Sekali lagi, usahawan sosialite, Datin Vivy Yusof menjadi perdebatan hangat dalam kalangan netizen, kali ini dengan dakwaan menjual peralatan mewarna dengan harga kapitalis.
Pakej yang merangkumi sekeping kanvas, set warna akrilik, dua batang berus dan dua cangkuk dijual dengan harga RM220. Ianya tidak mengejutkan dengan jenama Duck, bagaimanapun seorang pemuda di Tik Tok membongkar rahsia bahawa ianya adalah set yang berharga RM35 di platform beli belah.
Akaun bernama The Khan itu turut mendedahkan peminat Vivy turut menyerangnya dan mengatakan produk tersebut bukan sesuai untuk semua golongan. Namun sekali lagi dia menjawab jika ianya dikatakan sebagai penjenamaan, mengapa set yang dijual tersebut sama dengan yang ada di pasaran? Sepatutnya setiap berus dan cat akrilik mempunyai logo tetapi sebaliknya ia kosong.
Foto :Tik Tok
Foto : IG
Mungkin betul lah, peminat jenama Duck ini terlebih duit sehingga sanggup berhabis harga beratus ringgit walaupun peralatan sama yang tiada jenama boleh dibeli dengan harga lebih murah.
Jadi, anda golongan yang mana? - CARI
|