View: 8876|Reply: 71
|
Berjaya Dalam Rayuan, Hukuman Penjara 13 Bulan Farid Kamil Diganti Denda RM5,500
[Copy link]
|
|
Pelakon dan pengarah, Farid Kamil Zahari, 40, dijatuhi hukuman penjara 13 bulan pada 2 Jun tahun lalu kerana menggunakan kekerasan jenayah dan mengeluarkan perkataan tidak sopan terhadap seorang anggota polis dengan niat untuk menghalangnya melakukan tugas, tiga tahun lalu.
Bagaimanapun, mahkamah membenarkan Farid menangguhkan pelaksanaan hukuman itu dengan jaminan RM10,000 bersama seorang penjamin sementara peguamnya memfailkan rayuan.
Terkini, Mahkamah bersetuju untuk menggantikan hukuman penjara 13 bulan bagi kesalahan melibatkan kekerasan jenayah kepada denda RM5,000 dan RM500 bagi hukuman penjara empat bulan kerana mengeluarkan perkataan tidak sopan, lapor Free Malaysia Today.
Pesuruhjaya Kehakiman Nurulhuda Nur'aini Mohamad Nor di Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan rayuan dibuat keatas kes oleh pelakon tersebut.
Beliau berkata, ia mengambil kira perayu telah membayar pampasan dalam bentuk kompaun kepada dua pihak, termasuk anggota polis terbabit.
Selain itu, Farid juga menyesal dengan perbuatan yang dilakukan dan memohon maaf ketika perbicaraan berlangsung.
Farid yang diwakili peguam Kee Wei Lon dan Low Wei Loke membayar dendanya.
Terdahulu, suami kepada aktres Diana Danielle itu didakwa melakukan kedua-dua kesalahan terhadap Konstabel Muhammad Nizam Jamaluddin di Pejabat Pertayaan Balai Polis Trafik Kota Damansara pada 1.20 tengah hari, 11 Januari 2018.
Dia turut didakwa menyebabkan kecederaan kepada Nizam dan seorang awam, Asyraf Ahmad pada tempat dan waktu sama. Dia bagaimanapun membayar kompaun RM5,000 kepada Nizam dan RM8,000 kepada Asyraf seperti dibenarkan mengikut peruntukan Seksyen 260 Kanun Prosedur Jenayah.- CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Oo aku ingat dah masuk dahh.. |
|
|
|
|
|
|
|
ahaha.
dah agk da.confirm lepas..pasni blh la btanding jadi wakil rakyat..dh resign blakon pon sbb ni khuenss..lols |
|
|
|
|
|
|
|
agak menakutkan.. dan menyedihkan bila fikir balik, huhu |
|
|
|
|
|
|
|
semudah itu je.. tapi tak terkejut pun |
|
|
|
|
|
|
|
Hukuman penjara Farid Kamil diganti denda RM5,500
Edited by Burong_Hantuk at 24-8-2021 09:18 AM
SHAH ALAM – Pelakon dan pengarah, Farid Kamil Zahari yang sebelum ini diperintah untuk dipenjarakan selama 13 bulan atas kesalahan menggunakan kekerasan jenayah dan mengeluarkan perkataan tidak sopan di balai polis tiga tahun lalu, digantikan dengan denda RM5,500.
Memetik laporan Free Malaysia Today, mahkamah menggantikan hukuman penjara 13 bulan bagi kesalahan melibatkan kekerasan jenayah kepada denda RM5,000 manakala hukuman penjara empat bulan kerana mengeluarkan perkataan tidak sopan digantikan dengan denda RM500.
Pesuruhjaya Kehakiman Nurulhuda Nur’aini Mohamad Nor di Mahkamah Tinggi Shah Alam membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan Farid terhadap hukuman tersebut.
Beliau berkata, ia mengambil kira perayu telah membayar pampasan dalam bentuk kompaun kepada dua pihak, termasuk anggota polis terbabit
Selain itu katanya, Farid, 40, juga menyesal dengan perbuatan yang dilakukan dan memohon maaf ketika perbicaraan berlangsung.
Dalam prosiding itu, Farid diwakili peguam Kee Wei Lon dan Low Wei Loke.
Pada 2 Jun 2020, Sinar Harian melaporkan, Farid Kamil dijatuhi hukuman 13 bulan penjara bagi sabitan kes menggunakan kekerasan jenayah terhadap anggota polis dan empat bulan penjara bagi sabitan kes mengeluarkan perkataan tidak sopan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Setia btl wife dia... to |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Untunglah takat bayar denda je. Giler tak adil |
|
|
|
|
|
|
|
See..ada duit semua boleh jadi... |
|
|
|
|
|
|
|
wahh senang nya.. denda pon x byk sgt.. sian la si sofi jikan awal2 dulu siap back up dia |
|
|
|
|
|
|
|
Fight sampai menang kekdahnya
Kalau mampu |
|
|
|
|
|
|
|
yang dulu je dia dah masuk kan.. 9 bulan tu
|
|
|
|
|
|
|
|
harap2 insaf btul lh ye.. |
|
|
|
|
|
|
|
teringin nak tau acaner dia boleh tukar hukuman dengan denda? kalau camtu org biasa cam kita boleh buat gitu tak? setakat 5k tu insya allah mampu laei |
|
|
|
|
|
|
|
aku x kesian kat dia ni.aku kesian kt dd je..perangai jantan ni mmg jibauk dari dlu. |
|
|
|
|
|
|
|
aemon replied at 24-8-2021 11:44 AM
aku x kesian kat dia ni.aku kesian kt dd je..perangai jantan ni mmg jibauk dari dlu.
Korban sbb tak mahu perkara yg sama berulang pada anak2 mungkin. |
|
|
|
|
|
|
|
Bila mana duit boleh membeli segala nya |
|
|
|
|
|
|
| |
|