CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11052|Reply: 84

[SEJARAH] JJCM tempat-tempat bersejarah di Malaysia

[Copy link]
Post time 9-9-2021 05:13 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Tinot7 at 9-9-2021 05:42 PM

Tempat bersejarah di Malaysia yang terkenal banyak boleh anda temui jika bergerak dari satu negeri ke satu negeri seluruh Malaysia. Sungguh tak sangka begitu banyak tempat bersejarah di Malaysia yang ramai tak tahu.


Pentingnya untuk generasi akan datang mengetahui akan tempat-tempat bersejarah ini supaya dapat belajar dari masa lalu serta mendapat iktibar akan sejarah negara yang lampau di samping dapat menguatkan semangat patriotik dalam diri sendiri.

Mari lihat senarai tempat bersejarah di Malaysia yang terkenal dan menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negeri.

https://ammboi.my/tempat-bersejarah-di-malaysia/






1.  Masjid JamekMasjid Jamek yang terkenal ini telah lama dibina iaitu lebih dari 1 abad.  Pada tahun 1907 ia dibina, namun sehingga sekarang Masjid Jamek ini masih lagi utuh dan dikenali ramai. Ia adalah masjid tertua di Kuala Lumpur. Seni binanya adalah seperti reka bentuk Moghul asalnya utara India.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-9-2021 05:14 PM | Show all posts
2.  Rumah Penghulu Abu Seman
Rumah Penghulu Abu Seman dikenali sebagai tempat bersejarah di Malaysia yang santai untuk anda bercuti.  Ia berkonsepkan sebuah rumah Melayu tradisional dengan seni bina tradisi cantik dan menarik. Untuk pengetahuan anda,  rumah ini telah dibaikpulih secara berperingkat-peringkat.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2021 05:15 PM | Show all posts
3.  Dataran Merdeka
Tahukah anda,Dataran Merdeka merupakan tempat bersejarah di Malaysia yang sangat legend dan meremang bulu roma jika anda rasa sendiri kehidupan yang berlaku di sini dahulu.


Pada 31 Ogos kita merdeka,  Dataran Merdeka adalah tempat di mana laungan keramat “Merdeka” sebanyak 7 kali diadakan. Ia sangat terkenal dari dulu sehingga sekarang. Anda boleh ke sini untuk bergambar dan mengenang masa lalu nenek moyang kita sambil mengabdikan sejarah ini kepada anak anda.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2021 05:16 PM | Show all posts
4.  Muzium Negara
Muzium Negara adalah tempat bersejarah di Malaysia dimana terdapat pelbagai jenis khazanah negara di sini.  Anda juga boleh melihat spesimen flora dan fauna yang terdapat di dalam kawasan Muzium ini. Tempat bersejarah di Malaysia ini sesuai dijadikan destinasi rombongan pelajar sekolah.





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2021 05:17 PM | Show all posts
5.  Muzium Diraja Malaysia
Muzium Diraja Negara ini asalnya daripada bangunan istana lama. Muzium Diraja Negara ini membolehkan anda melihat kediaman dan suasana kedudukan raja seperti melihat kediaman diraja yang mewah serta  ruang dalam istana.  Anda boleh ke bilik mandi, bilik solek, balai rong, bilik beradu raja dan lain-lain lagi.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2021 05:18 PM | Show all posts
6.  Muzium Kesenian Islam Malaysia
Tahukah anda, tempat bersejarah di Malaysia ini mempunyai 7 ribu artifak dan bahan peninggalan sejarah? Banyak kan?  Anda boleh melihat semua pameran bahan bersejarah di sini.

Muzium ini dibina bagi menjaga warisan dan sejarah Islam dari zaman dahulu sehinggalah zaman sekarang. Anda juga boleh mendapatkan pelbagai ilmu dengan melihat sendiri Galeri Senjata dan Perisai yang mempamerkan pelbagai koleksi senjata dahulu kala.




Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-9-2021 05:19 PM | Show all posts
7.  Muzium Seni Kraf Orang Asli
Malaysia terkenal dengan kehidupan orang asli, sudah tentulah terdapat tempat bersejarah di Malaysia yang terkenal dengan Seni Kraf Orang Asli. Muzium Seni Kraf Orang Asli mempunyai banyak bahan perkakas dan barangan orang asli gunakan ketika zaman kehidupan mereka.

