View: 8710|Reply: 36
|
senarai 49 smartphones yg disable WhatsApp Selepas 1 November 2021
[Copy link]
|
|
Edited by trunks at 13-9-2021 10:06 AM
WhatsApp sering melancarkan ciri baru untuk pengguna. Tetapi inovasi itu bukan tanpa pengorbanan. Salah satu pengorbanan yang dilakukan ialah WhatsApp menghentikan sokongan untuk sistem operasi (OS) telefon pintar yang lebih lama.
WhatsApp mendedahkan melalui laman webnya, mulai 1 November 2021, telefon pintar Android dengan OS versi 4.0.4 (Ice Cream Sandwich) tidak lagi dapat digunakan untuk mengakses WhatsApp.
Bagi iPhone, telefon pintar dengan iOS 9 tidak lagi dapat digunakan oleh WhatsApp.
“WhatsApp tidak lagi menyokong telefon pintar Android yang menjalankan OS 4.0.4 atau lebih lama mulai 1 November 2021,” kata WhatsApp seperti dipetik dari laman webnya, Rabu (25/8/2021).
Pengguna telefon pintar dengan OS 4.0.4 juga digalakkan untuk beralih ke peranti yang lebih baru dan menyimpan sejarah mesej sebelum menukar peranti. Syarat untuk menggunakan WhatsApp adalah telefon pintar Android dengan minimum OS 4.1 dan iOS 10.
Berikut adalah 49 telefon pintar yang tidak lagi dapat menggunakan WhatsApp. Senarai ini adalah menunjukkan telefon-telefon yang asalnya yang datang dengan OS yang di bawah OS 4.1 dan iOS 10. Jika anda pernah atau sentiasa membuat upgrading kepada OS version yang terkini, maka anda tidak perlu risau. Whatsapp anda boleh berjalan seperti biasa. Jadi tidak perlulah anda menukar telefon baru.
1. Samsung Galaxy Trend Lite
2. Samsung Galaxy Trend II
3. Samsung Galaxy S2
4. Samsung Galaxy S3 Mini
5. Samsung Galaxy Xcover 2
6. Samsung Galaxy Core
7. Samsung Galaxy Ace 2
8. LG Lucid 2
9. LG Optimus F7
10. LG Optimus F5
11. LG Optimus L3 II Dual
12. LG Optimus F5
Lihat Juga : Google Duo Menambah Ciri Baru untuk Membantu Anda Tetap Berhubung
13. LG Optimus L5
14. LG Optimus L5 II
15. LG Optimus L5 Dual
16. LG Optimus L3 II
17. LG Optimus L7
18. LG Optimus L7 II Dual
19. LG Optimus L7 II
20. LG Optimus F6
21. LG Enact
22. LG optimus L4 II Dual
23. LG Optimus F3
24. LG Optimus L4 II
25. LG Optimus L2 II
26. LG Optimus Nitro HD
27. LG Optimus 4X HD
28. LG Optimus F3Q
29. ZTE V956
30. ZTE Grand X Quad V987
31. ZTE Grand Memo
32. Huawei Ascend G740
33. Huawei Ascend Mate
34. Huawei Ascend D Quad XL
35. Huawei Ascend D1
36. Huawei Ascend D1 Quald XL
37. Huawei Ascend P1 S
38. Huawei Ascend D2
39. Sony Xperia Miro
40. Sony Xperia Neo L
41. Sony Xperia Arc S
42. Alcatel One Touch Evo 7
43. HTC Deside 500
44. Wiko Cink Five
45. Wiko Darknight
46. Lenovo A820
iOS
47. iPhone SE
48. iPhone 6S
49. iPhone 6S Plus
Apa yang Berlaku dengan WhatsApp di Telefon Pintar Lama?Walaupun WhatsApp telah menghentikan sokongan untuk telefon pintar dalam senarai di atas, itu tidak bermaksud aplikasi akan berhenti berfungsi pada telefon pintar lama ini.
Masalah terbesar ialah peranti yang tidak disokong oleh WhatsApp tidak dapat mengakses kemas kini keselamatan.
Ini juga memudahkan pengguna menjadi sasaran penggodam. Penggodam dapat memanfaatkan kecacatan dalam aplikasi yang tidak dikemas kini untuk mencuri data pengguna.
WhatsApp mengesyorkan agar pengguna telefon pintar di atas mengemas kini peranti mereka kepada yang lebih baru agar sentiasa mendapat update aplikasi terbaru dan dapat menjamin keselamatan.
Jika tidak, pengguna tidak dapat menikmati fungsi aplikasi. Contohnya tidak dapat connect ke Web WhatsApp. Ini adalah kerana, untuk memasuki platform web, WhatsApp akan meminta kod QR dari aplikasi yang dimuat turun di telefon bimbit. Sekiranya telefon sudah lama, besar kemngkinan kod QR tidak dapat dipaparkan.
