Kyrgyztan adalah sebuah negara bekas jajahan Soviet Union. Ia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1991 selepas kejatuhan Soviet Union. Ia terletak di Asia Tengah, berjiran dengan negara seperti Kazakhstan, Tajikistan, Uzbekistan dan China.
Walaupun penduduk di negara ini secara majoritinya menganut agama Islam Sunni, tetapi tradisi nenek moyang masih diamalkan terutama di kawasan pedalaman. Salah satu tradisi yang menggerunkan ialah menculik gadis untuk dijadikan isteri. Ia dipanggil ala kachuu atau 'culik dan lari'. Tradisi ini bukan sahaja menyalahi undang-undang Islam, malah menyalahi undang-undang negara tersebut. Kyrgyztan telah menggubal undang-undang pengharaman penculikan gadis. Namun demikian, undang-undang ini terpakai di atas kertas sahaja kerana amalan penculikan masih diamalkan dan disokong oleh segelintir masyarakat.
Apabila seorang lelaki telah berkenan dengan seorang gadis secara gadis itu tahu atau tidak, terima atau tolak, lelaki tersebut akan membuat rancangan penculikan bersama-sama rakan-rakannya yang lain. Kadang-kala rancangan ini dibantu juga oleh rakan kepada gadis ini. Semasa penculikan ini dijalankan, gadis ini akan meronta-ronta meminta untuk dilepaskan. Kemudian, dia akan dibawa ke rumah pihak lelaki untuk 'disiapkan' oleh kaum wanita sambil meminta dan mendesak gadis itu untuk menerima takdirnya berkahwin dengan penculik. Gadis itu akan diberikan manisan dan biskut, dan apabila dia menerima makanan tersebut, maka dengan rasminya dia menjadi orang rumah di situ.
Sementara itu, keluarga pihak lelaki akan ke rumah keluarga pihak perempuan untuk memaklumkan perihal anak gadis mereka serta meminta maaf. Pihak lelaki akan membawa hadiah berupa makanan sebagai tanda maaf dan akan makan bersama-sama keluarga gadis.
Pasangan tersebut akan dinikahkan mengikut syariat Islam. Selesai sahaja upacara nikah, pihak pengantin perempuan akan segera dibawa ke dapur untuk mengajarnya cara kerja keluarga pihak lelaki. Pada keesokan hari, majlis kenduri kesyukuran akan dilakukan. Paling mengejutkan, cadar atau alas tilam tempat pasangan itu menikmati malam pertama akan disidai di kawasan rumah untuk dilihat oleh tetamu. Kesan tompokan darah menandakan pengantin perempuan masih suci sebelum berkahwin dengan lelaki itu.
Tradisi ini mendapat tentangan daripada beberapa pihak yang menganggap ia adalah satu bentuk penganiayaan terhadap kaum wanita. Seorang ibu yang anaknya diculik telah menceritakan bahawa anaknya telah membunuh diri kerana mengalami tekanan sepanjang berkahwin dengan suami yang menculiknya. Ibu itu berasa kesal kerana dia tidak mampu mengambil semula anaknya kerana mendapat tentangan daripada saudara mara yang mahu dia menghormati tradisi itu. Malah, kerajaan Kyrgyztan telah menetapkan hukuman penjara 10 tahun kepada lelaki yang menculik gadis tanpa rela. Malah, pada masa ini, terdapat pasangan kekasih yang merancang penculikan ini hanya untuk memenuhi tradisi masyarakat Kyrgyz.
Untuk menonton dokumentari tentang tradisi ini, boleh layari:
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Author|Post time 5-8-2021 02:13 AMFrom the mobile phone|Show all posts
AwanBiruNila replied at 5-8-2021 02:02 AM
Kalau dah kena culik ni, boleh ke tak nak? Pak imam tak tanya persetujuan pengantin perempuan ke?
Sebelum jumpa tok imam, deols pihak jejans dah psycho pihak pompuan untuk terima seadanya jantan lemah tagune ni. Lagipun pompuan kena redha sebab tekanan masyarakat.