Terdapat pelbagai barang kraf tangan orang asli boleh anda lihat dan amati. Betapa modennya kita pada hari ini kerana teknologi dan perubahan lebih baik berbanding zaman dahulu.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2021 05:19 PM | Show all posts
8.  Muzium Polis Diraja Malaysia (PDRM)
Tempat bersejarah di Malaysia yang berkait rapat dengan undang-undang tak lain dan tidak bukan adalah Muzium Polis Diraja Malaysia (PDRM).  Anda dapat saksikan barang-barang kegunaan polis, koleksi senjata, pingat dan anugerah, barang lain berkaitan kerja dan lain-lain lagi.

Uniknya, barang-barang ini bukannya barang yang moden tetapi ia adalah barang yang digunakan dari zaman sultan melayu dahulu kala.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-9-2021 05:20 PM | Show all posts
9.  Muzium Telekomunikasi Negara (Muzium Telekom)
Seterusnya jika anda ke Jalan Chulan, Kuala Lumpur, anda boleh singgah ke tempat bersejarah di Malaysia ini. Muzium yang terkenal dengan seni bina Greek ini juga dipanggil dengan nama Muzium Telekom.

Nak tahu tentang kemodenan negara kita zaman berzaman? Di sini anda boleh lihat pameran dari mulanya teknologi negara kita dihasilkan sehinggalah kini. Sebagai contoh, barangan seperti telefon, tv dan lain-lain lagi yang digunakan pada zaman dahulu kala.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2021 05:21 PM | Show all posts
10.  Istana Bandar / Alaeddin

Istana Bandar ini terletak di Daerah Kuala Langat, Mukim Bandar dan berhampiran dengan Masjid Sultan Alaeddin.  Ia sering dijadikan tempat Sultan Sir Alaeddin Sulaiman Shah bersama pemaisuri baginda bersemayam sehinggalah mereka mangkat.

Tempat bersejarah di Malaysia ini mempunyai 15 buah bilik.  Anda boleh melihat senibina Islam dari India dan Timur Tengah serta seni ukiran hasil pengaruh Cina. Ia telah dijadikan Pusat Kraftangan Daerah dan Pusat Tahfiz Al-Quran juga suatu masa dahulu.



Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2021 05:21 PM | Show all posts
PURA TANJUNG SABTU


Pura Tanjung Sabtu bermaksud Istana Tanjung Sabtu yang merupakan sebuah kompleks rumah-rumah tradisional Melayu Terengganu dan istana yang berusia 100 hingga 200 tahun. Rumah-rumah lama ini mula dipasang semula pada tahun 1992 di Kampung Tanjung Sabtu dan siap untuk menginap sebagai homestay pada tahun 1995.

Rumah-rumah lama ini diambil dari Kampung Atas Tol, Kampung Seberang Baruh, Kampung Sungai Rengas dan Kampung Nesan Empat. Manakala istana pula diambil dari Kampung Dalam Kota (belakang Istana Maziah).

Rumah ini akan disambung antara rumah ke rumah menggunakan selasar sebagai laluan dan membentuk sebuah istana yang unik. Rumah ini juga mempunyai tiang-tiang yang tinggi berukuran 10 kaki


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2021 05:21 PM | Show all posts
11.  Rumah Api Jugra

Bersebelah dengan Radar TUDM Bukit Jugra, Rumah Api Jugra ini merupakan tempat bersejarah di Malaysia yang masih berfungsi sebagai rumah api sekarang.

Ia adalah panduan atau tanda bagi pelaut dan kapal-kapal yang belayar di Laut Selat Melaka. Tahukah anda, bangunan rumah api ini masih dijaga rapi terutamanya bagi mencerap anak bulan Ramadhan dan bulan Syawal.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2021 05:22 PM | Show all posts
12.  Muzium Diraja Abu Bakar

Singgah di Johor, datanglah ke tempat bersejarah di Malaysia yang ditauliahkan oleh Almarhum Sultan Abu Bakar ini.  Muzium Draja Abu Bakar dikenali dengan nama Istana Besar Johor ini diadaptasi dengan gaya Renaissance oleh orang tempatan dibawah seliaan seorang arkitek Eropah.

Sehingga sekarang, muzium ini masih berfungsi sebagai tempat untuk majlis rasmi dan keraian negeri Johor. Anda juga boleh melihat barang-barang perak, cenderahati dan bahan perhiasan yang diletakkan di muzium ini.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2021 05:22 PM | Show all posts
13.  Muzium Kota Tinggi

Marilah mengimbau kembali zaman Kesultanan Johor pada tahun 1511, muzium Kota Tinggi ini banyak fungsinya. Tempat bersejarah di Malaysia ini membolehkan anda melihat pelbagai koleksi pameran dari kurun ke-19 sehinggalah sekarang.