Sekiranya anda takut kehilangan akses ke Whatsapp pada telefon pintar anda, pengguna perlu membuat backup kepada chat sebelum 1 November 2021. Inilah caranya:
1. Buka WhatsApp, pergi ke menu (tiga titik di sudut kanan atas)
2. Pergi ke Setting dan pilih Chat
3. Klik Chat Backup dan klik Backup.
Kaedah ini dapat menyimpan semua perbualan WhatsApp. Tetapi sekali lagi harus diingat, pengguna tidak boleh memasukkan WhatsApp backup mereka sehingga mereka menukar ke Android 4.1 dan lebih tinggi dan iOS 10 ke atas.macammana.my
|
|
|
|
|
|
|
|
Aduhai kene tukau phone la pulak.. Keluhan dari mereka yang kurang berkemampuan... |
|
|
|
|
|
|
|
tak payah pun tak apa kot, whatsapp saja pun yang tak berapa nak support,
asalkan handphone tu jangan format sudahla kot,nak reinstall nanti
dah tak support, lagi pun masih boleh guna lagi,cuma tak dapatla
update security bagai hehe..saya pun masih ada lagi handphone
zaman batu iphone 6s,masih ada nyawa lagi boleh aje guna
cuma tak sedapla, ada lag
|
|
|
|
|
|
|
|
Tu la pasal.. cari kat mudah je la yang mur2..
|
|
|
|
|
|
|
|
semua yang dah tak boleh update dah.... |
|
|
|
|
|
|
|
nasib hp kita takder dlm list
lagi 5 tahun masih boleh guna ni..
setakat utk whatsapp jer |
|
|
|
|
|
|
|
hehe iphone 13 dah keluar, gila apa, yang 12 pun masih belum puas guna lagi
gila keluar model baru,nak cukupkan 100 ke
|
|
|
|
|
|
|
|
mudah ni banyak scammer hehe.kalau nak murah dan selamat
shopee pun ada jual terpakai murah2 juga..
|
|
|
|
|
|
|
|
haha tak leh nak terikut sangat ni
biorlah guna yang lama.. yang penting masih hokey
|
|
|
|
|
|
|
|
haha.kalau ada extra duit boleh beli..ohya apa cerita dah beli ke ps5?
saya belum,ingat bulan depan kalau tak dapat bulan depan.bulan depan lagi
dan lagi dan lagi
|
|
|
|
|
|
|
|
beli yang mampu milik jer sis
ps5 tak beli lagi.. kang beli sapalah nak main
ps4 berhabuk dah
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau iphone 6 pun tamat juga ke riwayat whatsapp 1st nov ni?
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Amerikamung at 21-10-2021 07:39 PM
aku pun rasanya dah nok tuka phone nie line slow, hp hang whatsapp dah tak boleh nak update lgiy..tapi nok tnyo siket lah kalu telco yg unlimited internet, mano ok ?
|
|
|
|
|
|
|
|
tukar aje lah mana2 telco pun sama je ade yg unlimited internet tapi mahai lah
aku pun skrang guna yg 9GB plus YT 2.5GB seminggu dgn unlimited social media.
tu pun dah mahai gak dalam RM 48 sebulan utk telco.
|
|
|
|
|
|
|
|
Mahalnya mana ada org pakai berGB2 lagi semua bnda unlimited tau... kahkahkahalah lagi pun boleh lgi guna wassap apa semua cuma dia tak ada update lagi tapi pishang lah hang....
ko kena gali lagi comparekan lagi telco mana yg boleh bagi lagi murah tapi berbaloi....
|
|
|
|
|
|
|
|
telco apa weh yg best skrg aku dah pusing ni nak pilih yg mana shahahaha. aku student and selalu main game.. mostly aku guna ping mmg teruk gilaa |
|
|
|
|
|
|
|
skrg ni aku mcm dengar ada pasal 4g kan? mmg betul ke diorg nak shutdown 3g tu. aku cm taktau ah nak pakai yg mana.. kalau nak pasang wifi mcm mahal plak nak kena bayar
|
|
|
|
|
|
|
|
haah doh aku senanya dah pikir nak pasang wifi tapi nnti dah tak duduk rumah. mmg aku bayar untuk unifi free free je la hmmm.
telco apa yg best untuk guna sorg eh skng?
|
|
|
|
|
|
|
|
kannnn kena compare kan tak de lah nanti byk kali tukar2 plan ke ape ke pnat wooo nak pegi centre byk kali haha
sebab dah pnah kena macma tu last2 check dulu line mana ok..
skrg yg ok klu nak unlimited, xpax revamp yg plan baru dorg tu best sikit..
sape kaki tgk drama ke ape ke boleh lah kot subscribe.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|