Kicap Cap Kipas Udang jenama HABHAL sudah tidak asing lagi di Nusantara ini.
Namun, terdapat kekeliruan di sebalik sejarah sebenar lahirnya kicap tersohor itu.
Seringkali kita dengar kejayaan Kicap Cap Kipas Udang dikaitkan dengan Haji Lambak bin Mohamed dari Johor yang dikatakan adalah pengasasnya.
Haji Lambak menghembuskan nafasnya yang terakhir di kediamannya di Larkin Jaya (Johor) pagi 22 Jun 2020 dalam usia 100 tahun.
Namun, sejarah yang tepat berkait isu siapakah pengasas sebenar Kicap Cap Kipas Udang itu terletak pada jenamanya - HABHAL.
HABHAL itu sendiri adalah pengasas sebenar kicap tersebut.
HABHAL adalah ringkasan nama Haji Ahmad Bin Haji Abdul Latif.
Haji Ahmad adalah satu-satunya saudagar kicap di Nusantara.
Beliau merupakan anak kepada Haji Abdul Latif bin Nurudin yang lebih dikenali sebagai Syeikh Abdul Latif Al-Malakawi.
Syeikh Abdul Latif adalah seorang tokoh alim tersohor di Nusantara. Beliau banyak berdakwah di Singapura dan Melaka, bahkan mempunyai syarikat percetakan Latifiah Press di North Bridge Road yang beroperasi dari tahun 1920 hingga 1939.
Haji Ahmad lahir di Tengkera (Melaka) pada tahun 1900 tetapi dibesarkan di Singapura.
Pada tahun 1945, beliau telah membeli sos soya dari seorang peniaga Cina. Beliau kemudiannya menambah bahan-bahan dan perisa tambahan kepada sos tersebut hingga terciptanya sos kicap yang ada sekarang.
Maka sejak itulah beliau memulakan perniagaan menjual kicap ciptaannya itu di rumahnya di Jalan Mangga (Kampong Ubi).
Selepas Haji Ahmad meninggal dunia, perniagaannya diteruskan oleh anaknya, Haji Zaini dan dilanjutkan pula oleh isteri Haji Zaini, Hajjah Sa'adiah binte Buyong.
Pada tahun 1981, perniagaan kicap HABHAL berpindah operasinya ke Lorong Pemuda (Kampong Melayu Majidee, Johor) di bawah syarikat Jalil Enterprise.
Pada 25 November 1986 pula, Zara Foodstuff Industries Sdn Bhd yang diasaskan oleh Haji Lambak telah mengambil-alih operasi perniagaan kicap HABHAL dari syarikat Jalil Enterprise dengan memulakan operasinya di Jalan Tahana (Johor) sehinggalah ke hari ini.
Begitulah sekilas sejarah pengasas sebenar Kicap Cap Kipas Udang jenama HABHAL yang juga merupakan bapa kepada pelawak tersohor awal tahun 1960 hingga 1980-an di Singapura, 'Mahmood Kicap'.
Post time 22-7-2021 12:54 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Tolonglah jangan bagi sesapa upgrade ke modify resipi kicap ni. Rasanya dah memang sebati kat tekak dari kecik.
Aku sampai sekarang sakit hati sos cili aminah hassan dah tak nampak kat market. Tu jela satu2 nya sos cili yang aku suka dari jenama2 lain.
aku kicap ni je boleh terima.. lain tak pekat & tak rasa meresap masuk ke nasi tu..
tahan je la wlpun rega kayangan. Beli botol besar tahan lama la jgk...huhu
Post time 22-7-2021 05:15 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Habhal nie harga agak kayangan ..so biasa guna jelen warna oren beli saiz 2 liter which kalu habhal dapat beli botol 500ml
Rasanya macam ada nampak sos aminah Hassan tapi jarang2
Post time 24-7-2021 10:46 PMFrom the mobile phone|Show all posts
cucuq replied at 24-7-2021 08:18 PM
iols tgok haritu kt kedai ramly ade jual sos aminah tu..tpi x beli lah..dlu fmily ktorang mmg guna ...
memang feberet sos aminah tu tapi radius km tempat iols dah memang bertahun takde. banyak dah jenama fav iols dari kecik dah bertukar resipi. Maggi tomyam tu salah satu. Yihhhh rengsaaaa dibuatnya