Anda boleh melawat tingkat satu dan dua muzium ini. Antara bahan peninggalan di sini adalah peralatan muzik, lukisan kanvas, senjata dan lain-lain lagi.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2021 05:23 PM | Show all posts
14.  Kota A Famosa
Bertuah jika anda dapat menjejakkan kaki ke sebuah tempat bersejarah di Malaysia yang telah dibina orang orang Portugis suatu masa dahulu. Anda boleh melihat sendiri tragedi mereka menakluki Melaka pada tahun 1511 dengan sejarah di tempat ini.

Semasa penaklukan Belanda, Kota A Famosa ini mengalami kerosakan teruk dan kemudiannya telah dimusnahkan oleh British. Ada pula pertempuran dari Sir Stamford Raffles pada 1808, sebahagian Kota ini telah berjaya diselamatkan. Anda boleh melihat dinding pintu masuk A’Famosa masih digunakan dan kekal sehingga sekarang.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2021 05:24 PM | Show all posts
15.  Perigi Hang Tuah
Sejarah melayu di Malaysia seperti Hang Tuah menjadi bualan orang ramai.  Anda boleh melawat ke Perigi Hang Tuah yang merupakan tempat bersejarah di Malaysia yang terkenal.  Ia terletak di Kampung Duyong, iaitu kampung Hang tuah membesar bersama empat orang sahabatnya.  Kemudian mereka telah menjadi hulubalang Melaka.

Untuk pengetahuan anda, dikatakan tempat kediaman bagi roh Hang Tuah menjelma sebagai buaya putih adalah di Perigi Hang Tuah ini. Tempat ini menjadi tempat bersejarah yang tetap dijaga dengan elok untuk anda lawati.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-9-2021 05:24 PM | Show all posts
16.  Rumah Kelahiran P Ramlee
Rumah Kelahiran P Ramlee sangat terkenal di seluruh dunia terutamanya Malaysia, Singapura dan juga Brunei. Siapa tak kenal dengan P Ramlee?


Ramai peminatnya yang suka menonton filem lakonannya yang klasik. Anda boleh datang ke Rumah Kelahiran P Ramlee bagi memperingati jasa P Ramlee dalam dunia tanah air. Tempat bersejarah di Malaysia ini terletak di negeri Pulau Pinang.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2021 05:25 PM | Show all posts
17.  Muzium Perang

Muzium Perang ini memendam pelbagai sejarah yang amat hebat. Sejarahnya, pada masa dahulu, muzium ini adalah kubu lama British ketika Perang Dunia kedua.

Pelbagai barangan dan senjata tentera boleh anda lihat di sini.  Barang-barang lain seperti rumah masak lama, terowong, berek tentera, liang pengudaraan, pakaian dan binaan bangunan ini juga sememangnya adalah bentuk asalnya.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2021 05:25 PM | Show all posts
18.  Galeri Sultan Azlan ShahAnda boleh mengimbas semula kehidupan Almarhum Sultan Azlan dari kecil sehinggalah zaman pemerintahannya ketika berkunjung ke tempat bersejarah di Malaysia ini.  Banyak bahan bersejarah boleh anda lihat di sini serta membaca maklumat berkaitan peristiwa terdahulu sepanjang pemerintahan dan kehidupannya. Jom lawati Galeri Sultan Azlan Shah bersama rakan-rakan di Perak!




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2021 05:26 PM | Show all posts
19.  Kellie’s Castle

Pada tahun 1915, Kellie’s Castle umpama istana ini dibina oleh Kellie untuk isterinya sebagai lambang cinta sejati dan kasih sayangnya.  Sedihnya, rumah ini gagal disiapkan kerana dia meninggal secara mengejut akibat penyakit pneumonia.

Akhirnya rumah agam ini terbengkalai proses binaannya. Zaman berganti zaman, Kallie’s Castle menjadi tarikan dan tempat bersejarah di Malaysia untuk anda kunjungi.

Anda boleh bergambar dan berfotografi di sini. Ianya akan menampakkan pemandangan bangunan lama dan klasik dalam gambar anda.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 04:09 AM GMT+8 , Processed in 0.053478 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list