarikan diri menuju ke belukar berhampiran," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat hari ini.

Abdullah berkata, pemeriksaan dalam kenderaan itu menemui 12 bungkusan plastik hitam mengandungi 494 bungkusan kertas berisi ketulan mampat disyaki dadah jenis ganja.

Katanha, setiap satu bungkusan kertas itu mengandungi 1 kg ganja mampat dengan harga anggaran RM2,500.

"Kita percaya ganja yang dibawa masuk dari negara jiran melalui pangkalan haram itu untuk dipasarkan sekitar Lembah Klang dan jika terlepas, ia boleh digunakan untuk 988,000 penagih," katanya.

Beliau berkata, pihaknya percaya suspek yang diburu adalah penghantar dan usaha mengesannya sedang dilakukan, manakala penunggang motosikal ditahan reman mulai semalam sehingga 23 Julai ini.

Katanya lagi, berdasarkan semakan nombor pendaftaran SUV itu, pihaknya menyerbu dua kediaman di Padang Tembak dan Binjai, Kota Bharu namun mendapati sudah dikosongkan.

"Kita menyiasat sama ada penunggang motosikal berusia 25 tahun berasal dari Kampung Lambor itu ada kaitan atau tidak dengan kes ini.

"Hasil semakan mendapati penunggang motosikal tiada rekod lampau dan ujian saringan juga negatif. Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952," katanya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2021 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
pkp/pkpd ni...ada lagi ke orng nak 'makan' dadah ni???
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2021 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Annoying nya bc tajuk tt
SS eh


Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2021 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
kesian yang bawak motor tu. kalau dia tau mesti dia langgar je.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2021 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 18-7-2021 02:54 PM
pkp/pkpd ni...ada lagi ke orng nak 'makan' dadah ni???

Demand lagi tinggi time ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2021 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 18-7-2021 02:56 PM
Annoying nya bc tajuk tt
SS eh

Awat u, tak faham ka
Haha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-7-2021 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Patutla mundur makan dadah
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2021 02:09 AM From the mobile phone | Show all posts
TT, cuda tu amender?

Sajo Belako 494 kg Dadah Dirampas Suspek Lari Cuda Masuk Rok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2021 02:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Tajuk apa ni eh TT?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2021 04:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 18-7-2021 06:09 PM
TT, cuda tu amender?

Sajo Belako 494 kg Dadah Dirampas Suspek Lari Cuda Masuk Rok

Cuda = kelam kabut
Rok = Semak

So kelam kabut lari masuk semak
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2021 05:21 AM From the mobile phone | Show all posts
nazzse replied at 19-7-2021 04:11 AM
Cuda = kelam kabut
Rok = Semak


Mak aih TT.. komplikatednya..
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2021 05:22 AM From the mobile phone | Show all posts
br fhm sajo belako..byk kali ulang..
sajo belako is berputih mata semua..btl dok?
i xpehe sgt kwn i org tumpat bckp..bnyi mcm klate siam loghat dorg..siyes xfhm wpn i A+ bhs budu
utk tak ot..so melepas la suspek keta honda tu??
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2021 07:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg bawak dadah byk ni rather die Dari kena cekup ngn polis..
Tu sebb ko bentakla cmne pun soh bhenti..haremmm nk bnti
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2021 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 18-7-2021 09:22 PM
br fhm sajo belako..byk kali ulang..
sajo belako is berputih mata semua..btl dok?
i xpehe sg ...

Betul. & cara cakap lagi laju.haha
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2021 08:59 AM | Show all posts
Belajar bahasa kita hari ni.  Ini kira loghat apa ya?
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2021 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau banyak sampai dekat 500kilo camtu..camne polis simpan dan hapuskan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2021 09:05 AM | Show all posts
Mcm mana boleh lepas masuk border ye
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2021 09:16 AM | Show all posts
Dalam suasana PKP hang boleh lagi hangkut dadah hampir setengah tan.................
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2021 09:23 AM | Show all posts
MissLana replied at 19-7-2021 01:05 AM
Mcm mana boleh lepas masuk border ye

pangkalan bot haram banyak sepanjang sungai situ. Sg pun sekakang kera je lebarnya, senang keluar masuk.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2021 11:03 AM | Show all posts
Poor CR-V
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54993 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55522 Replies : 25
Kesian nenek
maklukpenggodaKesian nenek
Views : 0 Replies : 0
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 8790 Replies : 330
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 232053 Replies : 1826
Skandal 18 polis Indon, bikin malu
maklukpenggodaSkandal 18 polis Indon, bikin malu
Views : 90341 Replies : 38
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 42500 Replies : 1614
...CHAT HUMANITARY...HAPPY NEW YEAR...
seribulan...CHAT HUMANITARY...HAPPY NEW YEAR...
Views : 26050 Replies : 21
Bebas, selesa tanpa khemah biru
maklukpenggodaBebas, selesa tanpa khemah biru
Views : 8400 Replies : 1
Ha tepok!
maklukpenggodaHa tepok!
Views : 109349 Replies : 7

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:29 AM GMT+8 , Processed in 0.055609 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list